Pilihanraya Kecil DUN N.29 Batang Ai, Sarawak

EXCLUSIVE : CONFESSIONS OF FORMER PAKATAN RAKYAT EXCO

Tuesday, March 31, 2009

HARDIN REITERATES: NO INSTANT NOODLE PROJECTS IN LUBOK ANTU

LUBOK ANTU, Tues- Assistant Minister of Land Development, Datuk Francis Hardin anak Hollis reaffirms the promise by the government that it will not implement the ”instant noodle“ projects in the Batang Ai constituency just to get the people’s support in the April 7 polling.

Speaking at the dialogue session held at the Chinese Temple held here last night, he said the government would do what was necessary for the people so that they would remain in the mainstream of development.

It was the government’s responsibility to see that the people regardless of who and where they were would get the government’s attention, he added.

Later, the Barisan Nasional (BN) candidate for Batang Ai seat, Malcom Mussen Lamoh assured that the minority Chinese in Batang Ai would not be neglected by the government in its development programme.
Equal attention would be given by the government to them to ensure that they enjoy the benefits just like any other communities in the state, he told the more than 100 people who attended the dialogue.

Also present were the Sarawak United People’s Party (SUPP) Central Working Committee members Datuk Alfred Yap Chin Loi, Sih Hua Tong, and local Chinese community leaders

The by-election is called for following the death of the four-term State Assemblyman Datuk Dublin Unting Ingkot on February 24.

Newcomer, former Agriculture Department’s engineer Mussen, 49, of the Barisan Nasional (BN) will face Parti Keadilan Rakyat’s (PKR), Jawah Gerang in a straight fight for the Batang Ai constituency.

Mussen said he was nominated by the party leaders to contest the seat to serve the people irrespective of their races and he would use his experience as a government officer to ensure that the people would benefit by supporting him.

A total of 274 of the 2408 Chinese community in the constituency are registered voters.

Seruan dibuat agar sokongan terus diberikan kepada calon BN

LUBOK ANTU:- Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) Tamin, Encik Joseph Mauh ikeh menegaskan yang penduduk Batang Ai tidak seharusnya sekali lagi terpedaya dengan pihak pembangkang.

Menurut beliau, Jawah Gerang pernah menjadi wakil rakyat mereka selama lima penggal tetapi beliau tidak meninggalkan apa-apa yang boleh merubahkehidupan mereka ke tahap yang lebih baik.

“Seperti biasa, pihak pembangkang tidak akan dapat meningkatkankehidupan rakyat kerana sungguhpun kiranya mereka ini (pembangkang)memenangi pilihanraya tidak seperti pihak Barisan Nasional yang bolehbertindak sebaliknya,” tambah beliau.

Menurut Mauh lagi pihak pembangkang tidak mempunyai dana pembangunan untuk membantu rakyat, oleh itu mereka tidak akan dapat ditawarkan apa-apa projek pembangunan
Sumber: Eastern Times, 31 Mac 2009

Mussen sebenarnya seorang calon yang boleh dibanggakan dan diyakini, kata pemimpin PRS

KUCHING:- Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Dato Sr Dr James Masing menggambarkan calon pilihan raya kecil Batang Ai, Malcolm Mussen Lamoh sebagai seorang yang agak malu dengan media.

“Bersikap agak malu dengan media tidak bermakna Mussen kekurangan dari segi perhubungan awam dan berkomunikasi,” beritahu Masing ketika menjawab soalan media yang mengajukan soalan bertanya kenapakah calon BN itukelihatan suka mengelak, terutama apabila didekati oleh pihak media padabeberapa majlis yang diadakan sebelum hari penamaan calon.
Hanya kerana beliau (Mussen) tidak mahu terlalu kerap kelihatan dalamakhbar tidak bermakna beliau tidak mampu menjalankan tugasnya. Sebaliknya,beliau masih lagi memikirkan kawasan yang akan beliau kunjungi untukberkempen nanti,” kata Masing.

“Seperti yang kita sedia maklum, beliau masih lagi baru dalam politik,jadi janganlah kita berharap yang beliau akan bercakap seperti seseorangyang telah mempunyai dua puluh tahun pengalaman dalam arena politik.
Sumber: The Borneo Post, 31 Mac 2009

Pusat Maklumat Luar Bandar dilancarkan di rumah panjang

LUBOK ANTU:- Para penduduk Rumah Jarup, Changkol kini boleh menikmati faedah dari teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dengan pelancaran PusatMaklumat Luar Bandar di rumah panjang.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Joseph Entulu Belaun melancarkan pusat itu Ahad lalu, yang akan mendapat kemudahan internet tidak lama lagi.

Entulu menegaskan pusat ini merupakan antara sebahagian daripada projek yang sedang dijalankan oleh kerajaan bagi mengurangkan jurang perbezaan antara penduduk bandar dan luar bandar di samping mengubah minda dan pemikiran penduduk luar bandar.
Sumber: The Borneo Post, 31 Mac 2009

PKR menerima sambutan dingin di Rh Jubang Bin

LUBOK ANTU:- Sungguhpun tiba di pusat penamaan calon dengan bendera yangberwarna-warni, Parti Keadlian Rakyat (PKR) diberitahu telah menerimasambutan dingin ketika berkempen di Rumah Jubang Bin, Sebangki Panjai, malamAhad lalu.

Menurut salas seorang penduduk kepada pihak Utusan Borneo yangbaru-baru ini satu kumpulan telah datang ke tempat mereka dengan membawapembesar suara dan risalah pada jam 8.15 malam, ketika para penghuni sedangberehat dan berbual sesama sendiri.

“Kami melihat mereka datang dengan menaiki van dan kereta, dan merekaterus meluru masuk ke rumah panjang kami. Mereka pergi ke ruang tamu salahseorang penghuni rumah panjang kami untuk menjalankan kempen partinya.

“Namun demikian, sebahagian besar dari kami tidak berminat untukmendengar kempen mereka kerana majoriti kami merupakan penyokong kuatBarisan Nasional (BN).Kami hanya melakukan tugas kami sendiri dan balik kebilik masing-masing,” tambah beliau.
Sumber: The Borneo Post, 31 Mac 2009

Jawah tidak melobi dengan sepenuh hatinya: Masing

KUCHING:- Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Dato Sri Dr. James JemutMasing menegaskan pembangunan yang teguh tidak kelihatan berlaku di BatangAi sewaktu Jawah Gerang menjadi AhLI Parlimen kawasan itu kerana bekas AhliParlimen ini tidak melobi dengan sepenuh hatinya untuk mendapatkanpembangunan bagi kawasannya.

“Memanglah sebagai seorang Ahli Parlimen biasa, Jawah tidak mempunyaikuasa untuk menyuruh atau memutuskan program-program pembangunan untukkawasan Lubok Antu tetapi beliau sepatutnya melobi dengan lebih tekun lagiagar pembangunan dijalankan di kawasannya,” kata beliau ketika dihubungipihak wartawan The Borneo Post semalam.

“Jawah sepatutnya meneliti bentuk pembangunan yang penduduk kehendaki sebelum melobi sekuat-kuatnya untuk mendapatkannya. Beliau sepatutnyaberbincang dengan menteri-menteri yang berkenaan. Itu adalah sebahagiandaripada tugasnya sebagai seorang wakil rakyat,” tambah Masing lagi.
Sumber: The Borneo Post, 31 Mac 2009

Anwar diktator:Satu peringatan kepada pengundi Batang Ai

"Anwar dulu menggelar Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai 'Firaun' tapi dialah sebenarnya Firaun. Dia adalah diktator dan tidak pernah menerima pandangan ahli-ahli parti. ''

BASHIR AHMAD - 31 Mac 2009

RAKYAT Sarawak yang sedang berjinak-jinak dengan Anwar Ibrahim khususnya di Batang Ai, wajib melihat perkembangan terbaru yang berlaku di Semenanjung.Semalam Ketua PKR Bahagian Jerai, Kedah, P. Kalai Vanar keluar parti dan membubarkan bahagian tersebut.Tutut keluar beramanya ialah 100 ahli bahagian tersebut dan 500 orang ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung India PKR Kedah.

Beliau telah menghantar surat perletakan jawatannya kepada Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Ismail Ahad lalu.Turut keluar PKR ialah K. Deivawani dan S. Poobalan, wakil-wakil PKR dalam Majlis Perbandaran Sungai Petani dan Majlis Daerah Yan. "Kami sudah jemun dengan pemimpin de facto PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dia mengkhianati rakyat, terutama masyarakat India," kata Kalai kepada pemberita.

"Kami sudah lama bersabar dengan Anwar dan pucuk pimpinan parti, mereka tidak buat apa-apa untuk masyarakat India. Kerajaan (negeri) pimpinan Pas sama juga," kata Kalai kepada pemberita.

Kalai yang menyertai PKR pada 1999 juga melabelkan Anwar sebagai `Firaun.'. "Anwar dulu menggelar Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai 'Firaun' tapi dialah sebenarnya Firaun. Dia adalah diktator dan tidak pernah menerima pandangan ahli-ahli parti.

"Ramai ahli PKR, terutama orang India, telah memberikan sumbangan besar kepada parti tapi Anwar tidak menghargai sumbangan mereka," katanya. - malaysiaaktif.com

Monday, March 30, 2009

Suport BN Candidate For Development, Says Mauh

Joseph Maoh hitting a gong to launch the Get -Together Programme witnessed by Naharudin
(second from right).

LUBOK ANTU, Mon : – State Assemblyman for Tamin Joseph Mauh Ikeh said the people in the Batang Ai constituency should not be duped again by the opposition.
He said Jawah Gerang was their representative for five terms but he did not leave them any legacy to enable them to change their lives.

“As in the past, the oppositions would not be able to uplift their living standard eventhough if they win in the election unlike what the BN government can do,” he added.
Muah said the opposition candidate did not have any development fund to help the people so they would not be able to offer them anything in term of projects.

He said this when speaking at a Get -Together programme held at Rumah Panjang Abel, Tinting Lalang organised by Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara ( LPPKN ) near here today.

Calling on the costituents to think positively, Muah said they must think for the future by supporting the BN candidate.

He said the government had the expertise and means to imprové their agricultural pursuit so they must be willing to strive harder to improve their living standard.
In developed countries, the agricultural community was the one who controlled the economy and this could also happen to them here , he added.
Also present were Naharudin Abdullah, the Deputy Director of LPPKN.

RESAT VISITS MEDIA CENTRE AT LUBOK ANTU

LUBOK ANTU, Mon:- Some 50 members of the media based in Kuching and Kuala Lumpur thronged the mini media centre set up at the Lubok Antu Information Office yesterday.

The centre, manned by the department’s Media Relations Officers from March 26 till April 7 will provide the venue for journalists covering the Batang Ai by-election to file and send their stories to their respective organisations.

Resat (standing left) having a look at some the reporters and photographers at work the centre.

Yesterday, State Information Department Director Resat Salleh, who was accompanying the Information Minister, Dato’ Ahmad Shabery Cheek to Lubok Antu, visited and mingled with the journalists.

The by-election is called for following the death of four-term State Assemblyman Datuk Dublin Unting Ingkot on February 24. Former Agriculture Engineer, Malcom Mussem Lamoh,50, of the Barisan Nasional(BN) will face former five-term Lubok Antu member of Parliament, Jawah Gerang in the Batang Ai by-election.

BN akan terus mengamalkan ‘cara Sarawak’nya, tegas Taib

LUBOK ANTU:- YAB Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud menegaskan kelmarin yang Barisan Nasional (BN) Negeri akan mengekalkan cara berkempen ‘gaya Sarawak’ dan sebaliknya tidak akan menggunakan serangan peribadi dan tindakan ganas sepertimana yang diamalkan oleh pihak parti pembangkang.

“Saya tidak suka amalan sebegini…..orang yang melakukan serangan peribadi ini sebenarnya tidak mempunyai isu-isu hangat untuk dieksploitasikan. Ianya bak politik jalanan dan saya sendiri tidak menyenangi amalan sebegini.

Taib yang merupakan ketua Barisan Nasional (BN) Negeri, ketika, diminta memberikan komen berhubung strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang membuat tuduhan peribadi ke atas beliau, menegaskan beliau telah lama mengemudi parti, jadi rakyat sendiri boleh membuat penilaian ke atas dirinya melalui perkembangan dan pembangunan yang beliau bawakan untuk negeri ini.
Sumber : The Borneo Post, 30 Mac 2009

Hanya bendera BN dan PKR saja dibenarkan: Pesuruhjaya Polis Negeri

LUBOK ANTU:- Parti-parti politik dan penyokong Barisan Nasional (BN) dan parti-parti pembangkang diingatkan agar tidak mengibarkan bendera parti-parti lain selain daripada bendera parti yang bertanding sahaja sewaktu tempoh berkempen.

Menurut Pesuruhjaya Polis Negeri Sarawak, Datuk Mohamad Salleh hanya bendera parti Barisan Nasional (BN) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sahaja yang dibenarkan. Ianya juga melibatkan simbol yang terdapat pada kain rentang-kain rentang dan lain-lain bahan kempen, tegas beliau pada majlis sidang media di sini semalam.

“Hanya bendera BN dan PKR sahaja yang boleh dikibarkan di sini”. Bendera dan poster-poster milik parti PAS dan DAP tidak sepatutnya dipamer atau pun dilekatkan oleh penyokong kedua-dua parti di sini semasa kempen pilihanraya,” tegas beliau.

Beliau menegaskan yang ianya dilakukan untuk memastikan keamanan dan keselamatan terpelihara.
Sumber: The Borneo Post, 30 Mac 2009

Buatlah perhitungan sepertimana yang kamu impikan: Masing kepada PKR

LUBOK ANTU:- Pegarah Operasi Barisan Nasional bagi kerusi pilihan raya kecil Batang Ai, Dato Sri Dr. James Masing menafikan spekulasi yang kemungkinan kemenangan berpihak kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) menepis kadar ’55-54’ yang diberikan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung peluang kemenangan buat calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai ramalan matematik yang tak berasas.

Di sebalik dakwaan Khalid itu, sokongan yang menggunung di peringkat akar umbi terhadap BN menambah keyakinan beliau yang BN akan dapat memenangi kerusi itu dengan majoriti besar.
Sumber: The Borneo Post, 30 Mac 2009

Mussen akan merasmikan Persatuan Usahawan Bumiputera Sarawak Cawangan Lubok Antu

MIRI:- Calon Barisan Nasional (BN) Malcolm Mussen Lamoh akan merasmikan Persatuan Usahawan Bumiputera Sarawak (PUBS) Cawagan Lubok Antu pada 3 April ini.

Menurut Presiden Persatuan Usahawan Bumiputera Sarawak (PUBS) Datuk Abang Zaibidin Abang Zainal PUBS ini telah pun ditubuhkan pada minggu lepas.
Sumber: The Borneo Post, 30 Mac 2009

Jangan biarkan trend politik kekerasan yang diamalkan di Semenanjung Malaysia menular ke sini, tegas Daud

KUCHING:- Trend politik yang diamalkan oleh pihak parti pembangkang di Semenanjung Malaysia tidak dialu-alukan di Sarawak, tegas Datuk Daud Abdul Rahman.

Menurut Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal-Ehwal Islam) itu, sejak sekian lamanya, rakyat Sarawak mempunyai stail politiknya yang tersendiri yang telah diterima dengan baik oleh penduduk Sarawak.

Malangnya, tegas beliau lagi, kini semuanya berbeza kerana budaya politik yang diamalkan oleh ahli-ahli politik di Semenanjung Malaysia telah menular masuk ke negeri ini.

“Kita tidak memerlukan budaya politik sebegini yang mana melibatkan penipuan, keganasan, pergaduhan dan merosakkan poster-poster BN sepertimana yang berlaku di Bukit Selambau dan lain-lain negeri di Semenanjung Malaysia,” tegas Daud kepada wartawan selepas merasmikan Kejohanan Taekwando Jemputan Bahagian Kuching Samarahan di SMK Matang Jaya,semalam.
Sumber: The Borneo Post, 30 Mac 2009

Tuduhan adalah bohong semuanya

LUBOK ANTU:- YAB Ketua Menteri, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud menepis tuduhan pihak parti pembangkang yang kerajaan negeri telah merampas tanah-tanah milik rakyat di negeri ini.

“Kini, bertambah banyak tuduhan pihak pembangkang yang kami telah merampas tanah milik rakyat negeri ini. Kesemua tuduhan ini adalah bohong semuanya.

“Sekiranya mereka merasakan berlakunya kes sebegini maka mereka sepatutnya membawa kes ini ke mahkamah dan kami akan patuh kepada keputusan mahkamah,” tegas Taib kepada wartawan sewaktu penamaan calon di Kompleks Sukan Lubok Antu, semalam.
Sumber :Eastern Times, 30 Mac 2009

Jawah telah gagal untuk berkhidmat kepada rakyat

LUBOK ANTU:- Menurut Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Dr. George Chan Hong Nam, Jawah Gerang, calon PKR yang juga merupakan bekas Ahli Parlimen Lubok Antu tidak menyumbangkan khidmatnya kepada kawasan itu dengan efisyen sepertimana Ahli Parlimen baru, iaitu Encik William Nyalau.

Chan menjelaskan terdapatnya isu yang timbul di kawasan itu dan Ahli Parlimen yang baru itu telah berjaya melaksanakan tugasnya dan beliau sememangnya seorang yang boleh diharapkan.

“Dan kini bekas Ahli Parlimen ini telah mencabar calon BN, Malcolm Mussen Lamoh pada pilihan raya kecil Batang Ai tetapi melihat dari rekodnya sebelum ini, beliau tidak banyak melakukan apa-apa untuk penduduk di kawasannya, jadi bagaimankah beliau boleh membantu kita?” kata beliau lagi.

Menurut Datuk Patinggi Dr.George Chan lagi, sungguhpun begitu, dalam tempoh lima penggal Jawah berada dalam BN, beliau masih tidak mampu menyalurkan khidmatnya dan atas sebab itulah beliau telah pun digugurkan dari menjadi Ahli Parlimen.
Sumber:Eastern Times, 30 Mac 2009

Tolak budaya berpolitik pihak pembangkang

LUBOK ANTU:- Rakyat Sarawak sepatutnya menolak cara berpolitik pihak pembangkang seperti demonstrasi jalanan dan mengadakan mesyuarat di bawah pokok, demikian ditegaskan oleh Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

“Rakyat Sarawak kaya dengan budayanya dan hidup bersatu-padu secara aman dan damai. Jadi kenapakah orang sebegini dibiarkan wujud di sini,” tegas Shafie kepada wartawan pada hari penamaan calon bertempat di Kompleks Sukan Lubok Antu di sini semalam.

Budaya sedemikan sepatutnya tidak diterima di sini kerana ianya sesuatu yang asing dalam budaya kita,” tegas beliau lagi.
Sumber : Eastern Times, 30 Mac 2009

Hassan Sui mendedahkan kejayaan kerjasama NCR

LUBOK ANTU:- Usahawan Penan yang paling berjaya, Datuk Hassan Sui yang berasal dari Niah, Miri mendedahkan yang beliau telah mengambil peluang untuk membangunkan tanah-tanah NCR yang terdapat di kampungnya untuk membuka ladang kelapa sawit. Beliau memberitahu perkara ini kepada pihak wartawan sewaktu hari penamaan calon di sini.

Menurut beliau, dalam tahun 1999 mereka telah membenarkan kerajaan negeri untuk mengurus tanah NCR seluas 1,800 hektar milik mereka melalui Land Consolidation and Development Authority (LCDA) yang bertindak sebagai orang tengah, yang akan mengurus projek itu agar mereka tidak ditipu.

“Kami memegang saham sebanyak 30% manakala 70% pula dimiliki oleh pelabur,” kata Hassan. Beliau juga menegaskan bahawa dalam perjanjian berkenaan, tanah NCR milik mereka tidak akan hilang begitu sahaja kerana ianya masih lagi milik mereka dan mereka masih lagi berhak ke atas tanah itu.

Kenyataan Hassan ini sekaligus menepis dakwaan parti pembangkang yang kerajaan akan merampas tanah NCR milik mereka.
Sumber: Eastern Times, 30 Mac 2009

Empat buah negeri yang diterajui parti pembangkang tidak mampu memenuhi janji mereka

LUBOK ANTU:- Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek memberitahu wartawan yang empat buah negeri di Semenanjung Malaysia yang dipimpin oleh parti pembangkang sehingga ke hari ini tidak mampu memenuhi janji mereka kepada rakyat.

“Rakyat juga tentu telah melihat yang calon pembangkang yang baru saja berkhidmat selama setahun di sesetengah negeri telah membuat pelbagai janji tetapi gagal untuk mengotakannya. Sebagai contoh, di mana kerajaan pembangkang mahu membantu mereka yang berpendapatan di RM6,000 setahun menambah dua kali ganda pendapatan mereka tetapi mereka gagal untuk berbuat demikian. Mereka juga gagal untuk mengatasi masalah pengangguran.

“Manakala di Terengganu, selama empat tahun PAS memegang tampuk kepimpinan tidak ada satu pun masjid yang dapat didirikan. Di Selangor pula, kerajaan pembangkang sebaliknya mengambil peluang meneruskan apa yang telah direncanakan oleh kerajaan BN sebelum ini,” tegas beliau lagi.
Sumber: Eastern Times, 30 Mac 2009

RM 2 juta akan diberikan kepada penduduk rumah panjang di Batang Ai

LUBOK ANTU:- Kira-kira RM2 juta akan telahpun dilulus untuk menaiktaraf rumah-rumah panjang di sekitar kawasan Batang Ai, tegas Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Joseph Entulu Belaun.

Menurut beliau, setiap bilik di rumah-rumah panjang yang telah dikenalpasti akan menerima sekitar RM300 ke RM1,000 bagi membaiki dinding dan atap-atap rumah dan pembesaran ruang dapur.

Kata beliau lagi, peruntukan ini tidak sepatutnya digunakan untuk tujuan lain seperti pembaikian sistem perparitan di rumah-rumah panjang.

“Peruntukan ini bukanlah bertujuan untuk memancing undi kerana pembangunan di luar-luar bandar adalah satu kerja berterusan,” tegas beliau pada majlis Program Mesra Rakyat di Rumah Jarop Kalang, Changkol semalam.
Sumber: The Borneo Post, 29 Mac 2009

Pemalsuan dalam apa bentuk sekali pun adalah salah, tegas Masing

KUCHING:-Surat yang diterima dari YAB Pehin Seri Abdul Taib Mahmud yang kononnya merayu bantuan dari syarikat-syarikat pembalakan bagi membantu calon Parti Rakyat Sarawak (PRS) Malcolm Mussen Lamoh pada pilihan raya kecil Batang Ai adalah palsu semata-mata, demikian ditegaskan oleh Setiausaha Akhbar YAB Ketua Menteri, Encik Amin Sahmat semalam.

Menurut Encik Amin lagi, surat yang bertandatangan YAB Pehin Sri Taib jelas sekali bertujuan untuk menipu orang ramai.

Manakala menurut Presiden Parti Rakyat Sarawak, Datuk Dr. James Masing terdapat banyak kesilapan pada surat berkenaan dan ianya membuktikan yang surat itu adalah surat palsu dan beliau mendakwa yang ianya adalah skim penipuan tahap yang lebih tinggi yang tidak pernah dihadapi oleh parti itu sebelum ini, dan beliau juga memberitahu apa jua bentuk pemalsuan adalah salah sama sekali.
Sumber: The Borneo Post, 28 Mac 2009

Jangan pertaruhkan masa depan rakyat

KUCHING:- Golongan cerdik pandai dalam pilihan raya telahpun diingatkan agar tidak bertaruh pada pilihan raya kecil Batang Ai kerana ianya akan hanya memusnahkan masa depan penduduk di kawasan berkenaan.

Menurut Pehin Sri Taib, perbuatan bertaruh pada pilihan raya kecil ini tidak akan menguntungkan penduduk Batang Ai tetapi orang yang memenangi pertaruhan itu.

“Apakah yang perlu kita pertaruhkan? Adakah wang yang dimenangi itu lebih penting dari keuntungan yang akan dinikmati oleh penduduk di situ selepas ini?” soal Pehin Sri Taib kepada wartawan selepas menerima kujungan hormat dari delegasi Pertubuhan Bulan Sabit Merah Cawangan Kuching, di sini semalam.
Sumber: Eastern Times, 28 Mac 2009

Jabatan Tanah dan Survei menafikan tuduhan Anwar

KUCHING:- Pihak Jabatan Tanah dan Survei di sini menafikan kelmarin yang pihak mereka telah meminta nombor akaun bank para penduduk Skim Penempatan Semula Batang Ai.

Menepis tuduhan yang dibuat oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), pihak jabatan memberitahu permintaan sedemikan tidak pernah tercatat dalam mana-mana-mana surat yang dihantar kepada para penduduk skim penempatan semula itu.

“Sebaliknya pihak jabatan ini sedang menjalankan tugas mengenalpasti dan mengemaskini rekod dan data penduduk asal Dusun Lot yang telahpun berpindah ke Skim Penempatan Semula Batang Ai.

“Dan pihak kami telahpun menghantar surat kepada para penduduk di sini (Skim Penempatan Semula Batang Ai) meminta mereka menghantar salinan kad pengenalan mereka sahaja,” demikian ditegaskan oleh Penguasa Tanah dan Survei Bahagian Sri Aman, Encik Majuan Jeraie dalam kenyataan akhbarnya semalam.
Sumber: Eastern Times, 28 Mac 2009

Pelompat parti adalah mereka yang tidak boleh dipercayai

KUCHING:-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Datuk Haji Talib Zulpilip tidak yakin dengan kecekapan Jawah Gerang sebagai wakil rakyat sekiranya beliau berjaya memenangi pilihan raya kecil Batang Ai.

Taib, yang merupakan Pengerusi Sarawak Economic Development Corporation (SEDC) menegaskan adalah sukar untuk mempercayai seseorang seperti Jawah yang telah 20 tahun berada dalam Barisan Nasional (BN) tetapi secara tiba-tiab menyertai parti pembangkang.

“”Seperti yang kita sedia maklum, apabila seseorang itu beralih arah, kamu tidak pasti apakah yang akan mereka lakukan dan akan timbul banyak kemusykilan.” tegas Datuk Talib selepas menyerahkan surat tawaran kepada para peserta Skim PUTERA (Program Peningkatan Usahawan) di SEDC semalam.

“Kita juga mengetahui yang DAP dan PKR seringkali tidak sehaluan, Jadi bagaimanakah mereka dapat bekerjsama? Mereka tidak menghormati satu sama lain. Kita seringkali mendengar pertelagahan antara Dominique Ng dan Chong Chieng Jen. Jadi sekiranya mereka menang, mereka akan tetap bergaduh,” tambah beliau lagi.
Sumber: Eastern Times, 28 Mac 2009

Taib berpandangan jauh: Masing

BINTULU:- Ketua Menteri, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud merupakan seorang pemimpin yang berpandangan jauh dan berwawasan.

Kenyataan ini dibuat oleh Menteri Kemajuan Tanah Sarawak, Dato Sri Dr.James Jemut Masing pada majlis Ualngtahun Ke-28 kerjaya politik Pehin Sri Taib sebagai Ketua Menteri Sarawak, malam Khamis lalu.

Sambil menegaskan yang YAB Pehin Sri menyumbang kepada kejayaan negeri ini, beliau memberitau, “Ketua Menteri kita tidak pernah berpuas hati dengan kejayaan yang telah dikecapi tetapi sebaliknya beliau terus berusaha dan mengharapkan ahli-ahli kabinet dan pegawai-pegwai kerajaan mengikut jejak langkahnya.

Kelogikan perkembangan ekonomi yang digambarkan oleh Pehin Sri adalah biasa sahaja dan amat mudah untuk kita lihat dan fahami, tetapi ianya memerlukan keupayaan dari segi politik, kekuatan daya saing kita dan yang paling penting kita mestilah mampu berhadapan dengan kritikan yang dilontarkan kepada kita. Sesetengah kritikan yang kita terima adalah kerana ketidakpekaan sesetengah pihak dan juga rasa cemburu yang timbul manakala yang lainnya pula adalah kerana kelemahan semangat kita.

ANWAR HANYA MAHU PERKUDA BATANG AI, RAKYAT SARAWAK

ADA kira-kira 4,000 orang penyokong calon di Kompleks Sukan Lubok Antu, pusat penamaan calon pilihan raya kecil DUN Batang Ai. Bilangan penyokong calon BN, Malcolm Mussem Lamoh hampir sama banyak dengan penyokong calon PKR, Jawah Gerang.

Barangkali ia melambangkan betapa sengitnya pertarungan satu lawan satu di Batang Ai, sebuah kawasan terpencil yang berpusat di pekan Lubok Antu dekat sempadan Indonesia, kira-kira enam jam perjalanan dengan kereta dari Kuching.

Kata orang ramai, ini perlawanan 50-50. Kata orang-orang PKR, ini perlawanan 55-45 (55 PKR dan 45 BN). Kata orang-orang BN pula, BN akan menang.

Kerusi kawasan itu kosong berikutan kematian penyandang dari BN bagi empat penggal, Datuk Dublin Unting Ingkot yang juga Pembantu Menteri Sukan dan Pertanian Sarawak dan Naib Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), pada 24 Februari lalu akibat serangan angin ahmar.
Dalam pilihan raya negeri 2006, Unting Ingkot menang hanya dengan majoriti 806 undi. Ini menunjukkan betapa sengitnya pertarungan di Batang Ai.

Kira-kira 40 peratus daripada 22,270 penduduk Batang Ai dari 238 rumah panjang bergantung kepada sungai untuk tujuan pengangkutan. Khabarnya hampir kesemua bot telah ditempahsewa lebih awal oleh PKR. Jentera kempen BN terpaksa memerah kepala dan duit untuk mencari pengangkutan lain melalui sungai dan darat. Liciknya perancangan PKR.

Mengikut daftar pilihan raya, terdapat 8,006 pengundi berdaftar yang terdiri daripada 95 peratus Iban di kawasan yang sangat luas sekitar 1,341 kilometer persegi dengan 24 pusat pengundian dibuka pada hari pengundian.

Ketika pilihan raya kecil Batang Ai berlangsung serentak dengan pilihan raya kecil DUN Bukit Selambau di Kedah dan kawasan Parlimen Bukit Gantang, Perak, tumpuan di Semenanjung tentulah lebih ke kawasan `dua bukit' itu di mana BN berhadapan dengan Pas dan PKR.

Namun perhitungan di Batang Ai bukan calang-calang pentingnya. Ini adalah gelanggang bagi PKR pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengukur sejauh mana pengaruhnya di negeri yang sekian lama menjadi kubu BN di bawah pimpinan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Objektif Anwar amat jelas iaitu menarik para pengundi di Sarawak dan seterusnya Sabah bagi menyokong pakatan pembangkang Semenanjung (PKR,DAP dan Pas) menggulingkan BN di peringkat Parlimen bagi mencapai cita-citanya yang tidak kunjung padam untuk menjadi Perdana Menteri.

Keputusan pilihan raya umum (PRU) 2008 telah menunjukkan betapa pakatan pembangkang pimpinan Anwar gagal menumbangkan BN kerana tidak mendapat sokongan di Sarawak dan Sabah. Anwar selanjutnya cuba menarik ahli-ahli Parlimen BN di Sarawak dan Sabah melompat ke pakatan pembangkang dan menetapkan 16 September 2008 (hari ulang tahun Sarawak dan Sabah bergabung dengan Semenanjung di bawah pembentukan Malaysia) sebagai tarikh keramat menumbangkan kerajaan persekutuan BN dan menubuhkan kerajaan baru.

Berkali-kali Anwar mendakwa bahawa jumlah ahli Parlimen BN yang akan melompat sudah mencukupi bagi beliau menumbangkan BN, malah pada 15 September beliau masih lagi memberitahu wartawan bahawa rancangannya itu tetap akan berlaku. Tapi akhirnya ternyata tarikh 16 September 2008 adalah `temberang terbesar Anwar.'

Anwar yang memang terkenal dengan semangat tidak mengaku kalah tidak berputus asa selagi cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri tidak tercapai. Bekas Timbalan Perdana Menteri yang pernah dipenjara atas kesalahan rasuah itu mengubah strategi dengan memperkuatkan kempen untuk mempengaruhi rakyat Sarawak dan Sabah pula supaya menyokong beliau dan pakatan pembangkang Semenanjung.

Apabila diadakan pilihan raya kecil Batang Ai ekoran kematian Unting Ingkot, Anwar melihat ini adalah kesempatan untuk digunakan sepenuhnya bagi mempengaruhi rakyat Sarawak supaya menyokong beliau dan pakatan pembangkang Semenanjung.

Jika menang adalah bonus. Jika kalah masih tidak mengapa kerana pilihan raya kecil itu adalah landasan baginya untuk menganggu-gugat BN Sarawak dengan menanam kebencian yang diharapkan subur pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Taktik Anwar di Sarawak adalah taktik yang sama yang beliau gunakan berterusan sehingga sekarang di Semenanjung.

Pertama, laga-lagakan permusuhan antara kaum dan kedua, serang habis-habisan perbadi pemimpin tertinggi kerajaan BN Sarawak iaitu Taib Mahmud dengan menggunakan media baru yang dikuasainya, blog dan laman web.

Di Semenanjung, Anwar melalui Hindraf dan slogan Makkal Sakhti berjaya membakar semangat perkauman rakyat keturunan India dan menyerang DEB untuk mendapatkan sokongan bukan Melayu terutama Cina. Apa jua bibit-bibit yang boleh membangkitkan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat dieksploitasi sepenuhnya untuk menyemarakkan kebencian terhadap kerajaan BN.

Badan kehakiman dan agensi-agensi penguatkuasaan kerajaan seperti polis, badan pencegah rasuah dan Pejabat Peguam Negara menjadi sasaran serangan jentera pembangkang pimpinan Anwar secara strategik dan bertali arus. Kini institusi raja pula menjadi sasaran gerakan pembangkang pimpinan Anwar dengan meniupkan isu bahawa institusi itu proBN. Segalanya dilakukan dengan satu agenda iaitu untuk menumbangkan BN dan menobatkan Anwar sebagai Perdana Menteri.

Taktik menyerang pemimpin tertinggi telah Anwar gunakan sejak beliau disingkir oleh Tun Mahathir Mohamad daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri. Jentera penyokong Anwar yang cukup mahir dalam teknologi dan strategi propaganda media baru telah menyerang peribadi Mahathir habis-habisan. Anwar sedikit pun tidak mengenang budi Mahathir yang membawanya masuk ke dalam UMNO dan akhirnya memberikannya jalan mudah untuk menjadi penggantinya.

Tentu ada sebab yang kukuh bagi Mahathir untuk menyingkir anak didik yang pernah `disayanginya' itu. Betapa Mahahtir sayang kepada Anwar sehingga sanggup membiarkannya mengenepikan Tun Ghafar Baba, seorang veteran yang berjasa besar kepada UMNO.

Selepas Mahathir berundur, sasaran serangan media baru proAnwar dihalakan pula kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Pelbagai tulisan, kartun dan gambar yang menghina Pak Lah disumbatkan ke dalam blog dan lama web untuk membangkitkan perasaan tidak hormat dan meluat di kalangan rakyat terhadap ketua ekskutif negara, kerajaan dan parti pimpinannya.

Apabila nyata Pak Lah tidak lagi dihormati oleh rakyat dan ahli-ahli partinya sendiri (UMNO), jentera propaganda media baru Anwar mengalihkan serangan terhadap Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pula. Tuduhan yang paling hebat dan berterusan ialah kononnya Najib terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya. Walaupun Najib telah bersumpah dengan nama Allah bahawa beliau sama sekali tidak terlibat, serangan terus dilipatgandakan.

DAP dan Pas juga amat menyedari grand design Anwar ini. Tapi dengan rela hati mereka menyokong Anwar hanya kerana mereka sangat membenci BN yang sekian lama menjadi musuh politik utama mereka. Perasaan dendam telah menyatukan Anwar dengan DAP dan Pas untuk menumbangkan BN.

Tapi percayalah bahawa dendam adalah satu tali ikatan yang sangat rapuh dan berisiko tinggi. Jika mereka berjaya menumbangkan BN, kerjasama mereka tidak akan dapat bertahan lama kerana fahaman dan objektif politik masing-masing amat berbeza. Jika BN sudah jatuh, maka tibalah pula giliran mereka untuk mempertahan dan memperluas kuasa serta pengaruh masing-masing. Lambat laun mereka akan bergaduh sesama sendiri dan menjerumuskan petadbiran negara ke keadaan berkecamuk dan lebih tidak stabil.

Kini Sarawak menjadi gelanggang agenda peribadi Anwar. Blog-blog proAnwar telah muncul dengan meledakkan serangan peribadi terhadap Taib Mahmud yang telah memimpin Sarawak dengan stabil selama 28 tahun. Terlalu lama menjadi pemimpin adalah satu isu yang dibangkitkan selain pelbagai dakwaan lain.

Percayalah bahawa jika Taib Mahmud berundur pada hari ini, sesiapa jua yang menggantikannya akan menerima serangan yang sama hebatnya, atau barangkali lebih kuat. Sama dengan apa yang telah berlaku ke atas Mahathir, Pak Lah dan Najib.

Apakah Anwar seorang yang sangat mulia dan tiada cacat-cela? Melihat isi kandungan serangan blog-blog proAnwar, seolah-olah begitulah mesej yang mahu disampaikan kepada rakyat Semenanjung, dan sekarang rakyat Sarawak. Pilihlah Anwar yang tidak korup, paling pandai mentadbir dan paling mulia akhlaknya!

Sayang seribu kali sayang, mereka itu mengenali Anwar hanya sepintas lalu, dari jauh dan barangkali bersumberkan propaganda para penyokong Anwar yang mahu naik bersamanya atas kepentingan peribadi.

Selain serangan peribadi terhadap Taib Mahmud, gerakan Anwar ialah melaga-lagakan kaum di Sarawak. Sasaran utama ialah kaum Dayak yang merupakan majoriti rakyat Sarawak supaya membenci lain-lain kaum utama di negeri itu terutama Melanau yang merupakan suku kaum Taib Mahmud.

Oleh kerana Taib Mahmud dan pendahulunya Tun Abdul Rahman Yaakob adalah orang Melanau, maka cara yang mudah bagi Anwar untuk melaga-lagakan kaum ialah dengan menjanjikan jawatan Ketua Menteri Sarawak kepada seorang Dayak jika pakatan pembangkang Semenanjung dapat `memerintah' Sarawak kelak.

Ini adalah bahanapi mudah terbakar bersalut gula-gula yang cukup menarik untuk disogokkan kepada para pengundi di Batang Ai yang majoritinya ialah Iban, suku terbesar kaum Dayak. Dan Anwar menyogokkannya tanpa segal-silu, sama seperti beliau menyogokkan janji `16 September 2008' kepada rakyat di Semenanjung ketika menghadapi pilihan raya kecil Permatang Pauh dulu.

Sebenarnya soal pembangunan, rasuah dan apa jua isu lain adalah perkara kedua bagi Anwar yang beliau hanya gunakan untuk mendaulatkan cita-citanya yang tidak pernah kunjung padam - Anwar mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia. Bagi beliau rakyat Malaysia, sama ada di Semenanjung, Sarawak atau Sabah adalah alat sahaja.

Beliau mahu menjadi PM Malaysia untuk apa? Untuk Anwar menjadi PM, itu sahaja. Beliau percaya beliau adalah manusia yang paling layak jadi PM Malaysia. Samalah juga dengan Amerika Syarikat (sahabat Anwar) menumbangkan Saddam Hussein, untuk apa? Hanya kerana mahu menumbangkan Saddam Hussein dan membuktikan kegagahan Amerika serta Presiden Bush. Selepas tumbangnya Saddam, ternyata keadaan di Iraq lebih teruk daripada zaman pemerintahannya.

Keadaan di Iraq selepas penaklukan Amerika sudah siang-siang lagi dibayangkan Tun Mahathir semasa beliau menjadi Perdana Menteri dulu. Dan Mahahtir juga pernah menyatakan bahawa beliau adalah orang pertama yang akan meninggalkan Malaysia jika Anwar jadi PM.

Kepada para pengundi Batang Ai, percayalah bahawa Jawah Gerang telah termakan gula-gula Anwar. Tentu ada sesuatu yang tersembunyi yang Anwar telah janjikan kepada Jawah. Maka sokonglah Jawah jika anda mahu menyokong Anwar, orang yang telah melaungkan janji temberang `16 September 2008' kepada penduduk di Semenanjung

JANGAN BANGKIT SENTIMEN BENCI DAN KELIRU PENGUNDI

Kempen di Batang Ai sudah menampakkan kerancakan. Petugas parti BN dan PKR mula menggiatkan aktiviti kempen menemui pengundi dari rumah ke rumah. Masing-masing parti akan cuba meyakinkan pengundi bahawa mereka boleh memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pengundi.

Inilah indahnya sistem demokrasi. Rakyat boleh memilih pemimpin secara bebas. Dan keputusan yang dibuat oleh rakyat dalam memilih pemimpin ini akan menentukan sama ada pembangunan boleh dilaksanakan atau tidak di kawasan Batang Ai. Terserah kepada rakyat untuk menentukannya.

Apapun, dalam kempen yang dijalankan, kita berharap bahawa jentera kempen pilihanraya parti yang bertanding supaya tidak membangkitkan isu yang boleh menimbulkan sentimen benci membenci antara satu sama lain dan juga isu yang boleh mengelirukan pengundi.

Pilihan raya bukanlah tempat untuk menyebar fitnah dan pembohongan. Pilihan raya bukanlah tempat untuk memecahbelahkan rakyat dan menggugat keharmonian kaum. Pilihan raya bukanlah tempat untuk bercakaran sesama sendiri. Pilihan raya adalah satu kaedah dalam memilih pemimpin yang akan memimpin kita. Kita kena memilih pemimpin yang diyakini boleh memberi perkhidmatan terbaik kepada kita seperti membawa pembangunan, menyediakan sekolah, menjaga keamanan, mewujudkan peluang ekonomi dan lain-lain.

Kita tak perlu pemimpin yang hanya membawa janji kosong dan tidak dapat membuat apa-apa kepada kita. Sebaik yang mungkin, kita hendaklah memilih pemimpin yang mempunyai hubungan yang akrab dengan pemimpin negeri yang ada kuasa untuk menyalurkan peruntukan kepada kita.
Apapun, terserah kepada pengundi Batang Ai. Sama ada hendak pembangunan yang berterusan atau hendak terus kekal dengan suasana tiada pembangunan.

Sunday, March 29, 2009

MENGENALI CALON BN LEBIH DEKAT

Pepatah ada mengatakan ‘tak kenal tak cinta’. Mari kita mengenali calon BN dengan lebih dekat.

Name : Malcolm Mussen Lamoh

Tel. No : 019-8168550

Alamat : Lot 160, Jalan Lumba Kuda, 93450 Kuching, Sarawak

Place/Date Of Birth : Sarawak/30 April 1959

Sex : Male

Nationality : Malaysian

Race : Iban

A. Professional Qualification

i) Msc In Manufacturing System Engineering, University Of Warnick, Coventry, England,
UK,1998

ii) Bachelor Of Engineering (Agricultural) Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor, 1983

iii) Certificate In Farm Mechanisation Course, Tsubuka International Centre (JICA), Ibaraki-
Ken, Japan, 2001

iv) Certificate In Country-Focused Executive Management, Pasific Resource Enchange Centre,
Osaka, Japan, 2000

v) Graduate member (Reg. No:10900B), Board of Engineers Malaysia (BEM), 1984

vi) Graduate member (Reg. No:1136), Malaysian Society of Agriculture Engineers, 1997


B. Working Experince & Technical Skills

vii) Engineer(Plant & Machinery) : Jan 1984

- Procurement, operation and maintenance of vehicles, plant, machinery and equipment for
Agriculture Department of Sarawak
- Planning design and construction of processing facilities for agricultural produces and relevant
filed infrastructure throughout Sarawak
- Provision of engineering services and technical cooperating with other expert domains in
machinery and technology development work.

viii) Part-time Lecturerc(Jun 2004-May 2008) Mechanization dan automation module. (Diploma Program) Faculty Of Agriculture and Food Science, Universiti Putra Malaysia, Bintulu Campus, Sarawak

ix) Part-time Lecturer (May 2002-Nov 2003) Agricultural Engineering Module (Diploma Program), Faculty of Applied Science, Universiti Teknologi Mara, Samarahan Campus, Sarawak

x) Federal state officers’ exchange program (Oct. 1989 – Nov 1989) : Attachment with Engineering Department, Malaysian Agricultural Research & Development Authority (MARDI), Serdang to understudy mechanization and machinery development work.

xi) Project Engineer (June 1995 – Sept. 1997)
- Assigned by the Ministry Of Agriculture Sarawak to assist state Farmers’ Organizations (SFO)
in the establishment of Individual Quick Freeze (IQF) plant for frozen food through JV project
with a French Company Freeze Agro Ingenierre, Pencran, France
- Industrial placement with Frigoscandia Frozen Foods, Industrielle Du Ponant, York
International, Hartereau S.A, Savorland IQF plant, other suppliers (manufacturers) and users
of machinery and equipment for food freezing operations in Brittany, France for a period of 3
month in 1996. The training encompassed fabrication (manufacture), installation and testing
operation & maintenance of machinery and equipment, management of automated production
system and product marketing and distribution.


D. Computer Skills

- Proficient in Microsoft Office (Words, Excel, Power Point), Autocad 2D and 3D Applications, Designwave

E. Language Competency

- Proficient in both written and spoken English, Spanish and Bahasa Melayu and basic
knowledge of spoken Japanese (Nitongo)

KAKI EKOR MULA PUSING NOMBOR

Di Batang Ai, 2 calon akan bertanding. Di Bukit Selambau 15 calon turut mencuba nasib untuk menjadi wakil rakyat. Manakala di Bukit Gantang, menyaksikan pertandingan 3 penjuru.

Bagi penganalisis politik, mereka sedang membuat congakan siapa yang akan menang dalam pilihanraya ini. Bagi pengundi, mereka sedang memikir kepada siapa undi hendak diberi. Bagi petugas dan perayu parti, mereka akan bertungkus lumus untuk memastikan calon mereka menang.

Bagi kaki ekor, mereka juga sedang membuat percaturan dalam pilihan raya ini. Tetapi apa kaitan mereka dalam pilihanraya ini? Mereka juga ada peranan tetapi peranan mereka ialah untuk memusing nombor. Bukan nombor calon bertanding tapi nombor ekor. Mereka sedang memusing-musing nombor untuk dijadikan pertaruhan judi ekor. 2 calon di Batang Ai, 15 calon di Bukit Selambau, 3 calon di Bukit Gantang. Mungkin nombor yang akan naik ialah 2153. Atau kalau dipusing jadi 3152. Atau jika dipusing lagi jadi 1532 atau 1523.

Apapun, jangan kepala jadi pusing sudahlah.

HARAPAN PENGUNDI BATANG AI

Penantian orangramai sudah pun terjawab. Di Batang Ai menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Mussen Lamoh dari BN dan Jawah Gerang dari PKR. Persaingan dijangka sengit. Ramai pemerhati menjangkakan BN mempunyai kelebihan kerana calon yang dikemukakan sudah dapat diterima oleh pengundi dan dikenali sebagai seorang yang mempunyai kesungguhan kerja dan komited terhadap kerjayanya semasa di Jabatan Pertanian Sarawak. Rekodnya semasa di Jabatan Pertanian selaku jurutera amat membanggakan dan banyak menyumbang kepada pembangunan pertanian di negeri Sarawak.

Berbanding dengan Jawah Gerang yang sudah 5 penggal sebagai Ahli Parlimen Lubok Antu, sebahagian pengundi sudah hilang kepercayaan kepadanya kerana selama 5 penggal menjadi wakil parlimen, tidak banyak yang disumbangkan kepada penduduk Lubok Antu. Kawasan Parlimen Lubok Antu masih tidak ada perubahan dan masih mundur di bawah Jawah. Mereka mempersoalkan apakah yang Jawah lakukan selama ini? Pengundi yakin Mussen akan dapat memberi nafas baru kepada pembangunan di Batang Ai.

Menurut Donny Igat, salah seorang pengundi di Batang Ai, daripada memberi undi kepada Jawah Gerang yang tidak dapat membawa apa-apa pembangunan, lebih baik memilih Mussen yang diyakini boleh membawa perubahan besar disini. Satu undi darinya sudah pasti untuk Mussen. Beliau juga berharap pengundi lain akan mengikut jejaknya untuk memberi undi kepada Mussen dari BN untuk memastikan kawasan DUN Batang Ai bernafas semula dan tidak tertinggal dalam arus pembangunan.

LARANGAN PARTI TIDAK BERTANDING PAMER BAHAN KEMPEN DIPERKETAT

LUBOK ANTU, 29 Mac (Bernama) -- Polis Sarawak akan mengetatkan lagi penguatkuasaan peraturan pilihan raya yang melarang parti yang tidak bertandingdalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Batang Ai untuk mempamerkan bendera atau poster mereka di kawasan pilihan raya berkenaan sepanjang tempoh berkempen. Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohmad Salleh memberitahu pemberita di sini hanya bahan kempen seperti bendera, sepanduk, kain rentang dan bahan-bahankempen yang lain, daripada Barisan Nasional dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)sahaja dibenarkan untuk dipamerkan sepanjang tempoh berkenaan.

"Perkara ini telah ditegaskan oleh SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) sebelum ini dan kita akan memastikan ia dipatuhi oleh semua pihak sepanjang tempoh berkempen ini," katanya sebagai mengulas dakwaan beberapa bendera PAS telah dirampas daripada penyokong pembangkang yang berkumpul di pusat penamaan calonuntuk pilihan raya kecil itu di sini pagi ini.

Calon Barisan Nasional Malcolm Mussem Lamoh ditentang bekas Anggota Parlimen Lubok Antu, Jawah Gerang yang mewakili PKR dalam pilihan raya kecil ini yang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dublin Unting Ingkot Februari lepas. Selain insiden bendera-bendera parti selain daripada parti-parti yangbertanding itu, Mohmad berkata proses penamaan calon pagi tadi secara keseluruhannya telah berjalan lancar.

"Kita berterima kasih dengan kerjasama pihak Barisan Nasional dan PKR sepanjang proses itu kerana tanpa kerjasama ini, agak sukar untuk pihak polis menjalankan tugas mereka," katanya. Dalam perkara lain, Mohmad berkata pihak polis tidak akan menghalang mana-mana pihak untuk mendapatkan permit bagi mengadakan ceramah semasa tempoh kempen ini. Menurutnya kelulusan akan diberikan kepada mana-mana parti asalkan permohonan mereka tidak bertindih antara satu sama lain daripada segi tempat,masa dan tarikh. --
Sumber :BERNAMA 29 Mac 2009

Saturday, March 28, 2009

PRK Batang Ai Dijadikan Pertaruhan

Ketua Menteri Sarawak, Pehin Seri Haji Abdul Taib Mahmud menyelar tindakan pihak tertentu yang menggunakan Pilihan Raya Kecil Batang Ai pada 7 April depan sebagai ‘pertaruhan’ demi kepentingan individu.Taib menyatakan bahawa tidak wujud isu pertaruhan pada pilihan raya ini kerana program pembangunan Kerajaan lebih besar faedahnya berbanding nilai ‘pertaruhan’ yang dimenangi.

Di samping itu, beliau yakin rakyat di kawasan Batang Ai tahu hanya Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang boleh membawa pembangunan kepada mereka. Namun, rakyatlah yang menentukan sama ada pertaruhan mereka lebih besar ganjarannya atau faedah dinikmati daripada pembangunan kerajaan lebih baik untuk selama-lamanya.Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya Polis Kontinjen Sarawak, SAC I, Datuk Hamza Taib menyatakan bahawa polis mempunyai maklumat berkaitan pertaruhan tetapi ia masih belum disahkan.

Namun, perkara itu akan terus dipantau dari semasa ke semasa dengan tertubuhnya sebuah pasukan khas yang diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Sarawak SAC II, Huzir Mohamed yang akan mengumpulkan maklumat dan bukti berkaitan kegiatan itu.
Sumber: Utusan Borneo dan Utusan Sarawak, 28 Mac 2009

Surat Mohon Sumbangan Wang Disahkan Palsu

Dakwaan Ketua Menteri Sarawak, Pehin Seri Haji Abdul Taib Mahmud yang menandatangani sepucuk surat kepada sebuah syarikat meminta sumbangan wang bagi membiayai kempen calon BN bagi Pilihan Raya Kecil Batang Ai telah dinafikan oleh Pejabat Ketua Menteri menerusi satu kenyataan akhbar daripada Pegawai Tadbir (Media) di Pejabat Ketua Menteri, Amin Sahmat.

Pejabat Ketua Menteri mengesahkan surat yang menggunakan kepala surat rasmi Parti Rakyat Sarawak (PRS) adalah palsu dengan niat menipu orang ramai untuk menderma wang bagi tujuan kononnya untuk kempen calon BN dalam PRK Batang Ai. Sehubungan itu, sesiapa yang menerima surat seperti itu diminta melaporkannya kepada pihak berkuasa kerana BN tidak pernah meminta sumbangan derma sedemikian.

Sementara itu, Presiden PRS, Dato Seri Dr. James Masing turut menafikan PRS pernah mengeluarkan surat sedemikian kepada taikun-taikun syarikat pembalakan di negeri ini bagi tujuan berkenaan dan beliau menyifatkan perbuatan itu sebagai taktik kotor yang dipercayai dilakukan oleh pihak pembangkang. Ini kerana, tandatangan dalam surat itu sama dengan tandatangan Taib, tetapi nama beliau disalah eja.

Masing menjelaskan bahawa perbuatan ini akan diketahui angkara siapa setelah akaun bank yang tercatat di surat itu disiasat sepenuhnya.
Sumber: Utusan Borneo dan Utusan Sarawak, 28 Mac 2009

PERTAHANKAN KEAMANAN DAN KEMAKMURAN SARAWAK

Oleh Sylvester Linggi

Kita amat bertuah kerana menjadi warga Sarawak, negeri tercinta. Sesiapa sahaja yang mendiami negeri Sarawak ini pasti akan merasa bangga kerana negeri ini dikurniakan dengan pelbagai keistimewaan dan keunikan.

Negeri Sarawak sememangnya kaya dengan keindahan alam flora dan faunanya serta tempat-tempat menarik dan kaya dengan pelbagai budaya daripada pelbagai suku kaum dengan pelbagai dialek.

Sarawak juga mempunyai banyak keunikan alam semula jadi yang menawarkan gunung-ganang, bukit-bukau, laut, sungai, pantai, air terjun, hutan belantara dan sebagainya yang amat menarik.

Negeri Sarawak juga yang telah melahirkan wira pelbagai bangsa,tokoh yang cukup cerdik lagi pandai. Rakyat negeri ini juga hidup dalam suasana yang aman dan damai. Masyarakat berbilang kaum di Sarawak saling bertolak ansur, bekerjasama dan saling faham-memahami antara satu sama lain. Inilah kunci kepada keamanan dan keharmonian. Inilah negeriku Sarawak yang semakin hari semakin maju.

Walaupun negeri Sarawak ini semakin hari semakin maju, makmur dan aman, namun kita tidak seharusnya leka dengan apa yang kita nikmati sekarang ini. Kebelakangan ini sudah ada usaha pihak-pihak tertentu untuk menimbulkan kekeliruan, kekacauan dan huru hara dikalangan rakyat Sarawak dengan menaburkan pelbagai berita yang tidak betul dan boleh merosakkan perpaduan rakyat Sarawak.

Perbuatan segelintir individu ini sudah tentu akan menimbulkan kegelisahan dalam kalangan rakyat. Pelbagai tuduhan dan berita palsu disebarkan kepada rakyat dengan harapan rakyat akan bertindak untuk membuat protes kepada kerajaan. Golongan ini cuba untuk menghasut rakyat supaya rakyat membenci dan menolak kerajaan. Mereka cuba mengalih perhatian rakyat dengan membuat tuduhan palsu yang berniat jahat.

Tapi kita yakin bahawa rakyat Sarawak amat bijak dalam menilai berita yang diterima. Rakyat Sarawak juga tahu bahawa mereka sekarang ini hidup dalam suasana yang jauh lebih baik dari dulu dan dapat menjalani kehidupan seharian dengan selesa dan baik. Rakyat Sarawak juga sedia maklum bahawa Kerajaan sentiasa prihatin akan kehidupan mereka.

Walaupun tidak semuanya tuntutan yang dibuat itu dapat dipenuhi oleh kerajaan, namun sebahagian besar telah dilaksanakan seperti meyediakan kemudahan pendidikan, mewujudkan peluang-peluang ekonomi, perkhidmatan kesihatan dan lain-lain. Dan sekarang kerajaan sedang mempergiatkan usaha pembangunan di semua kawasan.

Negeri Sarawak dijangka akan berkembang pesat dalam masa terdekat. Apa yang penting sekarang ini ialah rakyat Sarawak perlu bersatu padu dalam membangun negeri ini dan menolak mereka yang cuba menimbulkan kekacauan atau dan melaksanakan aktiviti yang boleh menjejaskan perpaduan dan pembangunan negeri Sarawak.

Jangan benarkan golongan yang berkepentingan cemarkan perpaduan antara kaum yang telah sedia terjalin sekian lama. Kita perlu menolak golongan yang mahu memporakperandakan kehidupan kita.

“BERSATU TEGUH, BERCERAI ROBOH”


Friday, March 27, 2009

DAP dan PKR merebut DUN Batu Kawa

Kuching, 26hb:-Ahli Parlimen Bandar Kuching, Chong Chieng Jen dan Ahli Dewan Undangan Negeri Padungan, Dominique Ng Kim Ho sekali lagi berebut hak untuk keluar bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Batu Kawa pada pilihan raya Negeri yang akan datang!

Chieng Jen yang juga setiausaha Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak berkata bahawa akan ‘mengambil balik’ kerusi Batu Kawa pada 15 Mac yang lepas semasa dalam Persidangan Penubuhan Cawangan Batu Kawa.

Manakala, Dominique Ng Kim Ho berkata tidak akan menyerahkan kerusi Batu Kawa kepada mana-mana pihak. Dan ini telah membuktikan bahawa perebutan kerusi di antara kedua-dua pembangkang ini akan berulang lagi.
Sumber: Sin Chew Daily, 27 Mac 2009

Hanya parti yang bertanding layak pamer bahan kempen

LUBOK ANTU:-Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak akan teragak-agak untuk menurunkan sebarang bahan kempen mana-mana parti yang tidak terbabit dalam tiga pilihan raya kecil pada 7 April ini.


Timbalan Pengerusinya Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata hanya parti yang akan menghantar calon pada Ahad ini yang layak mempamerkan bahan kempen seperti bendera, sepanduk, kain rentang dan bahan-bahan kempen yang lain. Menyentuh mengenai kempen dalam internet seperti di laman web dan blog, Wan Ahmad berkata SPR tidak mempunyai kuasa mengawal kempen di internet kerana ia adalah di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Multimedia Malaysia dan pihak polis.

Sumber: Utusan Sarawak, 27 Mac 2009

Kemenangan BN di kerusi Batang Ai akan menjadi hadiah paling berharga buat Najib: Salang

LUBOK ANTU:-Kejayaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya Batang Ai 7 April ini akan menjadi hadiah paling berharga buat bakal Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Joseph Salang Gandum menegaskan yang ianya akan menggambarkan dengan sejelas-jelasnya sokongan rakyat kepada pucuk pimpinan parti.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat anjuran Jabatan Hal-Ehwal Khas di Rh. Ambau, Kaong Ulu, di sini semalam.
Sumber: The Borneo Post, 27 Mac 2009

Kejayaan adalah kerana BN: Johari

KUCHING:- Kejayaan Jawah Gerang sebagai Ahli Parlimen Lubok Antu pada pilihanraya yang lalu adalah kerana Barisan Nasional (BN).


Menurut Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg menegaskan sekiranya bukan kerana Barisan Nasional (BN), Jawah yang kini menjadi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi Batang Ai, tidak mungkin dapat mencapai kemenangan itu.



“Jawah tidak pernah kalah sebelum ini kerana beliau berada di bawah BN dan kejayaan beliau bukanlah kerana dirinya tapi kerana parti yang beliau wakili,” beritahu beliau kepada wartawan semalam.
The Borneo Post, 27 Mac 2009

ANWAR BAWA BUDAYA TUDUHAN MELULU KE BATANG AI

Oleh Sylvester Linggi



Anwar Ibrahim memang terkenal dengan sikapnya yang suka membuat tuduhan tanpa bukti sepertimana yang berlaku di Semenanjung. Demi untuk menarik perhatian orang ramai, Anwar sanggup untuk berkata sesuatu yang belum tentu benar atau salahnya. Yang penting baginya ialah untuk menimbulkan kekeliruan dan kebencian rakyat kepada pemerintah.

Di Semenanjung, orangramai dah lali dengan telatah dan sikap Anwar yang seringkali berbohong. Tapi di Sarawak, mungkin orang ramai tidak tahu perangai Anwar ini. Budaya tuduhan melulu Anwar di batang Ai sudah bermula. Terbaru ialah tuduhan kononnya penduduk di kawasan Batang Ai diminta untuk menyerahkan salinan kad pengenalan dan nombor akaun kepada Jabatan Tanah dan Survei Sri Aman untuk tujuan tertentu seperti yang didakwa oleh Penasihat PKR, Dato Seri Anwar Ibrahim.

Apa yang berlaku ialah Jabatan Tanah dan Survei Sri Aman hanya meminta tuai rumah memberi salinan kad pengenalan setiap penghuni rumah panjang untuk mengemaskini data dan rekod untuk kegunaan jabatan berkenaan bagi Skim Penempatan Semula Batang Ai, Lubok Antu. Kandungan surat daripada Jabatan Tanah dan Survei yang bertarikh 13 Mac 2009 kepada Tuai Rumah Nanga Ukom, Lubok Antu, tidak ada menyebut tentang meminta nombor akaun.

Begitulah budaya pembangkang yang suka memberi maklumat dan gambaran salah untuk kepentingan politik mereka. Putar belit dan pembohongan adalah salah satu strategi pembangkang dalam usaha mengelirukan orang ramai. Orang ramai terutama pengundi di Batang Ai dinasihatkan supaya tidak mempercayai sebarang maklumat yang megelirukan dan mendapatkan dulu sumber maklumat yang sah dari pihak berkenaan.

JAWAH TIDAK BERPENDIRIAN TEGUH

Oleh Agnes Leha (Penulis Bebas)
Dato Sri Dr James Masing telah menyifatkan Jawah Gerang sebagai seorang yang tidak berpendirian teguh. Menurut James Masing, suatu ketika dahulu Jawah mengagung-agungkan jasa dan usaha Barisan Nasional (BN) dalam membawa pembangunan untuk manfaat rakyat dan seorang yang setia dengan BN selamanya.

Jawah juga pada satu ketika sangat menyanjungi Ketua Menteri Sarawak atas dasar pembangunan yang dibawa oleh BN serta mengiktiraf Timbalan Ketua Menteri sebagai pemimpin Dayak yang telah membawa perubahan kepada rakyat.

Tetapi tiba-tiba bila Jawah menyertai pembangkang, kenyataannya berpusing 360 darjah. Lain yang dikata, lain yang dibuat. Sikap Jawah yang seperti lalang ditiup angin memperlihatkan sikapnya yang tidak mempunyai prinsip perjuangan yang mantap dan sering berdolak dalih.

Pemimpin seperti ini perlu dihindari oleh rakyat. Malah Jawah sebenarnya tidak layak menjadi pemimpin mereka. Sikap seperti lalang ini amatlah merbahaya kerana ini menyukarkan tumpuan terhadap perjuangan untuk rakyat dan pembangunan setempat serta sukar melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pemimpin di kawasan berkenaan.

Sehubungan itu, pengundi di Batang Ai pasti tahu batasan keupayaan Jawah dan seterusnya membuat keputusan yang bijak untuk terus menyokong Mussen, yakni calon yang boleh memberi harapan untuk pembelaan kepada rakyat.

BATANG AI: PERTANDINGAN 4 PENJURU?

Oleh Sylvester Linggi
Daripada maklumat yang diperolehi, dijangkakan pilihanraya kecil DUN Batang Ai akan menyaksikan pertandingan lebih dari dua orang calon. Rasanya trend di Bukit Selambau akan berjangkit di Batang Ai. Jika di Bukit Selambau, sekurang-kurangnya 9 orang calon telah mengesahkan akan bertanding, di Batang Ai jumlahnya mungkin tidak sampai ke angka tersebut. Paling banyak mungkin pertandingan empat penjuru.

Jika pertandingan empat penjuru menjadi kenyataan, maka pengundi mempunyai pilihan yang luas. Mereka boleh membuat pilihan untuk memilih yang terbaik. Dan biasanya yang terbaik ialah calon yang boleh memberi sesuatu kepada pengundi seperti pembangunan, pendidikan dan lain-lain.

Namun, calon bebas yang mencuba nasib tidak boleh diabaikan. Mereka mempunyai pertalian persaudaraan dengan pengundi di kawasan setempat. Sudah tentu saudara mara dan kawan-kawan akan memberi undi kepada mereka. Walau apapun, apa yang penting ialah pengundi dapat membuat keputusan yang paling baik untuk kehidupan mereka masa depan.

Jika pengundi tersalah memilih, maka mereka mungkin akan kerugian terutama dalam konteks pembangunan. Oleh itu, pengundi di Batang Ai perlu merenung panjang sebelum membuat keputusan kepada siapa undi hendak diberi.

Thursday, March 26, 2009

Dijangka kerusi DUN Batang Ai akan hadapi banyak penjuru

Kuching:- Pegawai Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengesahkan bahawa Suruhanjaya Pilihanraya telah menjual 8 keping borang penamaan calon. Ini termasuklah dari parti pembangkang dan beberapa orang calon Bebas.

Berhubung dengan perkara ini, dijangkakan bahawa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai akan menghadapi persaingan lebih daripada empat penjuru pada pilihan raya kecil kali ini..
Sumber : United Daily News, 26 Mac 2009

Pasukan Petugas Khas diwujudkan bagi memantau judi haram

KUCHING:Jabatan Polis telah menubuhkan pasukan petugas khas bagi memantau aktiviti judi haram pada pilihan raya kecil Batang Ai yang menjelang tiba tidak lama lagi.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya Polis SAC I, Datuk Hamza Taib, beliau telah menerima maklumat berhubung pertaruhan pilihan raya dan pihak polis masih lagi menyiasat akan maklumat ini

“Pasukan petugas khas yang diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, SAC II, Huzir Mohamed akan memantau apa jua bentuk aktiviti yang berbaur pertaruhan ke atas pilihan raya ini.

“Berdasarkan maklumat awal, kita tidak boleh memberitahu samada berlakunya pertaruhan yang mana melibatkan sindiket tempatan maupun luar negara,” tegas beliau kepada wartawan selepas Majlis Kawad sempena sambutan Hari Polis Yang Ke-202.
Sumber: The Borneo Post, 26 Mac 2009

MAFREL akan pastikan pegawai-pegawai penyelarasnya bersikap profesional, efisyen dan berkecuali

KUCHING:-Malaysians for Fair and Free Elections (MAFREL) menegaskan yang penyelaras pilihan rayanya, Peter John Jaban akan bersikap ‘profesional’, efisyen dan berkecuali.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Operasi MAFREL Batang Ai, B K Ong menegaskan semalam yang organisasi itu menyedari sepenuhnya yang John pernah bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya negeri 2006.

Polisi MAFREL pula adalah menerima dan mengalu-alukan penyertaan bekas ahli-ahli politik untuk membolehkan kami mempergunakan pengalaman dan kelaziman yang berlaku dalam sistem pilihan raya sebelum ini.
Sumber: The Borneo Post, 26 Mac 2009

Pakej ransangan RM50 juta untuk Batang Ai

KUCHING:-Rumah-rumah panjang di kawasan Ulu Engkari, Batang Ai tidak lagi merasa terpencil kerana tidak lama lagi mereka akan menerima jalan baru yang akan menghubungkan mereka dengan bandar Lubok Antu dan lain-lain bandar utama di negeri ini.

Menteri Kemajuan Tanah, Dato Sri Dr. James Masing mengumumkan pemberian dana sebanyak RM50 juta, antaranya bagi pelaksanaan projek penurapan Jalan Lemanak sejauh 7 kilometer dan kerja-kerja pengukuran dan pembinaan jalan sepanjang 60km dari Lemanak ke Ulu Engkari.

Menurut beliau lagi, projek ini dan juga projek penurapan jalan keliling sepanjang 10km di Batang Ai yang bernilai RM12 juta,akan dilaksanakan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan menggunakan dana dari pakej ransangan kedua yang bernilai RM60 bilion.

Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) ini juga menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang projek ini adalah janji pilihan raya semata-mata ataupun projek ‘mee segera’ yang dijalankan oleh kerajaan untuk pilihanraya Batang Ai sahaja.“Ini bukanlah projek ‘mee segera’. Kini Jabatan Kerja Raya (JKR) telah menerima dana untuk melaksanakan projek ini, yang datangnya dari pakej ransangan yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini.
Sumber: The Borneo Post, 26 Mac 2009

Kebanyakan penduduk luar bandar Batang Ai tidak berapa kenal dengan PKR: Jabu

BATANG AI:-Kebanyakan penduduk luar bandar kawasan Batang Ai tidak berapa kenal dengan Parti Keadilan Rakyat ([PKR) atau perjuangannya.

Menurut Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu ak Numpang, pengetahuan mereka terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) keliru ekoran masalah yang timbul antara parti itu dengan pakatannya iaitu Parti Tidanakn Demokratik (DAP) di samping kegagalan mereka di Perak.

“Oleh itu, para pengundi yang mampu berfikir dengan matang dan waras tidak akan mengalu-alukan atau menerima Parti Tindakan Rakyat (PKR) maupun calonnya pada pilihan raya kali ini,” tegas beliau kepada wartawan selepas menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rh. Dundang, Kandis, di sini semalam.
Sumber: The Borneo Post, 26 Mac 2009

Ketua PRS mempersoalkan pendirian Jawah yang berubah-ubah

KUCHING:-Kesetiaan terhadap Barisan Nasional (BN) yang pernah Jawah Gerang suarakan sebelum ini masih lagi segar dalam ingatan presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Dato Sri Dr. James Jemut Masing.

Pengarah Operasi Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya Kecil Batang Ai ini mendakwa yang beliau pernah terlihat laporan akhbar bertarikh 20 September, 2007, di mana Jawah, yang merupakan bekas Ahli Parlimen Lubok Antu pada masa itu, telah menyuarakan sokongan yang tak berbelah bahagi beliau kepada Barisan Nasional (BN) pada satu majlis perhimpunan di rumah panjang.

Tetapi dalam tempoh kurang dari dua tahun, Jawah kini berada dalam kem parti pembangkang dan diumumkan sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang akan menentang calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Batang Ai akan datang.
Sumber :The Borneo Post, 26 Mac 2009

Masing: Akaun apa?

KUCHING:-Penduduk Batang Ai tidak pernah diminta memberikan butiran akaun bank mereka kepada pihak Jabatan Tanah dan Survei sepertimana dakwaan penasihat umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Menteri Kemajuan Tanah, Dato Sri Dr. James Jemut Masing para penduduk hanya diminta memberikan salinan kad pengenalan mereka kerana jabatan berkenaan mahu mengemaskini data dan rekod mereka sahaja. Menurut Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) itu lagi, salinan surat dari jabatan berkenaan, bertarikh 13 Mac 2009 kepada Tuai Rumah Panjang Nanga Ukom, Lubok Antu tidak menyatakan yang jabatan itu mahukan butiran akaun bank mereka.

Sambil menyifatkan pertuduhan Anwar itu sebagai serius, beliau menegaskan yang ianya hanyalah taktik pembangkang untuk mencelarukan pendirian para pengudi bagi menghadapi menjelang pilihan raya tahun depan.
Sumber: The Borneo Post, 26 Mac 2009

HARDEN: LOYALTY TO THE GOVT WILL ENSURE PROGRESS

LUBOK ANTU:- Assistant Minister for Land Development Datuk Francis Harden anak Hollis said it was imperative that the people remain loyal to the government to ensure uninterrupted flow of development to their araes.

“All this while, it is only the government that helps the people by providing roads, clean water supply , electricity supply, among others,” he said.

Being a big state, the people must also understand that development projects could not be implemented at once but would be carried out according to phases, he added.
He also said the enthusiasm of the people in wanting to progress was one of the factors that had contributed towards the success of an establishment of a certain organization.

Francis Harden (left) launching the Anjung Bestari. Seen at the centre is Sharifah Mariam and Zaini (right).

Speaking at the launching of the Information Department’s Info Bestari programme and Anjung Bestari at Nanga Jela, near here, he said as an organisation, the success of the Komuniti Bestari as an information centre was based on the spirit of volunteerism and independency.

Besides that, the organisation would also enhance cooperation among its own members and members of the Village Security and Development Committee to benefit the longhouse or village concerned, he added.

Later, he annouced a government grant of RM5000 to the JKKK and Women’s Bureau at Nanga Jela.

Earlier, Deputy Director of the Information Department, Sharifah Mariam Syed Dawilah said the establishment of the Komuniti Bestari was one way the department could disseminate government information to the people on the ground.

Francis Harden (right) launching the gotong-royong activity witnessed by Sharifah Mariam (second right ), Zaini (third right ) and Endawie (right).

It was essential that the people were aware of the various government policies and programmes to keep abreast of what were being done by the government for the people, she said.
She also advised them to keep their patriotism spirit high and to remain loyal to the country.
Among the activties held for the one-day event were gotong-royong, talks, traditional sports and games, Layar Bestari and handing over of gifts to excellent students.

Also present were senior Information Officers, Zaini Mohamad Charles Sigat Asson.

Wednesday, March 25, 2009

SALCRA TO DEVELOP LAND WITH OIL PALM IN ENGKELILI

ENGKILILI – The State Government through the Sarawak Land Consolidation and Rehabilitation Authority (SALCRA) will develop idle land belonging to 14 land owners in the Engkelili area in the very near future.

Deputy Chief Minister Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang said the land were located in the Kandis, Ulu Kumpang, Soh, Seramat, Sayat, Bukit Tungku, Danau dan Bangkong areas.
“The government is very satisfied that the 14 landowners are willing to develop their land commercially so a team of surveyors will come to survey the land to be turned into oil palm plantation by SALCRA,” he told reporters after attending a Leader Meet- the- People session held at Rumah Dundang, Kandis, near here today.

He was optimistic that the project would uplift the landowners living standard in the years to come and besides that, there would also other aspects of development such as roads and electricity supply which would be implemented in the same areas, he added.
Jabu, who is also the Minister for Infratsructure development and Communication and Minister for Rural Development believed that more and more landowners were receptive to commercial land developement due to its long term benefit.

“So far, SALCRA has paid RM70 million worth of dividens to the land participants in Lubok Antu since 30 years ago, he said.-ENDS

JABU TOLD BATANG AI PEOPLE TO CHOOSE CANDIDATE WHO CAN BRING DEVELOPMENT


ENGKILILI- Deputy Chief Minister Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu today expressed his confidence that the constituents in the Batang Ai constituency are now matured enough in their political affairs and therefore will choose the right representative in the April 7 polling.
This was important so that they would be able to raise their living standard through development programmes being planned by the government, he said.

He also said Dayak leaders, especially those in the Batang Ai area should stop their political bickering as it would not bring any benefit to those under their charges.
More frutsrating, he added, the common people would be dragged into their squabbles and this would indirectly affect the development of their areas.

Jabu, who is also the Mnister of Infrastructure Development and Communication and Minister for Rural Development said this at a Leader Meet –the- People session at Rumah Dundang anak Mujap, Kandis, near here.

Also present were General Manager of Sarawak Land Consolidation and Rehabilitation Authority (SALCRA) Datu Vasco Sibat Singkang, Political Secretary, Isik Lutau, Lubok Antu District Officer, Nelson Mujah Girie and BN candidate for the Batang AI by-election, Malcom Mussen Lamoh. Jabu also announced a government grant of RM500,000 to construct roads around Engkilili.-

Pemuda PRS Menyifatkan Bawin Dipinggirkan Oleh PKR

Pergerakan Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS) Batang Ai menganggap pengerusi PKR kawasan Batang Ai, Nicholas Bawin Anggat dipinggirkan dalam pemilihan calon parti pembangkang semalam. Ini kerana, Bawin bersama penyokongnya telah berusaha bersungguh-sungguh selama ini membuat persediaan bagi mengukuhkan jentera parti PKR di Batang Ai.

Namun, Penasihat PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim, memilih Jawah Gerang sebagai calon PKR untuk pilihan raya ini.Timbalan Ketua Pergerakan Pemuda PRS Batang Ai, Edwin Anak Raoh menyatakan bahawa selain dipinggirkan oleh barisan pemimpin kanan parti, Bawin hendaklah memikirkan masa depan karier politiknya.

Sementara itu, Edwin turut menyokong nasihat Timbalan Presiden PRS, Datuk Joseph Entulu Belaun yang mahu Bawin meninggalkan PKR sekiranya tidak lagi diperlukan kerana perjuangannya bersama penyokong adalah sia-sia sahaja dan lebih baik beliau melupakan perjuangan PKR di Batang Ai dan memberikan bantuan kepada BN menjelang Pilihan Raya Kecil DUN Batang Ai pada 7 April ini.
Sumber: Utusan Borneo, Utusan Sarawak, 25 Mac 2009

Bawin Dipelawa Menyertai PRS

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Joseph Entulu Belaun mempelawa Pengerusi PKR Batang Ai Nicholas Bawin Anggat untuk menyertai PRS pada bila-bila masa sahaja. Ini kerana beliau melihat Bawin seperti tidak diperlukan oleh parti berkenaan sedangkan beliau mempunyai potensi untuk menjadi seorang pemimpin yang produktif dan mampu menyumbang ke arah pembangunan di kawasan Batang Ai sekiranya menyertai PRS dan bukannya PKR.

Datuk Joseph Entulu Belaun menyatakan bahawa Bawin tidak seharusnya mensia-siakan masa depan karier politiknya dalam PKR yang selama ini hanya berpandukan kepada keputusan seorang ketua iaitu Anwar. Di samping itu, beliau disaran untuk melupakan perjuangan PKR di Batang Ai dan memberikan bantuan kepada BN menjelang 7 April ini. Terdahulu, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melantik Jawah Gerang sebagai calon PKR bagi Pilihan Raya Kecil Batang Ai ini sehingga menimbulkan pertengkaran kecil antara penyokong Bawin dan Jawah tempoh hari.
Sumber: The Borneo Post, Utusan Sarawak, Utusan Borneo

Kemenangan Lepas Tidak Menjamin Kemenangan Mudah Kepada Jawah

Rekod kemenangan calon PKR, Jawah Gerang tidak dapat dijadikan sebagai kayu pengukur kepada peluangnya untuk memenangi Pilihan Raya Kecil Batang Ai, 7 April ini.Naib Presiden Kanan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Datuk Jacob Dungau Sagan menyatakan bahawa situasi Jawah ketika ini sudah berubah. Ini kerana, beliau sudah mewakili pembangkang dan tidak mengetahui sama ada para pengundi masih menyokong beliau atau tidak.

Sehubungan itu, situasi tersebut akan memberikan persaingan sengit kepada kedua-dua pihak.Sementara itu, Datuk Jacob juga yakin BN akan memenangi pilihan raya ini memandangkan jentera BN Negeri telah bekerja keras untuk mempertahankan kerusi Batang Ai dengan menerangkan perkara sebenar akibat kekeliruan yang ditimbulkan pembangkang.
Sumber: Utusan Sarawak, Utusan Borneo, 25 Mac 2009

Jawah Gagal Semasa Dalam BN Apatah Lagi Sebagai Wakil PKR

Presiden Parti Rakyat Sarawak, Dato' Sri James Jemut Masing menyifatkan pemilihan bekas Anggota Parlimen Lubok Antu, Jawah Gerang sebagai calon PKR bagi kerusi N.29 adalah 'berita baik' kepada BN. Ini kerana menurut beliau, penduduk Lubok Antu telah 'masak' siapa sebenarnya Jawah dan sudah tahu calon yang mereka akan pilih sebagai wakil untuk membawa kemajuan dan pembangunan bagi kawasan berkenaan. Selain itu, ia juga kerana rakyat telah mengetahui sejauh mana kemampuan beliau.

Beliau menjelaskan bahawa Jawah memenangi kerusi Parlimen Lubok Antu selama lima penggal bagaimanapun, tidak banyak membawa pembangunan kepada penduduk di kawasan berkenaan. Beliau mendakwa semasa beliau (Jawah) masih dalam Kerajaan dan ada sumber kewangan untuk membantu rakyat, dia tidak dapat melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik.

Apatah lagi sekarang sebagai calon pembangkang. Jadi, rakyat harus pandai memilih siapa sebenarnya yang patut menjadi wakil mereka. Masing juga mendakwa Jawah mendapat tajaan daripada pihak tertentu untuk menjadi calon pembangkang menentang calon BN, Malcolm Mussen Lamoh.
Sumber: Utusan Sarawak, 25 Mac 2009

PENDUDUK PEDALAMAN TAK KENAL PKR

BATANG Ai: Ramai penduduk di kawasan pedalaman di kawasan pilihan raya Batang Ai tidak begitu mengetahui Parti Keadilan Rakyat(PKR) mahupun perjuangannya.Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Afred Jabu berkata pengetahuan mereka lebih kepada mengelirukan yang menyebabkan rakannya dalam Pakatan Rakyat, DAP dan kemelutnya dalam membentuk kerajaan negeri Perak.
"Dengan itu, pengundi yang matang dan berfikiran waras tidak akan mengalu-ngalukan dan menerima PKR atau calonnya pada pilihan raya ini," katanya kepada pemberita selepas sesi perjumpaan di Rumah Dundang di Kandis dekat sini hari ini.

Sumber: Bernama

BILIK GERAKAN PKR LUBOK ANTU LUMPUH

Oleh Sylvester Linggi

Bilik Gerakan PKR di Lubok Antu didapati tidak beroperasi semenjak semalam. Difahamkan keadaan ini berlaku kerana penyokong Bawin telah memboikot setelah kecewa kerana Bawin tidak terpilih bertanding di kawasan Batang Ai.

Selama ini penyokong Bawin lah yang bekerja keras membuka bilik gerakan untuk memastikan kemenangan PKR. Tetapi mereka sangat kecewa kerana Anwar Ibrahim telah memilih Jawah sebagai calon PKR. Penyokong-penyokong Bawin mendakwa pengaruh Bawin lebih besar dari Jawah. Harapan PKR untuk memenangi kawasan ini lebih besar jika Bawin yang bertanding.

Apabila nama Jawah diumumkan, kebanyakan penyokong pembangkang sudah lemah semangat. Mereka bergeseran sesama sendiri kerana tidak sehaluan berhubung dengan pemilihan calon. Penyokong Bawin mendakwa agak sukar bagi Jawah memberi saingan kepada Mussen, seorang pendatang baru yang mewakili BN. Jawah tidak disukai oleh pengundi kerana banyak janjinya tidak ditunaikan semasa menjadi Ahli Parlimen.

Dari sumber-sumber yang boleh dipercayai, penyokong Bawin didakwa sudah tekad untuk tidak membantu Jawah dalam pilihan raya kecil Batang Ai. Para petugas bilik gerakan PKR Lubok Antu dikatakan telah pulang beramai-ramai ke Kuching sebagai tanda protes. Mereka menganggap anwar Ibrahim tidak bijak dalam memilih calon mewakili PKR.

MUSSEN DISUKAI, JAWAH DIKETEPI

Oleh Agnes Leha (Penulis Bebas)

Buat masa ini, hanya Mussen dari BN dan Jawah dari PKR sahaja nampaknya akan bersaing dalam pilihan raya DUN Batang Ai yang akan dadakan pada 7 April 2009. Calon bebas akan diketahui pada hari penamaan calon pada 29 Mac 2009 ini.

Walaupun peringkat awal, nama Johnny Shuat seorang penulis bebas dikatakan berminat untuk menyertai pilihan raya ini sebagai calon bebas, namun keputusannya itu masih tergantung kerana dikatakan tidak mendapat restu keluarga. Walau apapun, kita sama-sama saksikan sama ada beliau hadir atau tidak pada 29 Mac ini.

Di antara Mussen dan Jawah, masing-masing mempunyai penyokongnya tersendiri. Tapi daripada tinjauan rambang yang dibuat di beberapa kawasan, nampaknya rata-rata pengundi mahukan muka baru untuk mewakili mereka. Mereka yakin bahawa muka baru akan membawa semangat baru dalam memperjuangkan hasrat penduduk di kawasan ini.

Menurut beberapa pengundi yang ditemui, mereka sudah muak dengan janji Jawah yang dibuat dulu tapi masih belum ditunai. Masa itu Jawah berada di bawah BN. Mereka tidak menyalahkan BN kerana BN hanya sebuah parti politik. Yang menjadi wakil rakyatnya ialah Jawah. Ini bukan salah BN tetapi Jawah lah yang perlu dipersalahkan. Sepatutnya Jawah selaku wakil rakyat kena berusaha gigih membangunkan kawasan setempat, bukan hanya pandai tabur janji sahaja tapi tidak dilaksanakan. Jika dilihat di kawasan lain dibawah BN, mereka terus maju. Mengapa masa Jawah jadi wakil rakyat BN Batang Ai, beliau tidak majukan kawasan ini?

Itulah persoalan yang dilemparkan kepada Jawah. Pengundi sebenarnya tidak benci BN tapi tidak suka kepada sikap bekas wakil rakyat Jawah yang tidak memperdulikan rakyat pada masa lalu. Dan sekarang, mereka mahu mencuba Mussen sebagai wakil rakyat. Mereka berharap Mussen akan membawa lebih banyak pembangunan di kawasan Batang Ai apabila dipilih kelak. Pengundi di sini juga sedar bahawa jika mereka memilih Jawah dari PKR, maka nasib mereka tidak akan terbela dan mereka tidak akan mendapat apa-apa. Apatah lagi rekod Jawah yang buruk selama menjadi wakil rakyat kawasan ini.

Tuesday, March 24, 2009

BN Tidak Gentar Hadapi Tentangan Sengit PKR

Presiden PRS, Dato' Sri Dr. James Masing menyatakan bahawa BN tidak akan gentar menghadapi tentangan sengit PKR meskipun parti pembangkang meletakkan bekas Ahli Parlimen Lubok Antu, Jawah Gerang untuk menentang calon BN dalam pilihan raya kecil ini.

Beliau menjelaskan rakyat Batang Ai sudah melihat sendiri apa pembangunan yang telah dibawa oleh bekas Ahli Parlimen berkenaan ke kawasan Batang Ai dan Parlimen Lubok Antu sepanjang 25 tahun dirinya (Jawah) berkhidmat di kawasan berkenaan.

Namun,apa yang dapat dilihat adalah tiada sebarang pembangunan yang dibawa oleh Jawah dan kini beliau menyertai PKR dan cuba menentang calon BN tetapi BN tidak takut dengan tentangan tersebut. Presiden PRS juga menyatakan bahawa Jawah tidak pernah bekerjasama dengan mendiang Datuk Dublin Unting Ingkot untuk membangun kawasan Batang Ai.
Sumber: Utusan Borneo, 24 Mac 2009

Mussen Diyakini Rakyat..

Berpengalaman Luas Dan Mampu Bawa Kemajuan Di Batang Ai Pengerusi BN Sarawak, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud yakin dengan calon BN, Malcolm Mussen Lamoh bagi PRK kerusi N.29 Batang Ai pada 7 April ini. Beliau menjelaskan bahawa Mussen diyakini berdasarkan pengalaman, latar belakang pendidikan serta pengetahuan luas dalam pelbagai bidang terutama dalam usaha membawa kemajuan di Batang Ai.

Beliau juga melahirkan rasa gembira kerana BN mempunyai calon yang baik dari Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan berdasarkan kepada prestasi cemerlang PRS, BN secara keseluruhannya yakin akan menang dalam PRK ini.
Sumber: Utusan Sarawak, 24 Mac 2009

Penduduk Rumah Panjang Bantah Kehadiran Anwar

Hampir separuh daripada penghuni Rumah Lepang Gerang, Sayat, Engkilili bertindak meninggalkan rumah panjang mereka apabila Penasihat Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim mahu mengadakan pertemuan dengan penduduk di sana pada petang 23 Mac 2009. Rata-rata penghuni Lepang, Sayat terbabit meninggalkan rumah panjang mereka kerana tidak mahu dianggap sebagai penyokong parti pembangkang terbabit.
Seorang penghuni rumah panjang terbabit menjelaskan bahawa kebanyakan daripada mereka pergi ke pekan Lubok Antu dan Engkelili manakala selebihnya mendiamkan diri di rumah. Ada di antara mereka bertindak menghadiri majlis rasmi yang diadakan pihak BN di Lubok Antu sebagai protes terhadap kehadiran Anwar bersama penyokong PKR di situ.
Mereka menegaskan mereka adalah penyokong kuat BN selama ini. Justeru, kehadiran Anwar di sini sememangnya tidak disukai sesetengah penghuni rumah panjang di sini. Ini juga menunjukkan bahawa majoriti penyokong kuat Jawah Gerang tidak menyokong kemasukan beliau ke PKR berdasarkan jumlah kehadiran penyokongnya yang berkurangan semalam.
Sumber: Utusan Sarawak, 24 Mac 2009