Pilihanraya Kecil DUN N.29 Batang Ai, Sarawak

EXCLUSIVE : CONFESSIONS OF FORMER PAKATAN RAKYAT EXCO

Saturday, March 28, 2009

PERTAHANKAN KEAMANAN DAN KEMAKMURAN SARAWAK

Oleh Sylvester Linggi

Kita amat bertuah kerana menjadi warga Sarawak, negeri tercinta. Sesiapa sahaja yang mendiami negeri Sarawak ini pasti akan merasa bangga kerana negeri ini dikurniakan dengan pelbagai keistimewaan dan keunikan.

Negeri Sarawak sememangnya kaya dengan keindahan alam flora dan faunanya serta tempat-tempat menarik dan kaya dengan pelbagai budaya daripada pelbagai suku kaum dengan pelbagai dialek.

Sarawak juga mempunyai banyak keunikan alam semula jadi yang menawarkan gunung-ganang, bukit-bukau, laut, sungai, pantai, air terjun, hutan belantara dan sebagainya yang amat menarik.

Negeri Sarawak juga yang telah melahirkan wira pelbagai bangsa,tokoh yang cukup cerdik lagi pandai. Rakyat negeri ini juga hidup dalam suasana yang aman dan damai. Masyarakat berbilang kaum di Sarawak saling bertolak ansur, bekerjasama dan saling faham-memahami antara satu sama lain. Inilah kunci kepada keamanan dan keharmonian. Inilah negeriku Sarawak yang semakin hari semakin maju.

Walaupun negeri Sarawak ini semakin hari semakin maju, makmur dan aman, namun kita tidak seharusnya leka dengan apa yang kita nikmati sekarang ini. Kebelakangan ini sudah ada usaha pihak-pihak tertentu untuk menimbulkan kekeliruan, kekacauan dan huru hara dikalangan rakyat Sarawak dengan menaburkan pelbagai berita yang tidak betul dan boleh merosakkan perpaduan rakyat Sarawak.

Perbuatan segelintir individu ini sudah tentu akan menimbulkan kegelisahan dalam kalangan rakyat. Pelbagai tuduhan dan berita palsu disebarkan kepada rakyat dengan harapan rakyat akan bertindak untuk membuat protes kepada kerajaan. Golongan ini cuba untuk menghasut rakyat supaya rakyat membenci dan menolak kerajaan. Mereka cuba mengalih perhatian rakyat dengan membuat tuduhan palsu yang berniat jahat.

Tapi kita yakin bahawa rakyat Sarawak amat bijak dalam menilai berita yang diterima. Rakyat Sarawak juga tahu bahawa mereka sekarang ini hidup dalam suasana yang jauh lebih baik dari dulu dan dapat menjalani kehidupan seharian dengan selesa dan baik. Rakyat Sarawak juga sedia maklum bahawa Kerajaan sentiasa prihatin akan kehidupan mereka.

Walaupun tidak semuanya tuntutan yang dibuat itu dapat dipenuhi oleh kerajaan, namun sebahagian besar telah dilaksanakan seperti meyediakan kemudahan pendidikan, mewujudkan peluang-peluang ekonomi, perkhidmatan kesihatan dan lain-lain. Dan sekarang kerajaan sedang mempergiatkan usaha pembangunan di semua kawasan.

Negeri Sarawak dijangka akan berkembang pesat dalam masa terdekat. Apa yang penting sekarang ini ialah rakyat Sarawak perlu bersatu padu dalam membangun negeri ini dan menolak mereka yang cuba menimbulkan kekacauan atau dan melaksanakan aktiviti yang boleh menjejaskan perpaduan dan pembangunan negeri Sarawak.

Jangan benarkan golongan yang berkepentingan cemarkan perpaduan antara kaum yang telah sedia terjalin sekian lama. Kita perlu menolak golongan yang mahu memporakperandakan kehidupan kita.

“BERSATU TEGUH, BERCERAI ROBOH”


No comments:

Post a Comment