Pilihanraya Kecil DUN N.29 Batang Ai, Sarawak

EXCLUSIVE : CONFESSIONS OF FORMER PAKATAN RAKYAT EXCO

Sunday, April 5, 2009

MUZIK ETNIK SARAWAK DI ASTRO SALURAN 180 MULAI JULAI INI

Shabery Cheek serta para penghuni Rumah Batang sedang menyaksikan pelancaran Program Muzik Aktif.

SRI AMAN, Ahad:Selewat-lewatnya pada Julai tahun ini, masyarakat tempatan di Sarawak akan berpeluang untuk menyaksikan selama satu jam program yang memaparkan muzik etnik masyarakat tempatan di Saluran Muzik Aktif di saluran 180 televisyen swasta berbayar ASTRO.
Shabery (Tengah) disambut kedatangannya di Rumah Batang.


“Sebagai permulaan, program tersebut akan disiarkan selama 30 minit iaitu pada setiap hari ahad jam 3 petang dan siarannya akan dipertingkatkan untuk disiarkan kepada setiap hari selepas tiga bulan pelancarannya,” kata Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek selepas melancarkan Slot Muzik Etnik Muzik Aktif Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) di Rumah Batang Anak Ambun,Entawa, Undup, dekat sini.


Shabery (dua dari kanan) menerima cederahati daripada Tuai Rumah jawa sambil disaksikan oleh Fadhillah dan Alexander.

Program yang akan disiarkan selama 24 jam itu memaparkan klip video serta konsert muzik yang dianjurkan di negara kita akan mempunyai 10 jenis program pada setiap hari itu iaitu Aktif @ Pagi, Hits Aktif, Muzikal Aktif, Ritma, Gema Nurani, Prima Aktif, Ritma, Irama Santai, Gema Mentari dan juga Hidayah dan telh mula disiarkan bermula pada bulan September 2006.
Tagline untuk program ini ialah ‘Semua adalah Muzik’.
Di dalam majlis yang sama, Shabery turut mengumumkan yang sebuah rancangan terbitan Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) Sarawak iaitu Sarawak @ 1 akan disiarkan selama 30 minit sebagai permulaan iaitu sebuah rancangan yang memaparkan cerita mengenai negeri Sarawak.
“Pengagihan slot selama 30 minit pada peringkat awal untuk Sarawak @ 1 adalah bertujuan untuk menguji sejauh mana kemampuan RTM Sarawak terlebih dahulu sebelum penyiarannya selama satu jam akan dilaksanakan”, katanya.
Pada hari yang sama ketika menyempurnakan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Jawa Anak Empaling, Ruai Panjai Baroh, beliau sempat mengingatkan pengundi di Batang Ai agar tidak melupakan jasa yang telah diberikan oleh kerajaan BN kepada mereka hanya kerana satu atau dua isu kecil.

Turut hadir sama ialah Alexander Nanta Linggi, Ahli Parlimen Kapit, Fadhillah Yusuf, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Masir Kujat, Ahli Parlimen Sri Aman, William Nyalau Badak, Ahli Parlimen Lubuk Antu, pengarah Penerangan Sarawak, Resat Salleh, Pengarah Penyiaran Monshi Abdullah dan ahli-ahli Jawatankuasa Pelaksana Kementerian Penerangan (JPKP).

1 comment:

  1. manah meh nya..awak ke muzik etnik sarawak terkenal d serata menua

    ReplyDelete