Pilihanraya Kecil DUN N.29 Batang Ai, Sarawak

EXCLUSIVE : CONFESSIONS OF FORMER PAKATAN RAKYAT EXCO

Sunday, March 29, 2009

LARANGAN PARTI TIDAK BERTANDING PAMER BAHAN KEMPEN DIPERKETAT

LUBOK ANTU, 29 Mac (Bernama) -- Polis Sarawak akan mengetatkan lagi penguatkuasaan peraturan pilihan raya yang melarang parti yang tidak bertandingdalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Batang Ai untuk mempamerkan bendera atau poster mereka di kawasan pilihan raya berkenaan sepanjang tempoh berkempen. Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohmad Salleh memberitahu pemberita di sini hanya bahan kempen seperti bendera, sepanduk, kain rentang dan bahan-bahankempen yang lain, daripada Barisan Nasional dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)sahaja dibenarkan untuk dipamerkan sepanjang tempoh berkenaan.

"Perkara ini telah ditegaskan oleh SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) sebelum ini dan kita akan memastikan ia dipatuhi oleh semua pihak sepanjang tempoh berkempen ini," katanya sebagai mengulas dakwaan beberapa bendera PAS telah dirampas daripada penyokong pembangkang yang berkumpul di pusat penamaan calonuntuk pilihan raya kecil itu di sini pagi ini.

Calon Barisan Nasional Malcolm Mussem Lamoh ditentang bekas Anggota Parlimen Lubok Antu, Jawah Gerang yang mewakili PKR dalam pilihan raya kecil ini yang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dublin Unting Ingkot Februari lepas. Selain insiden bendera-bendera parti selain daripada parti-parti yangbertanding itu, Mohmad berkata proses penamaan calon pagi tadi secara keseluruhannya telah berjalan lancar.

"Kita berterima kasih dengan kerjasama pihak Barisan Nasional dan PKR sepanjang proses itu kerana tanpa kerjasama ini, agak sukar untuk pihak polis menjalankan tugas mereka," katanya. Dalam perkara lain, Mohmad berkata pihak polis tidak akan menghalang mana-mana pihak untuk mendapatkan permit bagi mengadakan ceramah semasa tempoh kempen ini. Menurutnya kelulusan akan diberikan kepada mana-mana parti asalkan permohonan mereka tidak bertindih antara satu sama lain daripada segi tempat,masa dan tarikh. --
Sumber :BERNAMA 29 Mac 2009

No comments:

Post a Comment