Pilihanraya Kecil DUN N.29 Batang Ai, Sarawak

EXCLUSIVE : CONFESSIONS OF FORMER PAKATAN RAKYAT EXCO

Sunday, April 5, 2009

32 TERIMA SIJIL KELAHIRAN DARI MENTERI

Syed Hamid Albar dan isteri beliau serta Jabu bergambar beramai-ramai bersama para penerima sijil kelahiran di Rumah Johnson, Kaong Ili, Batang Ai, Lubok Antu.
LUBUK ANTU, Ahad: Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Dato Sri Syed Hamid Albar
hari ini menyerahkan sijil kelahiran kepada seramai 32 orang orang penduduk tempatan dari sekitar daerah Lubuk Antu pada Majlis Penyerahan Sijil Kelahiran di Rumah Johson, Kaong Ili, dekat sini.

‘ Sebenarnya terdapat 38 orang penerima keseluruhannnya tetapi hari ini hanya seramai 32 orang sahaja yang dapat hadir di sini untuk menerima sijil kelahiran masing-masing. Program ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk membangkitkan kesedaran di kalangan rakyat akan kepentingan dokumen pengenalan diri dan hanya akan sedar kepentingannya setelah berhasrat berurusan dengan jabatan kerajaan dan sebagainya.’ kata beliau yang turut diiringi oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu.

Syed hamid Albar menyerahkan sijil kelahiran kepada salah seorang penerima di Majlis Penyerahan Sijil Kelahiran di Rumah Johnson, Kaong Ili, Batang Ai, Lubok Antu.

Selain itu, keluasan negeri Sarawak yang terlampau luas juga menimbulkan kesukaran kepada agensi kerajaan yang bertanggungjawab untuk mendaftarkan penduduk di kawasan pedalaman.
‘ Jabatan Pendaftaran Negara mempunyai sebanyak 50 buah cawangan di seluruh negeri Sarawak dan ianya dibuka setiap hari termasuk sabtu dan ahad. Kita juga mempunyai Unit Bergerak Khas dan telah melaksanakan 194 operasi yang meliputi 19 447 orang penduduk di seluruh negeri Sarawak,’ katanya.

Mengulas mengenai masalah pengundi hantu yang didakwa pembangkang, sebenarnya ia berlaku adalah disebabkan oleh penduduk yang tidak mendaftarkan kematian setelah seseorang itu meninggal dan oleh itu ianya masih terdapat di dalam rekod jabatan.


Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah Pendaftaran (Operasi), Tuan haji Zulkipli bin Rahmat, ketua-ketua jabatan persekutuan dan juga ketua-ketua masyarakat setempat.

No comments:

Post a Comment