Pilihanraya Kecil DUN N.29 Batang Ai, Sarawak

EXCLUSIVE : CONFESSIONS OF FORMER PAKATAN RAKYAT EXCO

Monday, March 30, 2009

Jangan biarkan trend politik kekerasan yang diamalkan di Semenanjung Malaysia menular ke sini, tegas Daud

KUCHING:- Trend politik yang diamalkan oleh pihak parti pembangkang di Semenanjung Malaysia tidak dialu-alukan di Sarawak, tegas Datuk Daud Abdul Rahman.

Menurut Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal-Ehwal Islam) itu, sejak sekian lamanya, rakyat Sarawak mempunyai stail politiknya yang tersendiri yang telah diterima dengan baik oleh penduduk Sarawak.

Malangnya, tegas beliau lagi, kini semuanya berbeza kerana budaya politik yang diamalkan oleh ahli-ahli politik di Semenanjung Malaysia telah menular masuk ke negeri ini.

“Kita tidak memerlukan budaya politik sebegini yang mana melibatkan penipuan, keganasan, pergaduhan dan merosakkan poster-poster BN sepertimana yang berlaku di Bukit Selambau dan lain-lain negeri di Semenanjung Malaysia,” tegas Daud kepada wartawan selepas merasmikan Kejohanan Taekwando Jemputan Bahagian Kuching Samarahan di SMK Matang Jaya,semalam.
Sumber: The Borneo Post, 30 Mac 2009

No comments:

Post a Comment