Pilihanraya Kecil DUN N.29 Batang Ai, Sarawak

EXCLUSIVE : CONFESSIONS OF FORMER PAKATAN RAKYAT EXCO

Sunday, April 5, 2009

Pakatan Pembangkang Tidak Tulen, Guna Lambang Berasingan

Pakatan Rakyat (PR) tidak tulen dan ia dapat dibuktikan dengan penggunaan lambang parti yang berbeza setiap kali pilihan raya diadakan, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di sini hari ini.Shafie yang juga Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan berkata berbeza dengan Barisan Nasional (BN) yang kekal dengan lambang dacing setiap kali calonnya bertanding dalam pilihan raya.

"Kita dapat buktikan Pakatan Rakyat (PR) tidak bersatu hati kerana mengguna lambang masing-masing untuk calon yang bertanding dan tidak seperti BN yang kekal menggunakan dacing," katanya ketika berucap pada sesi perjumpaan dengan penduduk di Dewan Madrasah Kampung Melayu.Beliau berkata BN mempunyai 14 parti komponen dan semua parti ini sepakat menggunakan lambang dacing tanpa sebarang perasaan curiga.

Katanya PR membabitkan PKR, DAP dan PAS tidak akan dapat membentuk sebuah kerajaan yang stabil kerana dari awal lagi mereka tidak bersatu hati dalam menggunakan logo yang sama.Shafie berkata penduduk di Batang Ai tidak seharusnya mudah terpedaya dengan hasutan pembangkang yang hanya tahu mencari kelemahan kerajaan sedangkan mereka gagal membawa perubahan di negeri-negeri yang mereka perintah.

"Kenapa perlu sibuk mencari kelemahan kerajaan, pilihan raya umum sudah selesai, pergilah urus negeri yang telah diperintah," katanya.Shafie berada di Batang Ai di sini untuk membantu kempen BN yang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Malcolm Mussen Lamoh dan calon PKR Jawah Gerang.Selasa ini, 8,006 pengundi berdaftar di kawasan Batang Ai akan menentukan siapa bakal pengganti anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawsan ini mendiang Datuk Dublin Inting Ingkot yang meninggal dunia akibat angin ahmar pada 24 Feb lalu.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment