Pilihanraya Kecil DUN N.29 Batang Ai, Sarawak

EXCLUSIVE : CONFESSIONS OF FORMER PAKATAN RAKYAT EXCO

Sunday, April 5, 2009

Skim Khas Bantuan Kebajikan Penduduk Rumah Panjang Dicadang

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Ng Yen Yen hari ini mencadangkan supaya satu skim khas bantuan kebajikan untuk penduduk rumah panjang diwujudkan di Sarawak.Beliau berkata skim berkenaan perlu memandangkan cara hidup di rumah panjang di Sarawak agak unik iaitu melibatkan sejumlah keluarga yang ramai tinggal di bawah satu bumbung.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis penyerahan bantuan kebajikan di Rumah Panjang (Rh) Mundau dekat sini, beliau berkata satu kajian akan dibuat untuk meneliti kaedah sesuai bagi pelaksanaan skim itu.

Beliau juga akan berbincang dengan anggota Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dari Sarawak bagi mendapatkan maklumbalas berhubung cadangan penubuhan skim itu.Ng yakin skim seumpama itu dapat memudahkan lagi kementerian berkenaan menyalur bantuan secara saksama di kalangan penduduk rumah panjang di negeri ini.

Sementara itu, beliau berkata Rh Mundau dikenalpasti sebagai lokasi untuk projek printis Pusat Kreatif Kanak-Kanak di negeri ini.Ng berkata di bawah projek itu, wanita di rumah panjang berkenaan akan dilatih untuk menjadi pengasuh di pusat berkenaan dan akan menerima elaun daripada kementerian.Pada majlis itu, Ng menyerahkan bantuan bernilai RM15,475 kepada 62 penerima di bawah skim bantuan orang tua, bantuan kanak-kanak, bantuan am negeri dan orang kurang upaya.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment