Pilihanraya Kecil DUN N.29 Batang Ai, Sarawak

EXCLUSIVE : CONFESSIONS OF FORMER PAKATAN RAKYAT EXCO

Sunday, April 5, 2009

Syed Hamid: Dakwaan Kewujudan Pengundi Hantu Rekaan Pembangkang

Dakwaan wujudnya penghuni hantu di Batang Ai sengaja direka-reka oleh pembangkang yang sudah mulai gentar semasa melalui pilihan raya kecil di kawasan ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar hari ini.

Beliau berkata Barisan Nasional (BN) tidak memerlukan pengundi hantu untuk memenangi pilihan raya, sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada sokongan rakyat."Saya fikir cerita ini yang pembangkang mainkan sebab dia orang tengok sokongan terhadap kita meningkat. Rakyat cukup senang dengan perkhidmatan yang telah diberikan oleh Barisan Nasional," katanya pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan sijil kelahiran kepada 38 penduduk di Rumah Panjang (Rh) Johnson, Kaong Ili di sini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan oleh badan bukan kerajaan, Malaysian for Free and Fair Election (Mafrel) mengenai kewujudan pengundi hantu di Batang Ai selepas mereka mendakwa terdapat beberapa nama pengundi yang sudah meninggal dunia dalam daftar pemilih di kawasan berkenaan."Kadang-kadang bila kita tidak kemaskinikan rekod dia akan ada dalam rekod.

Tapi kalau ada dalam rekod pun dia sudah mati dan tak akanlah dia nak pergi mengundi," katanya.Sementara itu, Syed Hamid berkata Unit Khas Bergerak (UKB) yang ditubuhkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada tahun 2004 telah merekodkan sejumlah 19,447 penduduk di Sarawak yang menghadapi masalah kerakyatan kerana ketiadaan dokumen pengenalan.Katanya sebahagian besar daripada jumlah itu sudah mendapat dokumen pengenalan mereka manakala sebahagian lagi sedang diproses.

Beliau berkata jabatan berkenaan tidak dapat memastikan anggaran jumlah penduduk di negeri ini yang masih tidak memiliki dokumen pengenalan yang mengesahkan mereka sebagai rakyat Malaysia.Katanya ini berlaku berikutan tanggapan kalangan penduduk di pedalaman negeri ini yang tidak begitu mementingkan dokumen berkenaan.Beliau berharap majlis penyerahan siji kelahiran yang diadakan di rumah panjang itu hari ini akan dapat meningkatkan lagi tahap kesedaran penduduk di pedalaman Sarawak untuk berdaftar dengan JPN.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment