Pilihanraya Kecil DUN N.29 Batang Ai, Sarawak

EXCLUSIVE : CONFESSIONS OF FORMER PAKATAN RAKYAT EXCO

Wednesday, March 25, 2009

BILIK GERAKAN PKR LUBOK ANTU LUMPUH

Oleh Sylvester Linggi

Bilik Gerakan PKR di Lubok Antu didapati tidak beroperasi semenjak semalam. Difahamkan keadaan ini berlaku kerana penyokong Bawin telah memboikot setelah kecewa kerana Bawin tidak terpilih bertanding di kawasan Batang Ai.

Selama ini penyokong Bawin lah yang bekerja keras membuka bilik gerakan untuk memastikan kemenangan PKR. Tetapi mereka sangat kecewa kerana Anwar Ibrahim telah memilih Jawah sebagai calon PKR. Penyokong-penyokong Bawin mendakwa pengaruh Bawin lebih besar dari Jawah. Harapan PKR untuk memenangi kawasan ini lebih besar jika Bawin yang bertanding.

Apabila nama Jawah diumumkan, kebanyakan penyokong pembangkang sudah lemah semangat. Mereka bergeseran sesama sendiri kerana tidak sehaluan berhubung dengan pemilihan calon. Penyokong Bawin mendakwa agak sukar bagi Jawah memberi saingan kepada Mussen, seorang pendatang baru yang mewakili BN. Jawah tidak disukai oleh pengundi kerana banyak janjinya tidak ditunaikan semasa menjadi Ahli Parlimen.

Dari sumber-sumber yang boleh dipercayai, penyokong Bawin didakwa sudah tekad untuk tidak membantu Jawah dalam pilihan raya kecil Batang Ai. Para petugas bilik gerakan PKR Lubok Antu dikatakan telah pulang beramai-ramai ke Kuching sebagai tanda protes. Mereka menganggap anwar Ibrahim tidak bijak dalam memilih calon mewakili PKR.

No comments:

Post a Comment