Pilihanraya Kecil DUN N.29 Batang Ai, Sarawak

EXCLUSIVE : CONFESSIONS OF FORMER PAKATAN RAKYAT EXCO

Sunday, April 5, 2009

Taib: Peletakan Jawatan Dr Ambrose Baik Untuk BN

Peletakan jawatan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahagian Julau, Dr Ambrose Labang Jamba, bersama beberapa anggota jawatankuasanya hari ini akan mencerahkan lagi peluang Barisan Nasional (BN) untuk memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Batang Ai.Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, ketika mengulas perkara itu, berkata selepas penyebaran propaganda PKR dan keghairahan terhadap demonstrasi jalanan mulai pudar, masyarakat akan kembali semula kepada kenyataan.

"Mereka perlu bekerjasama dengan kerajaan dalam berusaha ke arah kemajuan dan pembangunan."Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim langsung tidak dapat membangunkan Permatang Pauh iaitu kawasannya sendiri yang diwakilinya selama lebih 20 tahun.

"Permatang Pauh sekarang sama saja seperti keadaannya 20 tahun lepas. Bagaimanakah dia atau partinya boleh mendakwa mereka dapat melaksanakan tugas yang baik di negeri ini?" katanya.Mengenai perkara yang sama, Presiden Parti Rakyat Sarawak Datuk Dr James Jemut Masing berkata beliau berpuas hati dan gembira dengan keputusan Dr Ambrose itu.

"Beliau seorang bekas pegawai kanan kerajaan yang sangat berpengalaman. Beliau masih boleh memberikan sumbangan positif kepada politik di Julau dan di negeri ini."Saya harap lebih ramai pemimpin PKR akan memilih untuk tidak menjadi sebahagian daripada pertubuhan politik berpecah-belah ini," katanya.Beliau sependapat dengan Taib bahawa BN kini memiliki peluang yang lebih cerah di Batang Ai."Terdapat perpecahan yang besar dalam PKR di Sarawak. Peletakan jawatan seorang pengerusi bahagian PKR sangat penting kepada kami," katanya.

-- BERNAMA

1 comment:

  1. Dr Ambrose Labang Jamba ngeletak jawatan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahagian Julau...tu nunjuk ke sida PKR tu enda teguh sereta enda sehati sesama sida iya.... Sebagai rakyat kitai anag terpengaruh ngau jako2 sida PKR tu...

    ReplyDelete