Pilihanraya Kecil DUN N.29 Batang Ai, Sarawak

EXCLUSIVE : CONFESSIONS OF FORMER PAKATAN RAKYAT EXCO

Sunday, April 5, 2009

Polis Jamin Keselamatan Tiga Pilihan Raya Kecil

Polis DiRaja Malaysia (PDRM) memberi jaminan keselamatan di tiga kawasan pilihan raya kecil ketika ini terjamin tanpa sebarang insiden serius yang boleh menjejas proses demokrasi.Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata peranan PDRM dalam mengawal dan memelihara proses pilihan raya kecil mahupun pilihan raya umum bukan sesuatu yang baru."Pilihan raya bukan perkara baru kepada polis, kita mahu memastikan tugas menegak demokrasi dapat diamal dalam suasana aman dan tenteram," katanya kepada pemberita selepas melawat Markas Taktikal (MARTEK) di sini hari ini.

Beliau berkata polis sentiasa melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan adil dan saksama tanpa mengira parti politik yang bertanding.Katanya apa yang penting ialah orang berasa selamat dan selesa ketika proses pilihan raya sedang berjalan.

Sementara itu katanya pihak-pihak yang selalu melanggar undang-undang ketika proses pilihan raya sedang berlangsung sememangnya tidak selesa dengan kehadiran polis."Kita juga mengingatkan orang luar yang tidak terbabit pilihan raya agar tidak masuk ke kawasan pilihan raya untuk mengelak sebarang sangkaan buruk," katanya.Tiga pilihan raya kecil diadakan serentak Selasa ini ialah kawasan Parlimen Bukit Gantang di Perak, Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah dan DUN Batang Ai di sini.Untuk DUN Batang Ai kira-kira 850 anggota polis ditempatkan untuk memastikan proses pilihan raya dapat dilaksana dengan aman dan terkawal.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment