Pilihanraya Kecil DUN N.29 Batang Ai, Sarawak

EXCLUSIVE : CONFESSIONS OF FORMER PAKATAN RAKYAT EXCO

Sunday, April 5, 2009

Pengerusi, Timbalan, Setiausaha PKR Bahagian Julau Keluar Parti

Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Julau Dr Ambrose Labang Jamba, timbalannya, setiausaha dan seorang anggota jawatankuasanya hari ini mengumumkan keluar dari parti itu.Beliau membuat pengumuman itu di Pusat Operasi Barisan Nasional (BN) di hadapan Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Joseph Salang yang juga Ketua Penerangan Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan anggota Parlimen Julau.

Turut hadir bersama-sama Ambrose, 56, ialah timbalannya Wong Kee Kai, setiausaha Kajang Unan dan anggota jawatankuasa Kundi Untung.Bercakap kepada pemberita kemudiannya, beliau berkata mereka memutuskan untuk keluar parti kerana mendapati PKR tidak mampu menjalankan program pembangunan atau membantu rakyat terutamanya di luar bandar.

"Rakyat di kawasan luar bandar masih memerlukan kerajaan BN dan dengan itu mereka tidak perlu membazirkan masa dengan PKR."Saya menggesa pengundi di Batang Ai agar memilih calon BN dalam pilihan raya kecil ini. Kita perlu menyokong kerajaan kerana kita masih perlukan pembangunan," katanya.Ambrose, bekas ketua penolong setiausaha di Jabatan Ketua Menteri (Jabatan Audit dan Sumber Manusia) telah menyertai PKR selama dua tahun.

Dalam pilihan raya Parlimen lepas, Ambrose yang juga pernah berkhidmat sebagai Pegawai Daerah Julau sepanjang 30 tahun dalam perkhidmatan awam, bertanding sebagai calon PKR di kawasan Julau tetapi tewas kepada Salang.Dalam pilihan raya negeri 2006, beliau bertanding sebagai calon Bebas menentang Wong Judat (BN/SPDP) di kerusi Meluan dan tewas.

Pilihan raya kecil Batang Ai yang diadakan serentak pada Selasa ini dengan pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang (Perak) dan Bukit Selambau (Kedah), menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Malcolm Mussen Lamoh dan calon PKR Jawah Gerang.Batang Ai mempunyai 8,006 pemilih berdaftar.

No comments:

Post a Comment