Pilihanraya Kecil DUN N.29 Batang Ai, Sarawak

EXCLUSIVE : CONFESSIONS OF FORMER PAKATAN RAKYAT EXCO

Sunday, April 5, 2009

AWG TENGAH: KERAJAAN LINDUNGI HAK RAKYAT

LUBUK ANTU, Ahad: Datuk Amar Awang Tengah malam tadi mengingatkan para di pengundi kawasan Dewan Undangan Negeri kawasan Batang Ai agar tidak mudah terpedaya dengan risalah dan cekera padat yang sengaja diedarkan oleh pihak tetentu yang bermotif negative semasa kempen pilihan raya semakin hangat berlangsung.

‘Terdapat risalah dan CD yang sengaja diedarkan kepada para pengundi DUN ini yang yang mendakwa mereka tidak perlu membawa sebarang dokumen pengenalan diri dan kerajaan sengaja menghalau penghuni rumah Nyawin di Bintulu,’ kata beliau ketika berucap di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Ongki Anak Ambau, Tabau di sini.

Awang Tengah yang juga Menteri Pengurusan Sumber II Merangkap Menteri Kemudahan Awam turut menegaskan yang kerajaan sebenarnya melindungi hak rakyat terutamanya berkenaan Tanah Adat Bumiputera walaupun perkara ini kurang disedari oleh masyarakat umum.

Beliau turut menjelaskan kerajaan sedia ada telah banyak membawa pembangunan serta berjasa kepada rakyat seperti dalam bidang pendidikan dan sebarang pertimbangan yang kurang tepat oleh pengundi di sini pada 7 April nanti hanya akan menghalang hasrat kerajaan untuk terus membawa pembangunan kepada mereka.

Mengulas mengenai parti pembangkang, Awang Tengah menjelaskan mereka tidak akan dapat membawa sebarang pembangunan kepada rakyat di situ kerana DUN Batang Ai hanyalah sebuah daripada 71 kawasan DUN di Sarawak di mana kerajaan BN menguasai 62 kerusi negeri.

Beliau juga turut menghulurkan peruntukan berjumlah RM 70,000 kepada Rumah Ongki.
Timbalan Menteri Kementerian Teknologi, Air dan Komunikasi, Datuk Joseph Salang Gandum turut berucap di majlis tersebut.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat, Ahli Parlimen Limbang, Hasbi Habibollah dan Pengarah Penerangan Sarawak, Resat Salleh.

No comments:

Post a Comment