Pilihanraya Kecil DUN N.29 Batang Ai, Sarawak

EXCLUSIVE : CONFESSIONS OF FORMER PAKATAN RAKYAT EXCO

Sunday, April 5, 2009

JABU: DUA RUMAH PANJANG TOLAK KEHADIRAN PEMBANGKANG

LUBOK ANTU, Ahad: Usaha oleh pihak parti pembangkang untuk mendekati rakyat di sesetengah kawasan di sini nampaknya menemui jalan buntu.

‘Usaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk ‘bergempuru’ (berkumpul) di kawasan Pudai dan Lubok Subong, Nanga Kesit tidak berjaya apabila penghuni rumah panjang menolak kehadiran mereka di kedua-dua buah rumah panjang tersebut,’’ demikian dinyatakan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu ketika berucap di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat malam tadi.

Acara itu di adakan di Rumah Kevin Serdin, Wong Panjai, Jalan Batu kaya, dekat sempadan Malaysia-Indonesia di sini.

Jabu juga turut menyangkal dakwaan pembangkang kononnya penghuni Rumah Nyawin, Bintulu telah dihalau dari tapak tanah rumah panjang milik mereka kerana isu tersebut merupakan salah satu isu yang dimainkan pembangkang pada Pilihan Raya Kecil Batang Ai

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan dan Menteri Pembangunan Luar Bandar Sarawak juga memberitahu bahawa MARA akan mendirikan beberapa pusat kemahiran seperti GIATMARA di Lubok Antu untuk membantu para penduduk mendapat kemahiran tertentu untuk menambah pendapatan mereka nanti.

Mengulas mengenai calon BN, Malcolm Mussen Lamoh, Jabu menegaskan Mussen sememangnya layak dipilih sebagai calon BN kerana beliau berpelajaran tinggi dan juga berpengalaman luas bekerja dalam sektor awam.

Di dalam majlis sama, beliau turut mengumumkan perancangan peningkatan taraf sistem perhubungan jalan raya yang bernilai lebih RM10 juta ringgit bakal dilaksanakan di sini dan akan meliputi kawasan Wong Panjai dan kawasan rumah panjang lain di sekitarnya.


Turut hadir di majlis tersebut ialah Robert Lawson Chuat, ADUN Bukit Saban, Pengurus Besar SALCRA, Datu Vasco Sabat Singkang dan Pengarah KEMAS Negeri Sarawak, Abang Rabaie bin Abang Morhi.
Jabu (kanan) menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang pertandingan memasak lauk-pauk sambil disasksikan Rabaie..

No comments:

Post a Comment