Pilihanraya Kecil DUN N.29 Batang Ai, Sarawak

EXCLUSIVE : CONFESSIONS OF FORMER PAKATAN RAKYAT EXCO

Sunday, April 5, 2009

RM35.75 Juta Untuk Lapan Pusat Giat Mara Di Sarawak

Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM35.75 juta untuk pembelian dan pembinaan lapan Pusat Giat Mara (PGM) di Sarawak.Ketua Pegawai Eksekutif Giatmara Sdn Bhd Mariyam Abdul Majid berkata pada ketika ini Sarawak mempunyai 24 PGM dan hanya sebahagian yang telah memiliki tanah kekal tetapi belum mempunyai peruntukan untuk pembinaan bangunan.

Beliau berkata terdapat lapan kawasan Parlimen di Sarawak yang belum mempunyai PGM iaitu Mas Gading, Bandar Kuching, Kanowit, Lanang, Hulu Rajang, Igan, Sibuti dan Limbang.

Giatmara sedia untuk menubuhkan cawangan di setiap kawasan Parlimen jika kerajaan negeri sedia untuk memberikan tempat ataupun bangunan secara percuma, katanya ketika berucap pada majlis Pecah Tanah PGM oleh Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud di sini hari ini.

Sementara itu, Mariyam berkata Sarawak bakal menjadi negeri yang mempunyai paling banyak PGM iaitu 32 pusat termasuk dua dalam kawasan Parlimen Santubong.Beliau berkata PGM Lubok Antu yang beroperasi sejak lima tahun lepas, memberi peluang latihan kepada 117 belia dalam bidang automatif dan jahitan.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment