BASHIR AHMAD
5 April 2007
LUBOK ANTU, Sarawak - Dengan hanya dua hari sahaja lagi untuk berkempen, keputusan pilihan raya kecil Batang Ai pada 7 April ini masih belum jelas untuk diramalkan walaupun jumlah pengundinya hanyalah 8,006 orang.
Bagi pemerhati politik, adalah lebih mudah untuk membaca riak di Bukit Gantang dan Bukit Selambau kerana faktor geografinya. Kawasan Batang Ai lebih luas dan 95 % penduduknya adalah orang Iban yang tinggal bertaburan di 280 rumah panjang yang sebahagian besarnya hanya boleh dikunjungi dengan manaiki bot antara tiga hingga lapan jam.
Di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, anda boleh membaca dan meramal dengan melihat sambutan orang ramai terhadap ceramah-ceramah yang diadakan. Suatu ketika dulu jumlah pendengar ceramah tidak boleh dijadikan ukuran, tapi sekarang ia sedikit-sebanyak mencerminkan sokongan kepada sesebuah parti. Begitu juga dengan jumlah simbol yang dipampangkan pada bendera, poster dan kain rentang.
Di Batang Ai amat sukar untuk membaca aliran sokongan kecuali jika anda berupaya meninjau ke semua rumah panjang. Sudah tentulah ia sukar dilakukan.
Kebanyakan pekerja parti, kakitangan kerajaan yang terlibat dan petugas media akan singgah di pekan kecil Lubok Antu ketika bertugas. Jumlah simbol BN dan PKR yang kelihatan adalah hampir sama banyak.
Poster kempen yang BN gunakan jelas menjadikan isu pembangunan sebagai strategi kempen. Sebagai contoh, sebuah poster besar yang dipasang beberapa hari di pekan ini berbunyi: ``Pasar Permatang Pauh Nadai (tidak) Berubah Dalam 27 Tahun.''
Di bawah tulisan ini ialah gambar bangunan-bangunan pasar di Permatang yang usang dan buruk. Di bawah gambar-gambar itu ialah tulisan dalam bahasa Iban berbunyi ``Ulih Orang Tu gubah Penghidup di Batang Ai (Bolehkah Orang Itu Mengubah Kehidupan di Batang Ai).''
Jelas yang dimaksudkan sebagai `orang tu' dalam pertanyaan tersebut ialah pemimpin de-facto PKR Dato Seri Anwar Ibrahim yang mahu menjadikan Batang Ai sebagai batu loncatan bagi menawan Sarawak dalam pilihan raya umum akan datang. Malah ada penceramah PKR dari Selangor yang mendabik dada bahawa Batang Ai adalah kepunyaan PKR kerana `Ai' bermaksud Anwar Ibrahim. Maka katanya, Batang Ai adalah Batang Anwar Ibrahim
Para penceramah BN, termasuk menteri-menteri kerajaan pusat dan kerajaan negeri, selalu bertanya kepada penghuni-penghuni rumah panjang dalam ceramah mereka: ``Bolehkah Jawah Gerang (calon PKR) membawa pembangunan ke Batang Ai jika mereka menang?'' Antara menteri-menteri pusat yang datang ke Batang Ai ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Shahrir Abdul Samad, Dato Seri Shafie Apdal, Datuk Shabery Cheek dan Dato Seri Syed Abdul Hamid Albar.
Jawapan kepada pertanyaan tersebut tentulah tidak boleh kerana dengan memenangi Batang Ai, PKR masih menjadi pembankang kecil di Sarawak.
PKR sendiri pun amat tahu bahawa ia tidak boleh membawa pembangunan kepada Sarawak selagi ia masih menjadi pembangkang. Maka strategi yang digunakannya ialah dengan memainkan isu-isu yang boleh menjolok emosi peduduk Batang Ai.
Tiga kain rentang besar dalam huruf merah berbunyi `` HAPUSKAN PEROMPAK TANAH KAMI'' dipasang di sekitar pekan Lubok Antu. Satu lagi kain rentang berbunyi ``Anwar dan PKR Penyelamat Rakyat.'' Dalam ceramahnya di Kampung Kutai, Anwar mencanangkan bahawa penganut Kristian tidak akan dilarang daripada menggunakan perkataan Allah termasuk dalam kitab Bible jika PKR memerintah.
Terdapat kira-kira 5,000 orang Iban yang telah dipindahkan 25 tahun lalu ke rumah-rumah panjang baru berikutan pembinaan empangan haidro Batang Ai yang siap kira-kira tiga tahun lalu. Mereka ini mendakwa dijanjikan akan mendapat 11 ekar tanah secara beransur-ansur bagi setiap keluarga, tapi kata mereka setakat ini baru memperoleh satu ekar setiap keluarga.
Oleh kerana rumah-rumah panjang penempatan baru itu sudah berusia 25 tahun, banyak yang kelihat usang. Penghuni-penghuninya kini meminta bantuan bagi memperbaiki rumah-rumah panjang mereka. Mereka juga meminta sebuah hospital mini di Lubok Antu dan sebuah sekolah menengah kebangsaan di situ dinaiktaraf bagi menyediakan kelas tingkatan enam.
Selain isu-isu tersebut, pertalian kekeluargaan dan suku-sakat juga dilihat sebagai satu faktor yang perlu diambil kira.
Calon PKR Jawah Gerang adalah bekas Ahli Parlimen Lubok Antu (meliputi kawasan DUN Batang Ai) selama lima penggal dan beliau mempunyai ramai saudara mara di Batang Ai. Faktor ini menjadi perhitungan PKR untuk memilihnya sebagai calon.
BN memilih Malcolm Mussen Lamoh sebagai calon kerana beliau juga anak tempatan. Tentulah Musen perlu bekerja lebih keras daripada Jawah untuk memperkenalkan dirinya kepada penduduk rumah-rumah panjang.
Jika Mussen berjaya memikat hati penduduk rumah panjang Batang Ai dan mereka yakin bahawa hanya BN boleh membawa pembangunan dan menunaikan janji-janji yang diberikan, maka Batang Ai tidak akan berubah menjadi `Batang Anwar Ibrahim.' - malaysiaaktif.com
Pilihanraya Kecil DUN N.29 Batang Ai, Sarawak
--------------------TAJUK BERITA HARI INI----------------------
- MUZIK ETNIK SARAWAK DI ASTRO SALURAN 180 MULAI JULAI INI
- 32 TERIMA SIJIL KELAHIRAN DARI MENTERI
- AWG TENGAH: KERAJAAN LINDUNGI HAK RAKYAT
- JABU: DUA RUMAH PANJANG TOLAK KEHADIRAN PEMBANGKANG
- Polis Jamin Keselamatan Tiga Pilihan Raya Kecil
- RM35.75 Juta Untuk Lapan Pusat Giat Mara Di Sarawak
- Pakatan Pembangkang Tidak Tulen, Guna Lambang Berasingan
- Skim Khas Bantuan Kebajikan Penduduk Rumah Panjang Dicadang
- Syed Hamid: Dakwaan Kewujudan Pengundi Hantu Rekaan Pembangkang
- Taib: Peletakan Jawatan Dr Ambrose Baik Untuk BN
- Pengerusi, Timbalan, Setiausaha PKR Bahagian Julau Keluar Parti
- Penceramah PKR: Batang Ai adalah Batang Anwar Ibrahim
- Trend sokongan terhadap BN di Batang Ai makin menyerlah
- BN pilihan majoriti rakyat
- Pelantikan Najib Raih Sokongan Di Tiga Pilihan Raya Kecil
- Penduduk Batang Ai Harus Tolak Budaya Politik PKR
- PKR Cuba Bawa Budaya Liar Ke Sarawak - Masing
- Pembangunan Di Sabah, Sarawak Tidak Diabai - Ongkili
- Tiga Lagi Menara Komunikasi Bagi Lubok Antu
- Kualiti hidup rakyat perlu ditingkat
EXCLUSIVE : CONFESSIONS OF FORMER PAKATAN RAKYAT EXCO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment