Pilihanraya Kecil DUN N.29 Batang Ai, Sarawak

EXCLUSIVE : CONFESSIONS OF FORMER PAKATAN RAKYAT EXCO

Sunday, April 5, 2009

Kualiti hidup rakyat perlu ditingkat

LUBOK ANTU 4 April - Kerajaan yang ditunjangi Barisan Nasional (BN) bukan hanya memberi pembangunan kepada rakyat bahkan turut mahu meningkatkan kualiti hidup serta taraf ekonomi mereka.
Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan Bumiputera) Sarawak, Mohd. Naroden Majais berkata, pembangunan bukan hanya bermaksud kepada perkara material namun ia adalah menyeluruh termasuk ilmu pengetahuan dan taraf ekonomi rakyat.

Menurutnya, disebabkan itu kerajaan sentiasa mengadakan rancangan kepada rakyat bukan hanya pembangunan tetapi juga melahirkan individu-individu yang berjaya sebagai usahawan.
"Jadi, kita jangan memutuskan hubungan dengan kerajaan kerana banyak rancangan yang mahu dilaksanakan kepada rakyat termasuk melahirkan para usahawan yang secara tidak langsung meningkatkan taraf kehidupan mereka.

'Jika BN kalah, kita berasa malu untuk datang ke kawasan yang mana rakyat telah menolak kerajaan dan ia akan menyebabkan pembangunan tidak dapat dilaksanakan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membantu kempen calon BN, Malcolm Mussen Lamoh, 49, yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Air di Rumah Panjang Nanga Mepi di sini hari ini.

Mohd. Naroden berkata, kerajaan banyak membawa pembangunan kepada rakyat di negeri ini termasuk penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman terutamanya kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan elektrik, air serta hospital.

No comments:

Post a Comment