Pilihanraya Kecil DUN N.29 Batang Ai, Sarawak

EXCLUSIVE : CONFESSIONS OF FORMER PAKATAN RAKYAT EXCO

Monday, March 30, 2009

JANGAN BANGKIT SENTIMEN BENCI DAN KELIRU PENGUNDI

Kempen di Batang Ai sudah menampakkan kerancakan. Petugas parti BN dan PKR mula menggiatkan aktiviti kempen menemui pengundi dari rumah ke rumah. Masing-masing parti akan cuba meyakinkan pengundi bahawa mereka boleh memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pengundi.

Inilah indahnya sistem demokrasi. Rakyat boleh memilih pemimpin secara bebas. Dan keputusan yang dibuat oleh rakyat dalam memilih pemimpin ini akan menentukan sama ada pembangunan boleh dilaksanakan atau tidak di kawasan Batang Ai. Terserah kepada rakyat untuk menentukannya.

Apapun, dalam kempen yang dijalankan, kita berharap bahawa jentera kempen pilihanraya parti yang bertanding supaya tidak membangkitkan isu yang boleh menimbulkan sentimen benci membenci antara satu sama lain dan juga isu yang boleh mengelirukan pengundi.

Pilihan raya bukanlah tempat untuk menyebar fitnah dan pembohongan. Pilihan raya bukanlah tempat untuk memecahbelahkan rakyat dan menggugat keharmonian kaum. Pilihan raya bukanlah tempat untuk bercakaran sesama sendiri. Pilihan raya adalah satu kaedah dalam memilih pemimpin yang akan memimpin kita. Kita kena memilih pemimpin yang diyakini boleh memberi perkhidmatan terbaik kepada kita seperti membawa pembangunan, menyediakan sekolah, menjaga keamanan, mewujudkan peluang ekonomi dan lain-lain.

Kita tak perlu pemimpin yang hanya membawa janji kosong dan tidak dapat membuat apa-apa kepada kita. Sebaik yang mungkin, kita hendaklah memilih pemimpin yang mempunyai hubungan yang akrab dengan pemimpin negeri yang ada kuasa untuk menyalurkan peruntukan kepada kita.
Apapun, terserah kepada pengundi Batang Ai. Sama ada hendak pembangunan yang berterusan atau hendak terus kekal dengan suasana tiada pembangunan.

No comments:

Post a Comment