Pilihanraya Kecil DUN N.29 Batang Ai, Sarawak

EXCLUSIVE : CONFESSIONS OF FORMER PAKATAN RAKYAT EXCO

Friday, April 3, 2009

Pembangunan Lubok Antu Tumpu Status Daerah Sempadan

Dikenali sebagai wilayah Iban dan kedekatannya dengan wilayah Kalimantan, Indonesia, pusat pentadbiran daerah Lubok Antu di Sri Aman terletak di lokasi strategik kawasan selatan Sarawak.
Pegawai daerah Lubok Antu Nelson Mujah Girie berkata beberapa projek pembangunan yang dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) akan menggunakan kelebihan status wilayah sempadan dan sumber asli di kawasan itu."Pembinaan kompleks polis bernilai RM58.7 juta yang dijadual siap pada Julai ini akan meningkatkan lagi keselamatan kawasan sempadan dan kerjasama dua hala dengan jiran kami manakala jeti baru di projek hidro elektrik Batang Ai akan melengkapkan lagi pelancongan berasaskan ekologi akan menambahkan lagi kemudahan yang ada," katanya kepada Bernama di sini.

Selain kompleks polis itu, beliau berkata sebuah Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) bagi meningkatkan kemudahan melintasi sempadan dan perniagaan akan turut dibina.Beliau berkata jeti yang dilengkapi dengan kawasan berbumbung bernilai RM1 juta dan akan menjadi venue bagi acara tahunan Pesta Batang Ai yang mengadakan acara sukan air termasuk perlumbaan bot bagi menarik lebih ramai pengunjung ke sini.

Apabila siap kelak, ia akan memudahkan pengunjung datang melihat sendiri budaya, aktiviti pengembaraan lasak dan semula jadi ke kawasan tasik di sekitar resort Rumah Panjang Hilton Batang Ai dan Nanga Sumpa di bahagian hulu sungai.Taman Negara Lubok Antu, yang terletak kira-kira dua jam perjalanan menggunakan bot dari jeti, merupakan habitat orang utan yang terkenal di Sarawak.

Mujah berkata aktiviti berkenaan akan dilaksanakan Kementerian Pelancongan Sarawak dan dikendalikan Majlis Daerah Lubok Antu, dengan anggotanya boleh mengadakan mesyuarat di pejabat daerah baru yang bernilai RM1.9 juta menjelang September ini.Pada masa ini, kegiatan pertanian seperti penanaman padi, getah dan kebun kecil lada hitam serta ladang kelapa sawit Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak) (Salcra) merupakan aktiviti ekonomi utama di daerah itu.

Masyarakat Iban membentuk kira-kira 95 peratus penduduk Lubok Antu, satu kawasan dalam DUN Batang Ai yang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional Malcolm Mussen Lamoh dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Jawah Gerang pada pilihan raya kecil Selasa ini.-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment