Pilihanraya Kecil DUN N.29 Batang Ai, Sarawak

EXCLUSIVE : CONFESSIONS OF FORMER PAKATAN RAKYAT EXCO

Friday, April 3, 2009

Pengundi Batang Ai merugikan Masa Depan Generasi Muda Jika Pilih Pembangkang

Lubok Antu, Jumaat: Para pengundi di sini hanya akan merugikan masa depan generasi muda sekiranya mereka membuat pilihan yang salah ketika melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi di Dewan Undangan Negeri Batang Ai pada Pilihan Raya Kecil 7 April Ini.
‘’Adalah amat merugikan sekiranya pengundi di rumah panjang ini memilih calon pembangkang kerana beliau tidak mempunyai sebarang peruntukkan pembangunan untuk diagihkan disini.


Awang Tengah menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang bagi kategori kanak-kanak


‘’Dulu, Jawah dapat memberikan projek pembangunan kepada rakyat di sini adalah kerana beliau masih merupakan wakil Barisan Nasional (BN) dan peruntukkan yang diagihkan oleh beliau ketika itu adalah peruntukan BN’’, demikian kata Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan ketika menutup Majlis Pemimpin Bersama Rakyat anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (KEMAS) Negeri Sarawak di Rumah Winston Bana, Nanga San di sini pagi tadi.




Di dalam majlis yang dihadiri oleh seramai lapan orang Ahli dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen itu, Awang Tengah turut menyatakan yang perjuangan politik Datuk Seri Anwar adalah lebih kepada untuk menyelamatkan karier politik beliau sendiri dan bukannya untuk membantu memperjuangkan nasib penduduk di sini.

Pengarah KEMAS Sarawak, Abang Rabani, menyampaikan cenderahati kepada Awang Tengah

‘’Beliau (Anwar) pernah berjanji yang pada 16 September 2008, Pakatan Rakyat (PR) akan menubuhkan kerajaan persekutuan tetapi sehingga kini, BN masih memegang tampuk pemerintahan kerajaan pusat.


‘’Sebaliknya Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Jerai dan lebih 500 orang ahlinya pula yang meninggalkan PKR kerana sudah tidak percayakan kepada Anwar lagi’’, kata beliau sambil merujuk kepada keratan sebuah akhbar tempatan.


Awang Tengah yang juga merupakan Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II dan Menteri Kemudahan Awam Sarawak menyatakan PKR sering membangkitkan isu yang tidak relevan di Sarawak dan berharap agar masyarakat di negeri akan terus bersatu padu kerana BN mahu terus mahu membawa perubahan kepada rakyat di Sarawak.


‘’Sekarang kita lihat ramai di kalangan pelajar kaum iban yang telah berjaya mendapat ijazah. Ianya adalah hasil daripada jasa pembangunan yang telah dibawa oleh BN’’, jelasnya lagi.
Awang Tengah turut memberitahu yang Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) akan memberi sokongan kepada BN dalam pilihan raya kali ini.


Beliau juga turut memberikan sumbangan berjumlah RM 10 000 kepada ahli jawatankuasa rumah panjang berkenaan.


Majlis yang dimulakan seawal jam 8 pagi itu turut memuatkan acara tarian ‘’poco-poco’’ dan pertandingan melukis bagi kategori ibu bapa dan juga pertandingan mewarna bagi kategori kanak-kanak.


Rumah panjang Winston Manai mempunyai 38 buah pintu bilik dan dihuni oleh lebih 300 orang penghuni.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Datuk Peter Nyarok yang juga Timbalan Presiden Parti Progresif Rakyat Sarawak (SPDP), Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato Sri Awang Asfia Awang Nassar dan juga Sylvester Entri Muran.

No comments:

Post a Comment