Pilihanraya Kecil DUN N.29 Batang Ai, Sarawak

EXCLUSIVE : CONFESSIONS OF FORMER PAKATAN RAKYAT EXCO

Wednesday, April 1, 2009

BN tidak pernah mengamalkan diskriminasi: Masing

KUCHING:- Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Dato Sri Dr James Masing menegaskan yang Barisan Nasional (BN) tidak mengamalkan ‘pilih kasih’ dalam mengagihkan dana-dana bagi tujuan pembangunan atau dalam peruntukkan projek-projek.

Masing, yang juga Menteri Kemajuan Tanah menegaskan sekiranya BN pernah mengamalkan amalan sebegini, terutamanya di kawasan Lubok Antu, ia berkemungkinan juga di masa Jawah Gerang menjadi Ahli Parlimen kawasan berkenaan.

Tetapi menurut beliau lagi, BN kini adalah berbeza dari dulu, jika dibandingkan antara era Jawah dan Wlilliam Nyalau Badak, di mana kini banyak projek yang telahpun dirancangkan untuk kawasan itu.

Menurut Masing lagi, pemberian rebat tunai kepada pemilik-pemilik enjin sangkut merupakan contoh terbaik yang BN bersikap adil kepada semua pihak tanpa mengira penglibatan politik mereka.

Masing yang dihubungi semalam menegaskan yang beliau terpaksa mengeluarkan kenyataan ini kerana pihak pembangkang telah berlaku tidak adil dalam dakwaan mereka sewaktu berkempen.
Sumber : The Borneo Post, 1 April 2009

No comments:

Post a Comment