LUBOK ANTU- Hubungan di antara generasi muda dan masyarakat setempat akan terus dipertingkatkan di seluruh negeri Sarawak yang meliputi kesemua 31 buah kawasan parlimen.
Di sini, ianya telah dilaksanakan dengan pelaksanaan Program Komuniti Belia (Y2Y) Parlimen Lubok Antu dan Pesta Berambeh di Rumah Nessaw anak Budol, Panjai Ruai Atas di sini pagi tadi.
Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Hamden Ahmad, Menteri Muda Pelancongan dan Hal Ehwal Belia Sarawak dan telah disertai seramai 45 orang peserta. Program tersebut telah bermula pada 30 Mac lepas.
“Program sebegini akan dapat merapatkan lagi persahabatan dan hubungan di antara penduduk rumah panjang dan masyarakat setempat yang penting untuk memupuk perpaduan dan sikap bertolak ansur.
‘’ Selain itu, program sebegini akan dapat mengurangkan permasalahan di kalangan belia seperti penggunaan dadah dan juga budaya kuning,’’ kata Hamden.
‘’Y2Y’’ yang bermakna dari belia kepada belia adalah direka khas untuk merapatkan hubungan di antara belia dengan masyarakat setempat.
Majlis yang anjuran Pejabat Belia dan Sukan Sri Aman dan Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi dengan kerjasama Kelab Rakan Muda Lubok Antu dan Jawatan kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Nessaw itu turut menyaksikan penganjuran pertandingan karaoke yang telah dimenangi oleh Tejun anak Ban bagi kategori lelaki dan Salbyne anak Maja bagi kategori wanita.
Selepas menyempurnakan majlis tersebut, Hamden sempat menyanyikan beberapa buah lagu sambil diiringi beberapa orang perserta yang menari tarian poco-poco..Turut hadir di majlis tersebut ialah Mong Dagang, ADUN N.26 Bukit Begunan , Hamdan Sarbini, wakil Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi serta ketua-ketua masyarakat tempatan.
Pilihanraya Kecil DUN N.29 Batang Ai, Sarawak
--------------------TAJUK BERITA HARI INI----------------------
- MUZIK ETNIK SARAWAK DI ASTRO SALURAN 180 MULAI JULAI INI
- 32 TERIMA SIJIL KELAHIRAN DARI MENTERI
- AWG TENGAH: KERAJAAN LINDUNGI HAK RAKYAT
- JABU: DUA RUMAH PANJANG TOLAK KEHADIRAN PEMBANGKANG
- Polis Jamin Keselamatan Tiga Pilihan Raya Kecil
- RM35.75 Juta Untuk Lapan Pusat Giat Mara Di Sarawak
- Pakatan Pembangkang Tidak Tulen, Guna Lambang Berasingan
- Skim Khas Bantuan Kebajikan Penduduk Rumah Panjang Dicadang
- Syed Hamid: Dakwaan Kewujudan Pengundi Hantu Rekaan Pembangkang
- Taib: Peletakan Jawatan Dr Ambrose Baik Untuk BN
- Pengerusi, Timbalan, Setiausaha PKR Bahagian Julau Keluar Parti
- Penceramah PKR: Batang Ai adalah Batang Anwar Ibrahim
- Trend sokongan terhadap BN di Batang Ai makin menyerlah
- BN pilihan majoriti rakyat
- Pelantikan Najib Raih Sokongan Di Tiga Pilihan Raya Kecil
- Penduduk Batang Ai Harus Tolak Budaya Politik PKR
- PKR Cuba Bawa Budaya Liar Ke Sarawak - Masing
- Pembangunan Di Sabah, Sarawak Tidak Diabai - Ongkili
- Tiga Lagi Menara Komunikasi Bagi Lubok Antu
- Kualiti hidup rakyat perlu ditingkat
EXCLUSIVE : CONFESSIONS OF FORMER PAKATAN RAKYAT EXCO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment