TIGA puluh lima tahun dulu, beberapa hari selepas kematian Tun Abdul Razak pada 14 Januari 1976, saya yang baru dua tahun bertugas sebagai pemberita Utusan Malaysia telah ditugaskan ke Sri Taman (sekarang Memorial Tun Abdul Razak), kediaman rasmi Perdana Menteri ketika itu untuk membuat mencari apa jua berita mengenai Allahyarham.
Merayau di dalam Sri Taman, saya ternampak Najib, anak sulung Allahyarham di dalam sebuah bilik, dikelilingi beberapa orang rakannya.
Peluang mendapat berita eksklusif, saya terus memanggilnya. Najib terus keluar dari biliknya dan bersetuju untuk bercakap apabila saya memperkenalkan diri sebagai pemberita dari Utusan Malaysia.
Saya masih ingat pertanyaan pertama saya. Adakah beliau akan mengikut jejak langkah bapanya untuk menceburi politik?
``Tidak saya tidak minat politik...barangkali adik saya (Ahmad) Johari berminat...dia belajar undang-undang,'' katanya yang masih segar dalam ingatan saya.
Pada hari ini, Jumaat 3 Mac 2009, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam.
Begitulah perjalanan hidup Najib, seorang yang pernah memberitahu seorang pemberita bahawa beliau tidak berminat dalam politik.Tapi takdir menentukan beliau mendaki tangga dengan pantas dalam arena politik apabila semua pihak termasuk Sultan Pahang mahukan beliau bertanding di kerusi Parlimen Pekan, Pahang yang dikosongkan bapanya.
Saya masih ingat betapa pertama kali Najib berucap di Dewan Rakyat selepas memenangi pilihan raya kecil Parlimen Pekan. Kebetulan penulis ini juga meliputi sidang Dewan Rakyat tersebut. Pada usia 23 tahun, satu rekod sebagai ahli Parlimen termuda, Najib telah menyampaikan ucapan sulungnya bagaikan seorang yang sudah sangat berpengalaman.
Hati kecil penulis berkata ketika itu, Najib akan pergi jauh barangkali sejauh bapanya.
Perjalanan Najib dalam karier politiknya berlangsung tanpa gangguan dan sangat mudah. Daripada ahli Parlimen, kemudian menjadi Menteri Besar Pahang, Menteri Kabinet sejak berusia 32 tahun dan akhirnya menjadi Perdana Menteri pada hari ini pada usia 56 tahun.
Dalam arena politik UMNO, perjalanan Najib juga sangat lancar.
Bermula dengan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Naib Presiden, Timbalan Presiden dan sekarang Presiden UMNO. Beliau menang tidak bertanding hampir dalam semua jawatan kecuali Naib Presiden UMNO.
Bagaimanapun, laluan Najib mulai getir ketika beliau berada di jawatan Timbalan Perdana Menteri dan hampir menjadi Perdana Menteri.
Ketika jelas bahawa tiada lagi orang lain yang akan menggantikan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi (sekarang Tun), muncul pelbagai cerita yang memburukkan Najib bagi menonjolkan bahawa beliau tidak layak menjadi Perdana Menteri. Akhbar dan blog pembangkang hampir setiap hari memuatkan cerita memburukkan Najib.
Antara orang yang paling kuat mahu menghalangnya ialah Dato' Seri Anwar Ibrahim, pemimpin de-facto PKR, yang suatu masa dulu menjadi bos politik Najib. Semasa Anwar Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Najib adalah naibnya. Anwar sehingga kini masih menjaja pelbagai cerita mengenai Najib di pentas-pentas ceramah.
Di dalam UMNO sendiri, Tengku Razaleigh Hamzah yang pernah gagal menumbangkan Tun Dr. Mahathir, masih bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri. Beliau dikatakan turut mahu menghalang Najib.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang datang dari Kelantan telah membuat kenyataan secara terbuka memohon Yang di-Pertuan Agong tidak memperkenankan pertukaran kuasa antara Abdullah dan Najib. Perkara itu dipanjangkan dan diperbesarkan oleh Suara Keadilan dan Harakah yang menyebabkan dua akhbar pembangkang itu digantung penerbitannya selama tiga bulan.
Amat mengejutkan pembangkang khususnya Anwar, apabila dalam ucapan sulungnya sebagai Perdana Menteri yang disiarkan oleh TV beliau mengumumkan pembatalan larangan penerbitan dua akhbar itu, pembebasan serta-merta 13 tahanan ISA dan kajian semula ISA. Kesemua perkara tersebut menjadi tuntutan pembangkang.
Pada hari ini Najib mengangkat sumpah memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia. Antara lain beliau berikrar akan melaksanakan tanggung jawab secara ``jujur dan sedaya upaya.''
Kemudian pada sebelah tengah hari, Najib bersama Abdullah dan Mahathir turut menunaikan solat Jumaat di Masjid Negara.
Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad menyampaikan khutbah bertajuk ``Jawatan: Satu tanggungjawab, Bukan Keistimewaan.'' Mesej yang disampaikan adalah cukup jelas bagi Najib sebagai seorang Muslim untuk melaksanakan tanggungjawab yang dipikulkan oleh Allah s.w.t. ke atasnya mengikut jalan yang dikehendakki oleh Islam.
Allah yang memberikan jawatan dan kuasa kepada sesiapa sahaja yang dikehendakkinya. Tiada manusia yang boleh menghalang ketentuan Allah termasuk Anwar, Nik Aziz, Tengku Razaleigh dan Zahid.
Dan kini hanya Najib sendirilah yang boleh mencorakkan ketentuan masa depannya kerana kuasa yang diamanahkan telah berada di tangannya. Baik buruk di sisi Allah, beliau sendiri yang akan menentukannya. Bukan Anwar atau sesiapa sahaja. Malah Anwar sendiri pun tidak tahu apa yang akan berlaku ke atas dirinya pada esok hari. - malaysiaaktif.com
Pilihanraya Kecil DUN N.29 Batang Ai, Sarawak
--------------------TAJUK BERITA HARI INI----------------------
- MUZIK ETNIK SARAWAK DI ASTRO SALURAN 180 MULAI JULAI INI
- 32 TERIMA SIJIL KELAHIRAN DARI MENTERI
- AWG TENGAH: KERAJAAN LINDUNGI HAK RAKYAT
- JABU: DUA RUMAH PANJANG TOLAK KEHADIRAN PEMBANGKANG
- Polis Jamin Keselamatan Tiga Pilihan Raya Kecil
- RM35.75 Juta Untuk Lapan Pusat Giat Mara Di Sarawak
- Pakatan Pembangkang Tidak Tulen, Guna Lambang Berasingan
- Skim Khas Bantuan Kebajikan Penduduk Rumah Panjang Dicadang
- Syed Hamid: Dakwaan Kewujudan Pengundi Hantu Rekaan Pembangkang
- Taib: Peletakan Jawatan Dr Ambrose Baik Untuk BN
- Pengerusi, Timbalan, Setiausaha PKR Bahagian Julau Keluar Parti
- Penceramah PKR: Batang Ai adalah Batang Anwar Ibrahim
- Trend sokongan terhadap BN di Batang Ai makin menyerlah
- BN pilihan majoriti rakyat
- Pelantikan Najib Raih Sokongan Di Tiga Pilihan Raya Kecil
- Penduduk Batang Ai Harus Tolak Budaya Politik PKR
- PKR Cuba Bawa Budaya Liar Ke Sarawak - Masing
- Pembangunan Di Sabah, Sarawak Tidak Diabai - Ongkili
- Tiga Lagi Menara Komunikasi Bagi Lubok Antu
- Kualiti hidup rakyat perlu ditingkat
EXCLUSIVE : CONFESSIONS OF FORMER PAKATAN RAKYAT EXCO
Friday, April 3, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment