Pilihanraya Kecil DUN N.29 Batang Ai, Sarawak

EXCLUSIVE : CONFESSIONS OF FORMER PAKATAN RAKYAT EXCO

Friday, April 3, 2009

Anwar Ibrahim jadi bahan ‘April Fool’

SRI AMAN, Khamis:- Laman web sarawakupdate.com.my hari ini melaporkan yang Penasihat Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama penyokongnya menerima penangan ‘April Fool’ daripada masyarakat Dayak ketika mahu berkempen di Batang Ai, Lubok Antu semalam.

Tradisi April Fool yang jatuh pada 1 April pada setiap tahun merupakan hari yang dipilih oleh individu atau kumpulan tertentu di seluruh dunia bagi memperbodohkan rakan-rakan atau pihak tertentu dengan cara mereka sendiri.

Menurut laman web terbabit, Anwar bersama penyokongnya terkena penangan ‘April Fool’ ketika mahu mengadakan ceramah di Rumah Lamit, Pudai, Lubok Antu sekitar jam 5 petang kelmarin.

Bagaimanapun dikatakan bahawa tuai rumah dan penghuni rumah panjang berkenaan tidak bersetuju dengan hasrat pemimpin De facto parti pembangkang itu sehingga menyebabkan beliau pulang semula ke pekan Lubok Antu.
Sumber :Utusan Sarawak, 3 April 2009

No comments:

Post a Comment