Pilihanraya Kecil DUN N.29 Batang Ai, Sarawak

EXCLUSIVE : CONFESSIONS OF FORMER PAKATAN RAKYAT EXCO

Friday, April 3, 2009

Menang Majoriti Besar Di Batang Ai Hadiah Untuk Najib

Barisan Nasional (BN) mahu menang dengan majoriti besar pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai di sini sebagai hadiah paling berharga daripada kerajaan negeri Sarawak kepada Perdana Menteri Malaysia yang baru Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan berkata penduduk Sarawak pastinya sudah matang dan tahu apa yang telah kerajaan BN lakukan di negeri ini sejak merdeka.Awang Tengah yang juga Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya mahu menggunakan penduduk di Batang Ai untuk kepentingan politik mereka sendiri.

Selama ini pemimpin PKR tidak pernah datang ke Batang Ai untuk bertanya khabar dan mengetahui masalah penduduk di sini, katanya kepada Bernama di Rumah Manai Nanga San di sini hari ini.Katanya pemimpin-pemimpin PKR hanya tahu memutar belit dan mengelirukan rakyat di Batang Ai dengan melemparkan pelbagai fitnah kepada kerajaan dan pemimpin BN.

"Siapa kata di Batang Ai tiada pembangunan, PKR sudah buta, mereka tidak nampak apa yang BN buat di sini seperti sekolah, jalan raya, kemudahan elektrik pusat kesihatan dan banyak lagi," katanya.Awang Tengah berkata PKR di negeri ini hanya untuk memecah belah perpaduan kaum yang telah sekian lama terjalin.

No comments:

Post a Comment