Pilihanraya Kecil DUN N.29 Batang Ai, Sarawak

EXCLUSIVE : CONFESSIONS OF FORMER PAKATAN RAKYAT EXCO

Thursday, April 2, 2009

JABU LANCAR PROGRAM KOMUNITI SUNGAI DI NANGA JENGIN

Lubok Antu, Khamis : Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Numpang hari ini terus turun padang untuk merasmikan Program Komuniti Sungai iaitu Gotong-Royong Membersih Sungai di Nanga Jengin di Batang Ai di sini tengahari tadi walaupun mempunyai jadual lawatan yang ketat.

Program kali ketiga anjuran anjuran Lembaga Sungai-Sungai Sarawak adalah serupa dengan program yang telah dilaksanakan di Nanga Engkari dan juga Nanga Delok sedikit masa lalu.
Ianya bertujuan untuk mengikat dan mengalihkan batang kayu yang telah reput dan diikat di tepi Sungai Jengin yang bertujuan untuk menjaga keselamatan 36 buah bot panjang dari 10 buah rumah panjang.

Mussen bersalaman dengan masyarakat setempat

‘’Senarai nama mereka yang bekerja mengumpulkan dan mengikat kayu reput hendaklah diberikan kepada urusetia Lembaga Sungai-Sungai Sarawak dan peralatan yang diperlukan akan turut dibekalkan.

‘’Selain daripada tujuan yang telah dinyatakan tadi, program ini juga adalah untuk menanam sifat sayangkan sungai dan kita beterima kasih kepada Lembaga Sungai-Sungai Sarawak dan juga Datuk Douglas Uggah kerana telah membantu dalam program ini’’, kata beliau kepada para wartawan.

Mussen melepaskan anak ikan bersama penduduk setempat

Majlis yang dimulakan dengan adat masyarakat iban iaitu ‘’Miring ‘’ turut menyaksikan kehadiran ADUN Kemena Dr. Stephen Rundi Utom, yang juga Pengerusi Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Pengerusi Lembaga Kemajuan Ekonomi Sarawak (SEDC), Datuk Talip Zulpilip, Datuk Peter Minos, Pengurus Besar SALCRA, Datu Vasco Sabat Singkang dan juga Mohd. Yaakub Kari, ketua Controller Sungai-Sungai Sarawak.

Mussen dan jabu melakukan upacara miring

Beliau yang bersama calon Barisan Nasional (BN), Malcolm Mussen Lamoh sempat beramah mesra dengan masyarakat setempat di dalam suasana yang cukup ceria.
Mengulas mengenai Pilihan Raya Kecil Batang Ai, Jabu menyatakan masyarakat di Sarawak tidak memerlukan kerajaan yang bersidang di bawah pokok juga mereka (pembangkang) patut belajar mengenai adaT-resam masyarakat di Sarawak terlebih dahulu.

‘’Mereka (pembangkang) patut datang sekali setahun ke Sarawak untuk belajar adat-resam masyarakat di sini, tetapi mereka memilih untuk berbicara mengenai perkara yang tidak benar”, katanya. Selepas menyempurnakan majlis tersebut, beliau sempat menyaksikan acara melepaskan 13, 000 ekor anak ikan oleh ketua masyarakat dan juga wakil media.

No comments:

Post a Comment