Pilihanraya Kecil DUN N.29 Batang Ai, Sarawak

EXCLUSIVE : CONFESSIONS OF FORMER PAKATAN RAKYAT EXCO

Wednesday, April 1, 2009

Kes surat palsu dilaporkan kepada pihak polis

KUCHING:- Parti Rakyat Sarawak (PRS) yang merupakan parti komponen Barisan Nasional (BN) telah bertindak membuat laporan polis berhubung surat palsu yang memohon syarikat-syarikat pembalakan membiayai kempen-kempen calon BN pada pilihan raya kecil Batang Ai, yang mengandungi tandatangan YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud.

Pihak Eastern Times yang telah menghubungi ahli majlis tertinggi PRS yang enggan didedahkan namanya, kira-kira pada jam 5.40 petang kelmarin menegaskan yang beliau sedang berbincang dengan beberapa orang pegawai polis berhubung laporan yang hendak beliau buat itu.

Ketika dihubungi pada awalnya, presiden PRS, Dato Sri James Masing menegaskan yang beliau telahpun mengarahkan ahli-ahli majlis tertinggi parti agar membuat laporan polis berhubung perkara ini.

Namun begitu, Pesuruhjaya Polis Sarawak, DSP Datuk Mohamad Saleh yang dihubungi selepas Majlis sambutan Hari Polis Kadet Kali Ke-39 ini menegaskan yang beliau mengetahui akan surat palsu yang diedarkan itu tetapi laporan rasmi masih belum diterima.
Sumber : The Borneo Post, 1 April 2009

No comments:

Post a Comment