Pilihanraya Kecil DUN N.29 Batang Ai, Sarawak

EXCLUSIVE : CONFESSIONS OF FORMER PAKATAN RAKYAT EXCO

Saturday, April 4, 2009

Mussen mirip Cliff Richard

LUBOK ANTU, 4 April (Bernama) -- Calon Barisan Nasional, Malcolm Mussen Lamoh, yang mirip seorang penyanyi Inggeris yang popular dalam tahun 60-an,Cliff Richard, boleh menambat hati penduduk di kawasan Batang Ai, kataMenteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd ShafieApdal di sini, hari ini.



Dalam nada berseloroh ketika berucap merasmikan majlis Semarak Bersama Pemimpin di Rumah Endawi Janting di Nanga Jela dekat sini, Mohd Shafie berkata wajah tampan bekas jurutera di Jabatan Pertanian Sarawak mungkin juga dapat memikat lebih banyak lagi pembangunan ke Batang Ai sekiranya beliau menang dalam pilihan raya kecil di kawasan itu.



Namun apa yang penting Malcolm adalah anak tempatan yang berpengalaman luas sebagai seorang pentadbir awam dan berkebolehan untuk membawa pembangunan di Batang Ai, katanya.



Katanya Malcolm juga telah berikrar untuk bekerja kuat untuk membantu meningkatkan taraf hidup rakyat di Batang Ai sekiranya beliau menang dalampilihan raya kecil ini.



Malcolm, 49, adalah muka baru yang diletakkan oleh Barisan Nasional untuk bertanding menentang calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Jawah Gerang, dalam pilihan raya kecil Batang Ai pada Selasa ini yang diadakan berikutan kematianpenyandangnya, Datuk Dublin Unting Ingkot pada 24 Feb lepas.



Mengenai Jawah, Mohd Shafie berkata bekas Anggota Parlimen Lubok Antu selama lima penggal itu tidak akan mampu membawa apa-apa kemajuan kepada Batang Aisebagai seorang anggota parti pembangkang.



Katanya Jawah seharusnya sedar pembangunan yang berlaku di kawasan ini semasa penggal beliau selama lebih 20 tahun sebagai seorang ahli parlimen adalah kerana pada masa itu beliau mewakili Barisan Nasional.



"Sudah tentu sekarang Jawah tahu dia tidak akan mampu membuat apa-apa(rancangan pembangunan) sebagai seorang pembangkang," katanya.

No comments:

Post a Comment