Pilihanraya Kecil DUN N.29 Batang Ai, Sarawak

EXCLUSIVE : CONFESSIONS OF FORMER PAKATAN RAKYAT EXCO

Monday, April 6, 2009

Wakil Rakyat BN Bersuara Lebih Lantang Untuk Rakyat Sabah, S'wak - Dompok

Suara rakyat Sabah dan Sarawak akan kedengaran lebih jelas di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri masing-masing jika mereka terus memberi sokongan padu kepada wakil rakyat Barisan Nasional (BN), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Bernard Dompok.

Bagi kes pilihan raya kecil Batang Ai di sini esok, kata beliau ia adalah satu lagi peluang kepada rakyat Sarawak di kawasan itu untuk terus memberikan sokongan kepada BN dengan mengundi calon parti itu, Malcolm Mussen Lamoh.

Bercakap kepada pemberi Isnin selepas majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rh Sekalung, Serubah Ulu di Lemanak dekat sini, beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak amat mengambil berat akan harapan serta rungutan rakyat dari kedua-dua negeri.

"Saya telah menyatakan kepada beliau mengenai ketidakseimbangan ketara antara beberapa negeri maju di Semenanjung dan banyak kawasan di kedua-dua negeri Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak) yang masih jauh ketinggalan.

"Beliau (Najib) bersetuju bahawa ini adalah satu perkara yang beliau akan lihat dengan serius bagi merealisasikan wawasan Satu Malaysia," kata Dompok.

Beliau berkata wakil rakyat BN di Parlimen adalah lebih lantang, jauh melebihi pembangkang, bagi memberikan gambaran jelas mengenai masalah di kawasan masing-masing.

"Tidak perlu untuk rakyat bergantung kepada pembangkang. Maka, pengundi di Batang Ai hendaklah keluar beramai-ramai esok memberi sokongan kepada Mussen," katanya.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment