Pilihanraya Kecil DUN N.29 Batang Ai, Sarawak

EXCLUSIVE : CONFESSIONS OF FORMER PAKATAN RAKYAT EXCO

Wednesday, April 1, 2009

Berlaku perkara yang tak disangka-sangka ke atas SNAP

KUCHING:- Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) telah membelakangi presiden parti, Encik Edwin Dundang dengan bertindak menemui Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai usaha terakhir mereka untuk menyelamatkan parti.

Perjumpaan ini dihadiri oleh timbalan presiden parti, Encik Ting Ling Kiew dan naib presiden kanan parti, Kebing Wan bertempat di Putrajaya pada jam 11.30 pagi.

Menurut Ting perjumpaan selama dua puluh minit itu adalah untuk menyampaikan hasrat dan harapan ahli-ahli CEC kepada bakal perdana menteri dan memberikan jaminan yang SNAP akan tetap menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Batang Ai nanti.

Dakwa beliau, sebilangan besar majoriti ahli CEC yang seramai 16 orang itu menyokong bersama-sama menyokong beliau, kecuali Dundang, setiausaha agung parti Stanley Jugol dan bendahari, Larry Linang.
Sumber: The Borneo Post, 1 april 2009

No comments:

Post a Comment