Pilihanraya Kecil DUN N.29 Batang Ai, Sarawak

EXCLUSIVE : CONFESSIONS OF FORMER PAKATAN RAKYAT EXCO

Wednesday, April 1, 2009

Tiada janji ‘percuma’


LUBOK ANTU: Kerajaan tidak pernah berjanji untuk memberikan bekalan elektrik dan air percuma kepada mereka yang ditempatkan semula berikutan dengan projek empangan hidro Bakun dan Batang Ai di negeri ini.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Fadillah Yusof berkata penduduk berkenan perlu membayar bil elektrik dan air mereka.

Beliau diminta mengulas dakwaan sesetengah penduduk di sini bahawa kerajaan tidak menunaikan janji-nya untuk memberikan bekalan elektrik dan air dengan percuma kepada mereka apabila penduduk tersebut di-pindahkan berikutan dengan pembinaan empangan itu 25 tahun lepas.

Janji itu dijadikan isu pada pilihan raya Dewan Unda-ngan Negeri (DUN) Batang Ai pada 7 April yang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Malcolm Mussen Lamoh dan PKR Jawah Gerang.

Fadillah kini berada di sini bagi membantu BN berkempen di kalangan masyarakat Melayu.
Kira-kira 3,000 penduduk dari 26 rumah panjang ditempatkan semula sebelum 1982 apabila empangan itu mula di-bina dan siap tiga tahun lepas.

Beliau berkata isu ini berlaku mungkin ada salah faham yang menyebabkan penduduk itu percaya bahawa mereka berhak mendapat bekalan elektrik dan air percuma hanya kerana mereka telah berkorban bagi kepen-tingan projek pembangunan.

“Tetapi memang kerajaan ada membuat pengumuman baru-baru ini bahawa golongan miskin yang hanya membayar bil elektrik RM20 sebulan tidak payah lagi membayar (percuma),” katanya kepada Bernama.

“Dalam kes tentu penggunaan berdasarkan kepada anggaran yang mungkin unit yang dipakai melebihi unit yang layak diberikan percuma,” katanya.

Pembaca meter Perbadanan Bekalan Elektrik Sarawak (SESCO) menghadapi masalah apabila pintu rumah di-kunci untuk mendapatkan ba-caan yang tepat daripada meter, tambahnya.

— Bernama

No comments:

Post a Comment