Pilihanraya Kecil DUN N.29 Batang Ai, Sarawak

EXCLUSIVE : CONFESSIONS OF FORMER PAKATAN RAKYAT EXCO

Monday, April 6, 2009

Tolak calon pembangkang

Ketua Men-teri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mengajak para pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai agar menolak calon pembangkang dalam pilihan raya pada 7 April ini.

Katanya, memilih pembangkang umpama menolak pembangunan meskipun pembangunan yang dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) me-makan masa untuk dinikmati.

“Selepas beberapa tahun (pemerintahan BN), tempat seperti Kota Samarahan, Mukah dan Betong membangun dengan pesat berbanding (Parlimen) Permatang Pauh.

“Pemimpin mereka (Datuk Seri Anwar Ibrahim) tidak mampu membawa pembangunan di kawasan parlimennya sendiri,” katanya kepada pemberita dalam majlis pecah tanah bagi tujuan pembinaan bangunan Pusat GiatMARA di sini, semalam.

Menurut beliau, kemenangan yang memihak kepada calon BN membolehkan pembangunan di kawasan yang berdekatan dengan sempadan Kalimantan, Indonesia itu dilaksana.

Katanya, kerajaan serius dalam mencapai kemenangan di Batang Ai kerana enggan menyaksikan rakyat di kawasan berkenaan terkeluar daripada arus pembangunan.

Malah beliau mengakui kemudahan seperti pembinaan hospital di Lubok Antu tidak dapat dilakukan pada masa sekarang kerana jumlah penduduk yang masih sedikit.

“Apa yang kita dapat lakukan buat masa sekarang ialah menambah baik perkhidmatan doktor udara dan klinik agar penduduk di sini menikmati khidmat kesihatan terbaik,” katanya.

Beliau turut membidas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mengamalkan ‘politik menuduh sembarangan.’

“Pembangunan di mana-mana kawasan tidak dapat dinilai hanya dengan kewujudan sekolah dan jalan raya.

“Tetapi penilaian pembangunan perlu merangkumi aspek pemikiran penduduk setempat,” ujarnya.

Pilihan raya kecil itu akan menentukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Ai berikutan kematian Datuk Dublin Unting Ingkot pada 24 Februari lepas.

Pertandingan satu lawan satu itu membabitkan calon BN Malcolm Mussen Lamoh dan calon PKR Jawah Gerang.

Mengenai konsep pembangunan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) yang diamalkan kerajaan, Taib berkata aset itu perlu dibangunkan dengan cara betul.

Tanah katanya hanya akan bernilai apabila mampu memberi pendapatan kepada pemiliknya dan caranya yang betul ialah menyertai skim penanaman kelapa sawit.

Beliau turut kesal dengan sikap sesetengah pihak yang mempolitikkan tanah NCR.

Menurut beliau, tanah sepatutnya digunakan untuk menjana pendapatan agar membawa manfaat kepada pemiliknya.

“Jika tanah dibangunkan sebagai aset berharga dan mampu memberi keuntungan dari aspek dunia moden, tanah itu akan lebih bermanfaat kepada masyarakat,” katanya.

Beliau kemudian mengadakan lawatan ke kawasan pembinaan jalan raya SPS Fasa II.

Borneo Post

No comments:

Post a Comment