Jika anda undi untuk PKR apa yang anda akan dapat? Adakah PKR boleh bawa pembangunan dikawasan ini? Apakah PKR boleh bina sekolah, bina klinik, beri bantuan pertanian dan sebagainya di kawasan Batang Ai? Kalau boleh, dimanakah sumber kewangan yang akan diperolehi?
Itulah kata-kata Benjamin Linggi, kenalan baru penulis semasa bertemu dengannya di sebuah gerai makan di Pekan Lubok Antu. Benjamin yang tidak menyertai mana-mana parti politik menetap di Pekan Lubok Antu hampir 30 tahun yang lalu dengan menceburi bidang pertanian.
Menurutnya, beliau amat berterima kasih dengan kerajaan yang ada pada hari ini kerana memberi pelbagai bantuan dan pertolongan sehingga beliau dapat menceburi bidang pertanian dengan jayanya. Mengimbas pembangunan setempat 30 tahun yang lalu semasa beliau mula-mula tinggal di Lubok Antu, sausana sudah jauh berbeza dari dulu.
Dulu mana mana ada jalan raya macam ini, mana ada sekolah, mana ada klinik, mana ada dewan orang ramai, mana ada air dan elektrik, mana ada talian telefon dan banyak lagi. Tapi sekarang sudah ada banyak kemudahan. Walaupun Pekan Lubok Antu tidaklah sebesar Sri Aman, tapi keadaan disini dianggap selesa.
Beliau yang mempunyai 5 anak, 3 daripadanya lulusan universiti dan bekerja di Kuala Lumpur manakala dua lagi sedang belajar, seorang di Uitm Shah Alam dan seorang lagi tingklatan 5. Jika kerajaan tidak membantu, pasti anaknya tidak dapat mencapai kejayaan seperti mana yang dikecapi hari ini.
Beliau berharap agar pengundi di Batang Ai dapat membuat pilihan yang bijak dan mengundi parti yang dapat menolong rakyat.

No comments:
Post a Comment