Pilihanraya Kecil DUN N.29 Batang Ai, Sarawak

EXCLUSIVE : CONFESSIONS OF FORMER PAKATAN RAKYAT EXCO

Monday, April 6, 2009

BN parti untuk semua: Jabu

Barisan Nasional (BN) sentiasa membuka pintu kepada pemimpin dan ahli parti pembangkang yang ingin menyertai parti-parti komponennya.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu berkata, keterbukaan itu membuktikan BN merupakan parti untuk semua.

“Kita amat mengalu-alukan mereka (ahli parti pembangkang) menyertai BN. Ini menunjukkan mereka sedar tentang perjuangan mereka yang sia-sia selama ini (ketika menyertai parti pembangkang),” katanya ketika diminta mengulas mengenai empat pemimpin PKR Bahagian Julau keluar parti.

Jabu mengiringi Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar yang menyampaikan sijil kelahiran lewat kepada 38 penerima di Rumah Johnson Tamper di Kaong Ili, dekat sini semalam.

Jabu yang juga Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata lagi, penyertaan kumpulan berkenaan menyerlahkan lagi keretakan dalam Pakatan Rakyat (PR).

Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata bukan setakat ahli PKR di Sarawak sahaja yang keluar parti tetapi ketua PKR Jerai turut bertindak demikian baru-baru ini.

Sambil memberitahu Batang Ai merupakan kubu kuat BN beliau berkata, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu akan terus dimiliki BN.

Selasa ini, calon BN Malcolm Mussen Lamoh dan calon PKR Jawah Gerang akan mengetahui siapakah antara mereka yang dipilih sebagai wakil rakyat oleh para pengundi di sini.

Jabu berkata lagi, kempen dan majlis yang diadakan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Lubok Antu gagal menarik perhatian masyarakat.

Empat hari lepas katanya, penduduk di Pudai enggan mendengar ceramah Anwar dan disusuli penduduk di Nanga Kesit dan Lubok Subong.

“Dengan petunjuk itu Anwar seharusnya sedar dan tahu bahawa penduduk di sini setia dengan BN dan enggan bersekongkol dengan PKR,” katanya.

Borneo Post

No comments:

Post a Comment