Pilihanraya Kecil DUN N.29 Batang Ai, Sarawak

EXCLUSIVE : CONFESSIONS OF FORMER PAKATAN RAKYAT EXCO

Friday, April 3, 2009

Perkembangan terbaru gegaskan Anwar ke Batang Ai

LUBOK ANTU, Sarawak - Pemimpin de-facto PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim datang tergesa-gesa ke kawasan pilihan raya kecil Batang Ai semalam. Beliau mahu berceramah di Lubok Antu tapi tidak diberikan permit, lalu pada malamnya berucap di Kampung Kutai, berhampiran pekan ini.

Anwar tidak hadir pada hari penamaan calon. Dia hanya mewakilkan Menteri Besar Selangor, Tan SriKhalid Ibrahim yang juga Naib Presiden PKR. Ketiadaan Anwar menimbulkan tanda tanya sama ada beliau benar-benar serius mahukan PKR kukuh di Sarawak.Tapi Anwar bergegas datang ke Sarawak bukan sekadar kerana isu ketiadaannya pada hari penamaan calon. Faktor yang lebih besar ialah peluang PKR yang pada mulanya diberikan gambaran sebagai cerah untuk menang di Batang Ai, kini mulai goyah.

Peluang ini kelihatan goyah setelah sebahagian besar daripada 16 ahli Jawatankuasa Pusat SNAP (Parti Kebangsaan Sarawak) berikrar menyokong BN dan calonnya Malsolm Mussen Jawah. Mereka ialah Timbalan Presiden, Ting Ling Kiew dan 12 lagi ahli jawatankuasa tersebut.Kelmarin Ting dan wakil-wakil kumpulan tersebut menemui Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya untuk menyuarakan sokongan kepada BN.

Perpecahan berlaku dalam SNAP ekoran perebutan kuasa dan akhirnya parti itu dibubarkan oleh Pendaftar Pertubuhan. SNAP telah mengemukakan tuntutan di mahkamah supaya pmbubaran itu dibatalkan dan kes berkenaan menunggu perbicaraan.SNAP sebelum Ting dan kumpulannya berikrar menyokong BN, secara terbuka menyokong PKR.

Berikutan pengisytiharan Ting, kini hanya tinggal Presidennya Edwin Dundang bersama Setiausaha dan Bendahari parti yang menyokong PKR di peringkat pucuk pimpanan parti.Satu lagi perkembangan yang dilihat memberikan tamparan kepada PKR ialah keputusan tiga orang

Tuai (Ketua) rumah-rumah panjang mengisytiharkan mereka tidak lagi menyokong calon PKR, Jawah Gerang kerana beliau tidak lagi berada dalam BN.Tuai mempunyai pengaruh ke atas penduduk rumah panjang yang mereka ketuai.

Dengan semakin hampir hari mengundi pada 7 April, persaingan untuk mendapatkan sokongan seberapa banyak Tuai menjadi satu faktor penting dalam pilihan raya kecil Batang Ai.Kira-kira 95% daripada 8,006, pengundi Batang Ai adalah orang Iban yang menduduki 280 rumah panjang. – malaysiaakif.com

No comments:

Post a Comment