Pilihanraya Kecil DUN N.29 Batang Ai, Sarawak

EXCLUSIVE : CONFESSIONS OF FORMER PAKATAN RAKYAT EXCO

Wednesday, April 1, 2009

Calon BN yakin yang beliau mampu membawa pembangunan ke kawasannya

LUBOK ANTU:- Pengalaman sebagai pegawai kerajaan dua dekad lamanya membolehkan Malcolm Mussen Lamoh, calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Batang Ai menguruskan projek-projek pembangunan utama di kawasannya.

“Saya mempunyai pengalaman 25 tahun sebagai pegawai kerajaan dan saya juga sudah biasa mengendalikan projek-projek besar.

“Saya yakin yang saya mampu membawa pembangunan ke Batang Ai sekiranya saya terpilih sebagai ADUN Batang Ai.

Beliau sekali lagi menegaskan bahawa hanya kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mampu membawa pembangunan kepada penduduk di sini, dan sekiranya para pengundi memberikan mandat kepadanya, sudah pasti dia akan menyuarakan setiap permintaan rakyat kepada kerajaan bagi memastikan kesinambungan pembangunan di situ.
Sumber: The Borneo Post, 1 April 2009

No comments:

Post a Comment