Pilihanraya Kecil DUN N.29 Batang Ai, Sarawak

EXCLUSIVE : CONFESSIONS OF FORMER PAKATAN RAKYAT EXCO

Saturday, April 4, 2009

Pembangkang Hanya Berminat Untuk Rampas Kuasa

Parti-parti pembangkang mahu mempergunakan tiga pilihan raya kecil untuk mencari tapak bagi menjejaskan sistem pemerintahan negara tanpa mempedulikan kesan jangka panjang terhadap kesejahteraan negara, kata pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Sarawak Fadillah Yusof hari ini.

Pembangkang, dakwanya, jelas mahu sistem itu runtuh untuk meningkatkan peluang mereka untuk merampas kuasa daripada kerajaan BN."Mereka telah menyerang sistem kehakiman, polis dan pastinya kerajaan dan mereka juga cuba menyerang perlembagaan monarki. Sebaik sahaja sistem itu runtuh, akan memudahkan mereka untuk berkuasa.

Apa yang mereka pentingkan hanyalah kuasa," katanya kepada Bernama.Fadillah, yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, berkata tindakan mereka untuk mengugat kestabilan politik boleh menjejaskan prestasi ekonomi negara dan menyebabkan rakyat menderita dan negara perlu mengambil masa 10 tahun atau lebih untuk keluar daripada kemelut seumpama itu.

Fadillah, yang juga Ketua Pemuda Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), berkata parti-parti pembangkang yang berpangkalan di Semenanjung Malaysia telah menunjukkan kecenderungan untuk memainkan isu sentimen perkauman dan Sarawak tidak dapat menerima sentimen sedemikian.Beliau berkata bagi pilihan raya kecil Batang Ai, mereka memainkan isu tanah dengan menuduh Barisan Nasional merampas tanah adat (NCR) rakyat dan tiada siapa dapat membuktikan tuduhan itu.

Walaupun kerajaan negeri telah memberikan peluang kepada mereka yang mendakwa tanah NCR mereka telah dirampas untuk memberikan buktinya, tiada siapa yang tampil setakat ini, katanya."Ini (dakwaan tidak berasas) akan berterusan dan mereka akan cuba perkara lain pula, yang dapat dilihat atau tidak dapat dilihat, (untuk memenangi sokongan rakyat) semasa kempen (pilihan raya kecil) ini," katanya.Pilihan raya kecil Batang Ai pada Selasa ini akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN, Malcolm Mussen Lamoh dan Jawah Gerang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment