Pilihanraya Kecil DUN N.29 Batang Ai, Sarawak

EXCLUSIVE : CONFESSIONS OF FORMER PAKATAN RAKYAT EXCO

Thursday, April 2, 2009

CALON PEMBANGKANG TIDAK DAPAT BERI PROJEK, KATA BILLY

LUBOK ANTU (April 2) - Ahli Parlimen Ulu Rajang, Datuk Billy Abit Joo berkata para pengundi di kawasan pilihanraya Batang Ai mestilah bijak mengundi pada 7 April ini kerana sebarang kemenangan kepada parti pembangkang tidak akan membawa apa-apa makna kepada mereka.


“Walaupun jika calon pembangkang menang sekarang ini pun, mereka masih tidak dapat menubuhkan kerajaan dan BN akan masih kekal menjadi kerajaan kita di negeri dan negara ini ” kata beliau,

Billy menambah, walaupun pada pilihanraya umum yang ke-12 pihak parti
pembangkang telah menunjukkan sedikit kemajuan, namun akhir – akhir ini kedudukan mereka menjadi goyah.

“Misalnya, sebuah negeri yang mereka menangi sudah kembali semula kepada BN dan para pemimpin mereka sendiri pun selalu bertelagah,” katanya. pada majlis dialog yang di adakan di Rumah Regie (Rh. Tugang) Ng. Uyau, dekat sini malam ini.
Billy memberitahu, baru – baru ini, Karpal Singh dan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersefahaman mengenai beberapa isu yang menunjukkan bahawa tiada persefahaman antara mereka.

Kalaulah begini gambarannya, jadi macamanakah mereka mahu memimpin rakyat?, tanya Billy .
Ahli parlimen itu berkata dalam mana-mana politik, parti yang berkuasalah yang memegang kerajaan seperti apa yang dijalankan oleh BN sekarang lah dan BNlah yang mampu memberi projek untuk membantu rakyat.

Billy juga memaklumkan bahawa beliau akan berbincang dengan ahli parlimen mereka, William Nyallau Badak tentang masalah jalan di rumah mereka itu.

Kata beliau, dahulu semasa Jawah Gerang berada dalam BN, dia memang ada memberi projek kepada penduduk – penduduk rumah panjang,

Jawah ada memberi projek seperti jalan simen untuk penduduk rumah panjang, tetapi sekarang, beliau sudah menaiki perahu lain, maka Jawah tidak mampu lagi untuk memberi projek kepada rakyat, kata Billy.

Turut hadir dan berucap di majlis yang sama ialah ADUN Engkili, Dr Johnical Rayong. Dalam ucapannya, beliau menyeru rakyat di Batang Ai untuk menggunakan hak mereka sebagai pengundi dengan sebaik – baik nya pada hari mengundi nanti untuk menentukan masa depan yang lebih cerah

No comments:

Post a Comment