Pilihanraya Kecil DUN N.29 Batang Ai, Sarawak

EXCLUSIVE : CONFESSIONS OF FORMER PAKATAN RAKYAT EXCO

Monday, April 6, 2009

BN dijangka menang di Batang Ai

BASHIR AHMAD
6 April 2009

LUBOK ANTU, Sarawak - Jika judi pertaruhan masyarakat Cina boleh dijadikan bayangan keputusan pilihan raya kecil Batang Ai esok, BN akan menang.

Sindiket judi menawarkan kelebihan kepada BN dengan majoriti 500 undi. Ertinya, jika seseorang mahu bertaruh BN yang akan menang, dia hanya boleh menang pertaruhan jika BN memperoleh majoriti 501 undi ke atas. Sekiranya keputusan majoriti BN adalah 500 ke bawah, maka dia akan hilang wang pertaruhan.

Tolak ke tepi unjuran pertaruhan, kalangan petugas media daripada beberapa akhbar yang bertugas di sini juga menjangka calon BN, Malcolm Mussen Jamoh, 45, akan menewaskan calon PKR, Jawah Gerang, 55 dalam pertandingan yang akan ditentukan oleh 8,006 pengundi yang 95% daripada mereka adalah orang Iban.

Pilihan raya kecil ini diadakan berikutan kematian wakil BN, Datuk Dublin Unting Ingkot yang menewaskan calon SNAP (Sarawak National Party), Nicholas Bawin Anggat dalam pilihan raya negeri 2006 dengan majoriti 806 undi.Bawin kemudian menyertai PKR dan dipilih menjadi Ketua Bahagian Lubok Antu, tetapi Anwar Ibrahim tidak memilihnya untuk bertanding sekali lagi walaupun pada awalnya ramai yang menjangka beliau paling layak.

PKR menerima paluan psikologi pada saat-saat terakhir apabila Ketua Bahagian Julau, Dr. Ambrose Lambang Jamba mengisytiharkan keluar daripada parti itu yang disertainya dua tahun lalu. Turut keluar bersamanya ialah timbalannya Wong Kee Kai, setiausaha bahagian, Kajang Unan dan seorang ahli jawantakuasa bahagian, Kundi Untung.

Ketika mengumumkan tindakan mereka di bilik gerakan BN di Lubok Antu, Labang yang pernah menjadi pegawai daerah berkata mereka sudah hilang keyakinan terhadap keupayaan parti dari Semenanjung itu untuk membawa pembangunan di Sarawak.

Beberapa hari lalu, PKR juga dikejutkan dengan tindakan Timbalan Presiden SNAP, Ting Ling Kiew bersama 12 ahli jawatankuasa parti itu mengisytiharkan sokongan kepada BN. SNAP adalah rakan politik PKR di Sarawak.

Jentera BN memperhebatkan kempen pada hari-hari terakhir. Semalam Ketua Menteri Sararawak, Tan Sri Taib Mahmud turut datang ke Lubok Antu. - malaysiaaktif.com

No comments:

Post a Comment