Pilihanraya Kecil DUN N.29 Batang Ai, Sarawak

EXCLUSIVE : CONFESSIONS OF FORMER PAKATAN RAKYAT EXCO

Sunday, April 5, 2009

BIDAS PEMBANGKANG

LUBOK ANTU 4 April - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal membidas pembangkang kerana asyik berpolitik setiap hari tetapi tidak mengetahui cara untuk mengurus atau mentadbir sesebuah kerajaan.

Beliau berkata, banyak contoh yang boleh dilihat mengenai kepincangan pentadbiran serta pengurusan negeri yang ditadbir oleh pakatan pembangkang sejak menguasai lima negeri selepas pilihan raya umum tahun lalu.

Beliau yang juga Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan menegaskan, pakatan pembangkang yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP juga kerap bertelagah sesama sendiri.

"Pembangkang hanya tahu berpolitik setiap hari tetapi tidak mampu melaksanakan pentadbiran, contohnya, bekas Menteri Besar Perak terpaksa bersidang di bawah pokok bersama Exco-Exconya.

"Bagaimana parti sebegini boleh mentadbir negara apatah lagi untuk membela nasib rakyat dan mereka ini seolah-olah cakap depan lain, buat kerja belakang lain," katanya.
Beliau berucap pada Majlis Semarak Bersama Pemimpin (Program Segulai Sejalai) di Rumah Panjang Endawie Janting, Nanga Jela dekat sini hari ini.

Mohd. Shafie berkata, hanya kerajaan yang mampu mengubah kehidupan rakyat ke arah lebih baik dengan melaksanakan pembangunan berbanding pembangkang yang tidak mempunyai kemampuan dan pengalaman.

"Jika mereka tidak mampu mengubah kawasan pentadbirannya untuk menjadi lebih baik, bagaimana mereka mempunyai cara untuk membangunkan kawasan luar bandar seperti Batang Air di Lubok Antu ini?'' ujarnya.

Katanya, ia berbeza dengan Barisan Nasional (BN) kerana kerajaan telah mempunyai pengalaman dalam membangunkan negara ini sejak kemerdekaan lagi.

''Malah Anwar (Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim) sendiri menikmati pembangunan di samping memperoleh pendidikan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan, pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Air adalah penting kepada penduduk di kawasan berkenaan untuk menentukan masa depan anak-anak mereka.

Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment