Pilihanraya Kecil DUN N.29 Batang Ai, Sarawak

EXCLUSIVE : CONFESSIONS OF FORMER PAKATAN RAKYAT EXCO

Thursday, April 2, 2009

SNAP MENYOKONG BN?

Berita panas disekitar pekan Lubok Antu kini tertumpu kepada apakah SNAP akan menyokong BN dalam pilihan raya kecil Batang Ai pada 7 April ini. Setelah beberapa orang tuai rumah yang dulunya penyokong kuat Jawah mengisytiharkan menyokong BN dan berikrar akan memberi undi kepada Mussen, kini ramai ahli dan penyokong SNAP juga telah tampil untuk menyatakan sokongan kepada BN.

Terbaru, tersebar berita menyatakan Ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat Parti Kebangsaan Sarawak yang terdiri dari Timbalan Presiden Parti, Encik Ting Ling Kiew dan Naib Presiden Kanan Parti, Kebing Wan telah menemui Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyampaikan hasrat dan harapan ahli-ahli SNAP kepada bakal perdana menteri dan memberikan jaminan yang SNAP akan tetap menyokong BN pada pilihan raya kecil Batang Ai nanti.

Maklumat yang diterima di peringkat akar umbi menyatakan, ini memang ditunggu-tunggu oleh sebahagian besar ahli-ahli SNAP diseluruh Sarawak. Walaupun dalam pilihanraya umum yang lalu SNAP meletakkan calonnya menentang BN, tapi ini tidak beerti mereka membenci BN. Hanya suasana politik semasa yang menyebabkan mereka bertindak begitu. Tetapi setelah berada di ‘luar’ BN buat sementara, barulah mereka mengerti erti persahabatan dalam komponen BN yang sukar dicari ganti.

Berada dalam komponen BN beerti mereka bersama-sama berkongsi perjuangan untuk rakyat Sarawak. Tetapi pengalaman mereka bersama PKR menyaksikan agenda PKR hanya tertumpu untuk memenuhi keinginan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sahaja. Perjuangan untuk menaikkan seorang individu yang bercita-cita tinggi ini bukan menjadi keutamaan SNAP. SNAP mahu memperjuangan kepada rakyat keseluruhan seperti yang dilaksanakan dalam BN. Lagipun janji-janji Anwar hanya kosong kerana di kawasan Permatang Pauh pun tak terbela dan tiada pembangunan yang diharap. Tak usah mengharap janji Anwar yang banyak berbohong kepada rakyat seperti janji 16 September 2008.

Lagipun, selama ini PKR jarang menemui penduduk di Batang Ai kecuali masa berlakunya pilihanraya barulah mahu bertemu rakyat. Apatah lagi menghulur bantuan dan membawa pembangunan. Berapa sekolahkah atau tadika yang dibina oleh PKR? Berapa enjin bot yang disalur kepada penduduk tempatan? Berapa banyak peluang ekonomi yang disediakan oleh PKR kepada penduduk tempatan?

Nampaknya penyokong SNAP sudah menyedari kesilapan mereka yang lalu yang telah memberi mengundi kepada pembangkang. Kali ini mereka sudah bertekad untuk memberi undi sepenuhnya kepada calon BN Mussen Lamoh demi meneruskan perjuangan untuk membawa pembangunan di kawasan Batang Ai.

No comments:

Post a Comment