Pilihanraya Kecil DUN N.29 Batang Ai, Sarawak

EXCLUSIVE : CONFESSIONS OF FORMER PAKATAN RAKYAT EXCO

Sunday, April 5, 2009

Projek Pembangunan Bernilai RM80 Juta Di Lubok Antu

Kerajaan telah melaksanakan projek pembangunan bernilai lebih RM80 juta di Lubok Antu, kata Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.Sesetengah daripada projek itu akan siap tidak lama lagi manakala yang lain dijangka siap dalam tempoh dua tahun lagi, katanya sebelum majlis pecah tanah bangunan Pusat Giat Mara di sini hari ini, yang dijangka menelan kos RM10 juta.

Beliau berkata antara projek pembangunan itu ialah kompleks polis yang baru bernilai RM40 juta dan pembinaan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) bernilai RM11.7 juta yang kini giat dijalankan, dan dijangka siap Februari 2010.

"Kerajaan kini menurap jalan lingkaran Skim Penempatan Semula Batang Ai dengan kos antara RM10 juta hingga RM12 juta yang sepatutnya siap sebelum Jun tahun ini."Jalan Lubok Antu/Nanga Bulo akan mendapat RM13.2 juta untuk tujuan yang sama manakala RM10 juta telah diperuntukkan bagi menaiktaraf Jalan Lubok Antu/Nanga Kesit," katanya.Taib turut mengumumkan peruntukan tabung khas RM1.5 juta dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk kerja membaik pulih kira-kira 150 rumah panjang di kawasan Batang Ai.

Beliau berkata semua projek dan geran itu menunjukkan kerajaan Barisan Nasional tidak mengabaikan pembangunan di Lubok Antu dan Batang Ai serta kawasan pedalamannya.Bercakap pada sidang akhbar selepas itu, beliau berkata adalah penting untuk kerajaan memenangi pilihan raya kecil Batang Ai bagi membolehkannya terus berkhidmat kepada rakyat.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment