Pilihanraya Kecil DUN N.29 Batang Ai, Sarawak

EXCLUSIVE : CONFESSIONS OF FORMER PAKATAN RAKYAT EXCO

Saturday, April 4, 2009

Sarawak terus perluas bekalan elektrik di Batang Air

Kerajaan Negeri Sarawak mempunyai pelan jangka panjang bagi menggunakan elektrik dari kuasa solar bagi penempatan di sekitar Batang Air yang tidak dapat dihubungkan dengan grid elektrik utama negeri, kata Menteri Kemudahan Awam Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di sini, hari ini.

Beliau berkata, rancangan itu yang juga adalah sebahagian daripada Skim Pemasangan Tenaga Elektrik di Luar Bandar Sarawak (RES) akan ditumpukan di kawasan yang sukar untuk dipasang talian elektrik berikutan kedudukan topografinya.

"Kita tidak boleh membawa (talian utama) elektrik (dari hidro-elektrik Batang Air) begitu sahaja (bagi disambungkan dengan semua kawasan penempatan semula) memandangkan bencana boleh berlaku dengan adanya elektrik bervoltaj tinggi," katanya selepas perjumpaan dengan penduduk Kampung Melayu Lubok Antu, satu-satunya perkampungan Melayu di kawasan Batang Air.

Beliau membuat kenyataan itu bagi menjawab soalan sama ada ketiadaan bekalan aelektrik di beberapa rumah panjang di Batang Air boleh mengurangkan peluang Barisan Nasional (BN) untuk memenangi pilihan raya kecil itu. BN meletakkan calon muka baru, Malcolm Mussen Lamoh bagi menghadapi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Jawah Gerang dalam pilihan raya kecil itu yang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dublin Unting Ingkot, pada 24 Februari lalu.

Awang Tengah berkata, kontrak bernilai kira-kira RM3 juta dikeluarkan bagi membekalkan elektrik kepada beberapa rumah panjang di Batang Air melalui skim RES itu.


"Kami akan terus melakukan yang terbaik (bagi menyediakan bekalan elektrik bagi kawasan penempatan di luar bandar) supaya dapat meliputi kawasan yang lebih luas," katanya. Mengenai pengundi Melayu di Batang Air, Awang Tengah yang juga Naib Presiden kanan Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), percaya masyarakat minoriti di kawasan itu akan terus memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepada BN dalam pilihan raya kecil ini.

"Saya merasa begitu bangga kerana mereka sudah menunjukkan komitmen mereka untuk memberi sokongan kepada Barisan Nasional walaupun jumlah mereka sedikit. Dari segi tradisinya, mereka adalah penyokong kuat Barisan Nasional dan saya yakin mereka akan meneruskan tradisi ini," katanya.

- Bernama

No comments:

Post a Comment