Pilihanraya Kecil DUN N.29 Batang Ai, Sarawak

EXCLUSIVE : CONFESSIONS OF FORMER PAKATAN RAKYAT EXCO

Friday, April 3, 2009

SPR Sedia Hadapi Sebarang Kemungkinan Di Batang Ai

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersedia menghadapi sebarang kemungkinan untuk sampai ke kawasan jauh di pedalaman semasa hari pengundian pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Batang Ai pada Selasa ini, kata Pengarah Pilihan Raya negeri Takun Sunggah hari ini.

Beliau berkata seramai 201 petugas pilihan raya akan ditugaskan di 25 pusat-pusat pengundian di seluruh kawasan yang berkeluasan 1,341km persegi sekurang-kurangnya sehari sebelum hari mengundi bagi memastikan kelancaran perjalanan pilihan raya kerana beberapa kawasan tertentu hanya boleh ditujui dengan pengangkutan sungai.

"Kami juga mendapatkan sebuah helikopter untuk sedia menunggu jika kesemua 20 bot yang digunakan untuk mengangkut peti-peti undi terkandas kerana air surut dan cuaca panas," katanya kepada Bernama selepas menyelia persiapan bagi pengagihan 43 kertas undi pos di pejabat daerah Lubok Antu.

Beliau menasihatkan 7,963 pengundi di Batang Ai supaya keluar awal untuk mengundi kerana terdapat beberapa pusat pengundian, khususnya di kawasan pedalaman seperti Engkari, ditutup pada pukul 11.30 pagi.

Undi pos mesti dikembalikan kepada SPR sebelum pukul 5 petang.

Takun berkata setakat ini SPR tidak menerima sebarang laporan mengenai kesalahan-kesalahan serius dalam pilihan raya yang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional Malcolm Mussen Lamoh dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Jawah Gerang.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Dublin Unting Ingkot, yang juga Menteri Muda Pertanian dan Sukan pada 24 Feb akibat serangan angin ahmar.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment