Pilihanraya Kecil DUN N.29 Batang Ai, Sarawak

EXCLUSIVE : CONFESSIONS OF FORMER PAKATAN RAKYAT EXCO

Monday, April 6, 2009

PENDUDUK SABAH, SARAWAK BERPELUANG

Bernard Dompok sempat bersalaman dengan penghuni Rumah Saong, Serubah Ulu.

LUBOK ANTU, Isnin: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Dompok berkata pencari pekerjaan di sektor awam dari Sabah dan Sarawak akan berpeluang untuk dilantik mengisi jawatan anggota pentadbiran di pelbagai jabatan persekutuan.


Selain itu, pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari dua negeri tersebut juga akan diberikan pengagihan bilangan tempat untuk biasiswa kerajaan persekutuan sebanyak 10% untuk membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke luar negara.


Dompok berkata demikian pada Majlis Mesra Rakyat ajuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (KEMAS) Sarawak di Rumah Saong, Serubah Ulu di sini hari ini.


Bernard Dompok (kanan sekali) sedang melihat hasil kraftangan yang dihasilkan penghuni rumah panjang Serubah Ulu sambil diiringi oleh Salang Gandum (kiri) , Billy Abit (Dua dari kiri) dan juga John Sikie (Sedikit terlindung).

’Bilangan pegawai yang dilantik ke jabatan persekutuan akan berasaskan bilangan suku kaum di Malaysia dan pemberian kuota khas sebanyak 5% masing-masing kepada pelajar cemerlang lepasan SPM dari Sabah dan Sarawak akan menjadikan negara ini benar-benar satu Malaysia’, tegas beliau.

Dompok turut mengingatkan agar para pengundi di Batang Ai terus menyokong calon BN pada 7 April ini kerana kerajaan sedia ada tetap akan terus berkuasa walaupun pembangkang menang.

’Adalah senang untuk menjadi pembangkang kerana kita hanya mengeluarkan kenyataan untuk menentang kerajaan kepada rakyat. Tetapi jangan lupa yang sekarang hanyalah pilihan raya kecil dan ianya tidak akan mengubah kerajaan sedia ada,’ kata beliau lagi.


Berucap sama di majlis tersebut ialah Datuk Joseph Salang Gandum, Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Ahli Parlimen Hulu Rejang, Datuk Billy Abit Joo dan ADUN Balai Ringin, Snowdan Lawan.Turut hadir di majlis tersebut ialah ADUN Kakus, John Sikie Tayai dan wakil Pengarah KEMAS Sarawak, Asrol Philip.

PKR Julau ranap

LUBOK ANTU:- Pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kawasan Julau ranap ekoran perletakan jawatan pengerusinya, Dr Ambrose Labang Jamba dan tiga ahli jawatankuasa parti itu.

Kecewa dengan ketidakupayaan parti pembangkang yang berpusat di Semenanjung Malaysia membawa pembangunan kepada penduduk luar bandar Sarawak, maka itu mereka memutuskan untuk menyokong calon Barisan Nasional (BN) pilihan raya kecil Batang Ai.

Labang, 56 tahun, timbalannya Wong Kee Kai, setiausaha parti Kajang Unan dan ahli jawatankuasa Kundi Untung mengumumkan perletakan jawatan mereka dari PKR di hadapan Datuk Joseph Salang Gandum bertempat di Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) di sini.

Labang memberitahu wartawan yang mereka telah pun memutuskan untuk meninggalkan PKR kerana parti itu tidak mungkin dapat menjalankan program-program pembangunan atau membantu rakyat, terutamanya di kawasan luar bandar.
Sumber: The Borneo Post, 6 April 2009

Tindakan menyeberang parti memberikan peluang cerah kepada parti BN

LUBOK ANTU:- Pucuk pimpinan Parti Barisan Nasional (BN) melihat perubahan hati bekas-bekas ahli PKR sebagai petunjuk positf pada pilihan raya kecil Batang Ai kali ini.

YAB Ketua Menteri, Pehin Sri Taib Mahmud menganggap tindakan Dr Ambrose Labang Jamba dan orang-orangnya sebagai satu tindakan mulia kerana mereka akhirnya menyedari bahawa propaganda PKR tidak bersesuaian dengan perjuangan politik mereka sendiri.

Taib, yang juga pengerusi BN Negeri, menegaskan yang bekas ahli-ahli PKR ini telah sedar bahawa hanya parti komponen yang mampu membawa perubahan ke Batang Ai.
Sumber; The Borneo Post, 6 April 2009

Berhentilah mempolitikkan isu tanah, tegas Taib

LUBOK ANTU:- Sudah sampai masanya untuk kita berhenti mempolitikkan isu tanah dan sebaliknya berikan perhatian kepada penggunaannya bagi memperolehi pendapatan untuk kesenangan semua pihak, tegas Pehin Sri Taib semalam.

Tegas beliau, kekerapan mempolitikkan isu-isu tanah telah memalapkan usaha-usaha kerajaan untuk mempertingkatkan taraf kehidupan penduduk terutamanya masyarakat luar bandar.

“Tanah tidak akan menghasilkan apa-apa pendapatan sekiranya ia hanya digunakan sebagai isu-isu politik,” beritahu beliau kepada wartawan selepas majlis pecah tanah tapak pembinaan Pusat Giat Mara sebagai salah satu kempen kemuncak BN bagi menghadapi pilihan raya kecil Batang Ai.

“Tanah telah sekian lama dijadikan isu politik. Sejak bertahun lamanya terdapat banyak tanah kosong di sini tetapi malangnya ia tidak mengeluarkan banyak hasil. Adalah lebih baik kiranya penduduk di sini bersama-sama menyertai skim pembangunan tanah,” tegas Taib, yang juga Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber.
Sumber: The Borneo Post, 6 April 2009

Saya bukannya ’pak turut’, tegas calon Barisan Nasional (BN)

LUBOK ANTU:- Calon Barisan Nasional (BN) Malcolm Mussen Lamoh menegaskan yang beliau tak sabar-sabar untuk membuktikan bahawa tuduhan yang dilemparkan oleh pengkritiknya terhadap beliau adalah salah belaka sekiranya beliau memenangi Pilihan Raya Kecil Batang Ai, 7 April ini.

Beliau menegaskan, beliau akan membuktikan kepada semua pihak bahawa beliau bukannya seorang ‘pak turut’ sepertimana anggapan kebanyakan pengkritik terhadapnya.

“Saya bukannya ‘pak turut’. Saya seorang yang terlatih secara teknikal dan mempunyai pemikiran saya sendiri.” kata beliau kepada wartawan semasa majlis pecah tanah projek Pusat Giat Mara di sini yang disempurnakan oleh YAB Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Taib Mahmud.
Sumber: The Borneo Post, 6 April 2009

Para pengundi diminta agar tidak mempercayai isikandungan risalah, cakera padat (CD)

LUBOK ANTU:- Para pengundi Lubok Antu dinasihati agar tidak terpengaruh dengan isi kandungan risalah, cakera padat yang mengandungi elemen-elemen negatif.

Menurut Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, kandungan risalah-risalah dan cakera padat ini, antara lainnya menegaskan para pengundi tidak perlu membawa kad pengenalan bersama-sama mereka ketika hendak membuang undi.

Risalah dan cakera padat itu juga memberitahu kerajaan telah bertindak mengusir penduduk Rumah Nyawin di Bintulu.

Menurut Datuk Amar Awang Tengah, kandungan berkenaan adalah pembohongan semata-mata yang disebarkan oleh sesetengah pihak bertujuan untuk mencemarkan nama baik kerajaan dan mengelirukan rakyat.
Sumber: The Borneo Post, 6 April 2009

Masing mempersoalkan laporan interim MAFREL

LUBOK ANTU:- Pasukan pemerhati Malaysians For Free and Fair Elections (MAFREL) dipersoalkan kerana tidak bersikap adil dalam laporan pemerhatian pilihan raya kecil Batang Ai.

Ianya kerana laporan interim baru-baru ini hanya meliputi salah laku pihak Barisan Nasional (BN) dan bukannya pihak pembangkang.

Menurut Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Dato Sri Dr.James Masing menegaskan MAFREL sepatutnya melaporkan insiden di mana pihak pembangkang bertindak mengoyak dan merosakkan bendera BN.

Menurut beliau lagi, salah satu papan iklan BN yang terletak di simpang jalan menuju ke Empangan Hidro Batang Ai telah dirosakkan dan laporan polis telah pun dibuat berhubung kejadian ini.
Sumber:The Borneo Pt, 6 April 2009

Tiada pengundi hantu di Batang Ai, yang ada cuma mereka yang telah meninggal dunia, kata Syed Hamid

LUBOK ANTU:- Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamdi Albar menafikan sekeras kerasnya kewujudan pengundi hantu dalam daftar pemilih bagi pilihan raya kecil Batang Ai.

Menurut beliau kewujudan nama-nama para pengundi yang telah meninggal dunia ini dalam daftar pemilih adalah kerana senarai berkenaan tidak dikemaskini oleh pihak yang berkenaan, dan bukan kerana ianya disediakan oleh pihak Barisan Nasional (BN) untuk tujuan memenangi pilihan raya.

“Janganlah percaya cerita mengenai pengundi hantu ini. Kami dalam Barisan Nasional (BN) tidak perlu mewujudkan pengundi hantu untuk memenangi pilihan raya.

“Kami menang pilihanraya adalah kerana majoriti penduduk di sini menyokong kami (BN). Mereka (para pengundi) tahu yang kami patut menang kerana kami mesra rakyat, sedia mendengar rintihan dan keluhan mereka dan berupaya melaksanakan projek-projek pembangunan,” kata beliau kepada wartawan di Rh. Kaong Ili, di sini semalam.
Sumber: The Borneo Post, 6 April 2009

Undi BN untuk mendapatkan pembangunan

Batang Ai, 05hb:- Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) cawangan Julau, Ambrose Laban berkata PKR tetap tidak berbuat apa-apa sekiranya menang di kerusi Dewan Undangan Negeri Batang Ai pada pilihan raya kecil kali ini.

Tambah beliau, masyarakat Dayak dan Iban tidak harus mengundi parti pembangkang kerana masyarakat ini masih hidup dalam kemiskinan. Oleh itu,beliau menyeru mereka menyokong Barisan Nasional (BN) untuk mendapatkan lebih pembangunan dan memberi kehidupan yang baik kepada mereka.

Tegas Ambrose yang kecewa dan menyesal kerana menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Sumber: See Hua Daily News, 06 April 2009

Industri Pasu Iban Bakal Jana Pendapatan Penghuni Rumah Panjang

Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan akan membangunkan industri pembuatan "Nuan" atau pasu Iban di Rumah Panjang (Rh) Ngumbang di Nanga Sumpa di sini.

Menteri berkenaan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini menyampaikan peruntukan permulaan berjumlah RM46,000 untuk memulakan industri itu pada majlis penutup bengkel bimbingan teknikal pasu Iban yang diadakan di rumah panjang itu, satu penempatan agak terpencil di sini yang hanya dapat dihubungi melalui jalan sungai.

Peruntukan berkenaan sebahagian besarnya akan digunakan untuk membina sebuah bengkel seramik sementara sebahagian lagi untuk membangunkan kraf seramik.

Berucap dalam majlis itu, beliau berkata kementerian akan menyalurkan bantuan susulan termasuk membeli kraftangan yang dihasilkan oleh penduduk rumah panjang berkenaan untuk dipasarkan ke luar negeri.

Katanya projek itu merupakan inisiatif kementerian untuk memelihara warisan tradisi masyarakat Iban di samping menjadi satu lagi cara bagi penduduk Rh Ngumbang menjana pendapatan mereka.

Mohd Shafie berkata dalam usaha untuk mengekalkan warisan masyarakat Iban ini, golongan muda perlu dilatih untuk terus mengamalkan budaya dan menghasilkan produk-produk kraf yang melambangkan identiti bangsa mereka.

Katanya usaha kementerian adalah sejajar dengan hasrat kerajaan untuk memastikan tiada kaum diabaikan di negara ini.

Seramai 20 belia dari sekitar Nanga Sumpa menyertai bengkel sejak 3 April lepas yang bertujuan untuk memahirkan diri mereka dalam teknik pembuatan pasu Iban.

Seorang tokoh pembuat pasu Iban dari Batang Ai, Andah Lemang dilantik sebagai jurulatih bengkel berkenaan.

-- BERNAMA

Wakil Rakyat BN Bersuara Lebih Lantang Untuk Rakyat Sabah, S'wak - Dompok

Suara rakyat Sabah dan Sarawak akan kedengaran lebih jelas di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri masing-masing jika mereka terus memberi sokongan padu kepada wakil rakyat Barisan Nasional (BN), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Bernard Dompok.

Bagi kes pilihan raya kecil Batang Ai di sini esok, kata beliau ia adalah satu lagi peluang kepada rakyat Sarawak di kawasan itu untuk terus memberikan sokongan kepada BN dengan mengundi calon parti itu, Malcolm Mussen Lamoh.

Bercakap kepada pemberi Isnin selepas majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rh Sekalung, Serubah Ulu di Lemanak dekat sini, beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak amat mengambil berat akan harapan serta rungutan rakyat dari kedua-dua negeri.

"Saya telah menyatakan kepada beliau mengenai ketidakseimbangan ketara antara beberapa negeri maju di Semenanjung dan banyak kawasan di kedua-dua negeri Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak) yang masih jauh ketinggalan.

"Beliau (Najib) bersetuju bahawa ini adalah satu perkara yang beliau akan lihat dengan serius bagi merealisasikan wawasan Satu Malaysia," kata Dompok.

Beliau berkata wakil rakyat BN di Parlimen adalah lebih lantang, jauh melebihi pembangkang, bagi memberikan gambaran jelas mengenai masalah di kawasan masing-masing.

"Tidak perlu untuk rakyat bergantung kepada pembangkang. Maka, pengundi di Batang Ai hendaklah keluar beramai-ramai esok memberi sokongan kepada Mussen," katanya.

-- BERNAMA

Empat pemimpin PKR Julau keluar parti

Parti Ke- adilan Rakyat (PKR) mene-rima tamparan hebat sekali lagi menjelang pilihan raya kecil Batang Ai apabila empat pemimpin PKR Bahagian Julau semalam mengumumkan keluar parti.

Dipimpin Ketua Bahagian Dr Ambrose Labang Jamba, mereka berempat bertekad mengambil tindakan itu selepas menyedari PKR bukan berjuang secara ikhlas untuk rakyat.

“Mereka (pemimpin PKR) berkhidmat hanya untuk memenuhi agenda sendiri. PKR bukan untuk golongan Iban atau Dayak yang miskin terutama di luar bandar.

“PKR tidak mampu membawa pembangunan dan PKR tidak dapat membentuk kerajaan memandangkan para pemimpin amat bongkak dan tidak memiliki kredibiliti,” katanya ketika mengumumkan hasrat mereka di Bilik Operasi Barisan Nasional (BN) di sini, semalam.

Pada minggu lepas, satu puak dalam Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) diketuai Timbalan Presidennya, Ting Ling Kiew menyatakan soko-ngan kepada BN dalam pilihan raya kecil Batang Ai.

Puak berkenaan berpendapat sokongan terhadap PKR tidak memberi makna apa-apa terhadap perjuangan SNAP.

Tindakan Ambrose disertai Timbalan Ketua Bahagian PKR Julau Wong Kee Kai, Setiausaha Rajang Unau dan Ahli Jawatankuasa Kundi Untung.

Sambil berkata keputusan itu dibuat tanpa pengaruh sesiapa, beliau memberitahu pucuk pimpinan parti mengambil kira kedudukan kewangan seseorang sebelum dilantik sebagai ketua.

Malah, PKR yang tidak me-miliki kewangan kukuh cuma mampu meluahkan idea tetapi gagal dalam melaksanakan projek-projek pembangunan.

“PKR tidak boleh pergi jauh. Mereka tidak memiliki sumber dan para pemimpin tidak prihatin dengan para penyokong.

“Mereka ingin menang tetapi tidak dapat berbuat apa-apa,” jelas beliau.

Justeru, beliau merayu para pengundi di Batang Ai agar tidak memilih calon PKR.

Undi untuk calon BN katanya adalah bermakna memilih kepada pembangunan yang berterusan.

Ambrose yang berada dalam PKR sejak 2004 berkata borang peletakan jawatan seba-gai Ketua Bahagian diserah-kan dengan serta-merta.

Beliau pernah bertanding atas tiket PKR dalam pilihan raya umum 2008 tetapi tewas di tangan calon BN Datuk Joseph Salang Gandum.

Borneo Post

Tolak calon pembangkang

Ketua Men-teri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mengajak para pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai agar menolak calon pembangkang dalam pilihan raya pada 7 April ini.

Katanya, memilih pembangkang umpama menolak pembangunan meskipun pembangunan yang dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) me-makan masa untuk dinikmati.

“Selepas beberapa tahun (pemerintahan BN), tempat seperti Kota Samarahan, Mukah dan Betong membangun dengan pesat berbanding (Parlimen) Permatang Pauh.

“Pemimpin mereka (Datuk Seri Anwar Ibrahim) tidak mampu membawa pembangunan di kawasan parlimennya sendiri,” katanya kepada pemberita dalam majlis pecah tanah bagi tujuan pembinaan bangunan Pusat GiatMARA di sini, semalam.

Menurut beliau, kemenangan yang memihak kepada calon BN membolehkan pembangunan di kawasan yang berdekatan dengan sempadan Kalimantan, Indonesia itu dilaksana.

Katanya, kerajaan serius dalam mencapai kemenangan di Batang Ai kerana enggan menyaksikan rakyat di kawasan berkenaan terkeluar daripada arus pembangunan.

Malah beliau mengakui kemudahan seperti pembinaan hospital di Lubok Antu tidak dapat dilakukan pada masa sekarang kerana jumlah penduduk yang masih sedikit.

“Apa yang kita dapat lakukan buat masa sekarang ialah menambah baik perkhidmatan doktor udara dan klinik agar penduduk di sini menikmati khidmat kesihatan terbaik,” katanya.

Beliau turut membidas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mengamalkan ‘politik menuduh sembarangan.’

“Pembangunan di mana-mana kawasan tidak dapat dinilai hanya dengan kewujudan sekolah dan jalan raya.

“Tetapi penilaian pembangunan perlu merangkumi aspek pemikiran penduduk setempat,” ujarnya.

Pilihan raya kecil itu akan menentukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Ai berikutan kematian Datuk Dublin Unting Ingkot pada 24 Februari lepas.

Pertandingan satu lawan satu itu membabitkan calon BN Malcolm Mussen Lamoh dan calon PKR Jawah Gerang.

Mengenai konsep pembangunan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) yang diamalkan kerajaan, Taib berkata aset itu perlu dibangunkan dengan cara betul.

Tanah katanya hanya akan bernilai apabila mampu memberi pendapatan kepada pemiliknya dan caranya yang betul ialah menyertai skim penanaman kelapa sawit.

Beliau turut kesal dengan sikap sesetengah pihak yang mempolitikkan tanah NCR.

Menurut beliau, tanah sepatutnya digunakan untuk menjana pendapatan agar membawa manfaat kepada pemiliknya.

“Jika tanah dibangunkan sebagai aset berharga dan mampu memberi keuntungan dari aspek dunia moden, tanah itu akan lebih bermanfaat kepada masyarakat,” katanya.

Beliau kemudian mengadakan lawatan ke kawasan pembinaan jalan raya SPS Fasa II.

Borneo Post

BN parti untuk semua: Jabu

Barisan Nasional (BN) sentiasa membuka pintu kepada pemimpin dan ahli parti pembangkang yang ingin menyertai parti-parti komponennya.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu berkata, keterbukaan itu membuktikan BN merupakan parti untuk semua.

“Kita amat mengalu-alukan mereka (ahli parti pembangkang) menyertai BN. Ini menunjukkan mereka sedar tentang perjuangan mereka yang sia-sia selama ini (ketika menyertai parti pembangkang),” katanya ketika diminta mengulas mengenai empat pemimpin PKR Bahagian Julau keluar parti.

Jabu mengiringi Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar yang menyampaikan sijil kelahiran lewat kepada 38 penerima di Rumah Johnson Tamper di Kaong Ili, dekat sini semalam.

Jabu yang juga Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata lagi, penyertaan kumpulan berkenaan menyerlahkan lagi keretakan dalam Pakatan Rakyat (PR).

Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata bukan setakat ahli PKR di Sarawak sahaja yang keluar parti tetapi ketua PKR Jerai turut bertindak demikian baru-baru ini.

Sambil memberitahu Batang Ai merupakan kubu kuat BN beliau berkata, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu akan terus dimiliki BN.

Selasa ini, calon BN Malcolm Mussen Lamoh dan calon PKR Jawah Gerang akan mengetahui siapakah antara mereka yang dipilih sebagai wakil rakyat oleh para pengundi di sini.

Jabu berkata lagi, kempen dan majlis yang diadakan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Lubok Antu gagal menarik perhatian masyarakat.

Empat hari lepas katanya, penduduk di Pudai enggan mendengar ceramah Anwar dan disusuli penduduk di Nanga Kesit dan Lubok Subong.

“Dengan petunjuk itu Anwar seharusnya sedar dan tahu bahawa penduduk di sini setia dengan BN dan enggan bersekongkol dengan PKR,” katanya.

Borneo Post

Tindakan pemimpin PKR keluar parti tindakan mulia: KM

Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menyifatkan tindakan empat pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Julau yang keluar daripada parti semalam sebagai tindakan mulia.

Katanya, keputusan itu mungkin diambil selepas menyedari parti pembangkang tersebut tidak mempunyai hala tuju dan agenda yang jelas dalam memperjuangkan nasib rakyat.

“Bekas ahli PKR itu kini sedar hanya Barisan Nasional (BN) yang mampu membawa perubahan di semua kawasan, bukan sahaja Batang Ai.

“Perubahan fikiran mereka amat dialu-alukan oleh BN,” katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah Pusat GiatMARA Lubok Antu di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas mengenai tindakan kumpulan dipimpin Ketua Bahagian PKR Julau Dr Ambrose Labang Jamba, Timbalan Ketua Bahagian PKR Julau Wong Kee Kai, Setiausaha Rajang Unau dan Ahli Jawatankuasa Kundi Untung.

Mereka mengumumkan keputusan itu di bilik operasi BN di sini. Bagaimanapun mereka masih belum memilih parti komponen BN yang akan disertai kelak.

Sementara itu, Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Dato Sri Dr James Masing berkata beliau gembira apabila Ambrose dan rakan-rakannya mengambil langkah bijak.

“Dia sekarang sedar PKR tidak ada harapan dan gagal membawa pembangunan. Kami alu-alukan jika dia ingin sertai BN,” katanya.

Presiden Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) Dato Sri William Mawan Ikom berkata, pintu parti pimpinannya terbuka luas kepada Ambrose.

“Jika mereka berhajat untuk berbuat demikian (menyertai SPDP) kita alu-alukan,” ujar beliau.

Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, keputusan ahli-ahli PKR itu amat signifikan dengan kempen pilihan raya kecil Batang Ai menghampiri kemuncaknya.

“Budaya politik PKR ternyata ditolak oleh masyarakat Sarawak. Malah pemimpin bahagian PKR sendiri kini sedar dengan kesilapan masa lampau,” katanya sambil mengalu-alukan keputusan mereka.

Bagi Timbalan Presiden PRS Datuk Joseph Entulu Belaun berkata, kini sudah terbukti perjuangan PKR tidak mendapat tempat dalam arena politik Sarawak.

“PKR mungkin sesuai atau diterima di Semenanjung (Malaysia) tetapi gagal memberi kesan positif kepada penduduk Sarawak,” katanya.

Borneo Post

Hargai Jasa BN, Kata Ahmad Shabery

Penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai, yang akan mengundi pada pilihan raya kecil Selasa ini, harus menghargai jasa kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah memberi pelbagai pembangunan di kawasan mereka, kata Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Katanya penduduk di kawasan ini hendaklah bertanya sejauh mana pembangkang telah memenuhi permintaan mereka melainkan menimbulkan masalah perpecahan yang berterusan.

"Kita mesti menghargai tuai (ketua) kita. Siapa lagi yang kita rasa boleh harapkan untuk memperjuangkan nasib dan mendengar rintihan rakyat melainkan wakil rakyat yang datang dari BN," katanya pada majlis pemimpin bersama rakyat di Rumah Edwin Jawa Empaling di Panjai Ruai Ili dekat sini.

Kawasan Batang Ai yang mempunyai 8,006 pengundi, dengan 95 peratus terdiri daripada kaum Iban, menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Malcolm Mussen Lamoh dan calon PKR Jawah Gerang, yang juga bekas anggota BN Parlimen Lubok Antu.

Calon BN sebagai wakil rakyat BN nanti mampu menyuarakan pandangan dan hasrat penduduk di peringkat negeri ataupun persekutuan berbanding calon PKR, yang telah lima penggal menjadi anggota Parlimen namun tidak boleh membuat apa-apa untuk kebaikan mereka, katanya.

"Jangan salahkan BN, salahkan diri sendiri kerana bersama dengan pembangkang, yang tidak mempunyai rekod, lagi tidak boleh buat apa-apa," kata Ahmad Shabery sambil menambah kerajaan berhutang budi kepada penduduk Sarawak, yang masih menyokong BN.

Sambil merujuk kepada penduduk di negeri-negeri di bawah kerajaan pembangkang, yang telah melupai jasa BN, beliau berkata penduduk Batang Ai, yang turut mengingini jalan raya besar, rumah mewah dan banyak peluang pekerjaan lebih berhak menikmati projek pembangunan di kawasan mereka.

Terdahulu ketika melancarkan Muzik Aktif Radio Televisyen Malaysia (RTM) saluran 180 Astro di Rumah Batang di Entawa Undup di Sri Aman, beliau merasa kagum melihat kekayaan seni muzik etnik Sarawak, yang bukan sahaja popular di negeri ini tetapi juga di Kalimantan, Indonesia yang mempunyai lapan juta penduduk keturunan Dayak.

RTM mengorak langkah untuk memampilkan muzik etnik Sarawak daripada kaum Iban, Bidayuh dan Orang Ulu pada 16 Mac lepas dengan memperkenalkan rancangan baru "Kenyalang@Muzik Aktif.

Sementara itu artis Iban Linda Shimai dari Engkilili, yang telah mengeluarkan 17 lagu album, berkata siaran tersebut sangat baik kerana memberi peluang kepada artis tempatan untuk mempromosikan karya, bakat dan kreativiti mereka.

Pemimpin rumah panjang berkenaan, Pressie Aning menyifatkan saluran itu sebagai satu hadiah untuk penduduk di kawasan itu kerana dapat mengambarkan keadaan menyeluruh mengenai Sarawak.

-- BERNAMA

BN dijangka menang di Batang Ai

BASHIR AHMAD
6 April 2009

LUBOK ANTU, Sarawak - Jika judi pertaruhan masyarakat Cina boleh dijadikan bayangan keputusan pilihan raya kecil Batang Ai esok, BN akan menang.

Sindiket judi menawarkan kelebihan kepada BN dengan majoriti 500 undi. Ertinya, jika seseorang mahu bertaruh BN yang akan menang, dia hanya boleh menang pertaruhan jika BN memperoleh majoriti 501 undi ke atas. Sekiranya keputusan majoriti BN adalah 500 ke bawah, maka dia akan hilang wang pertaruhan.

Tolak ke tepi unjuran pertaruhan, kalangan petugas media daripada beberapa akhbar yang bertugas di sini juga menjangka calon BN, Malcolm Mussen Jamoh, 45, akan menewaskan calon PKR, Jawah Gerang, 55 dalam pertandingan yang akan ditentukan oleh 8,006 pengundi yang 95% daripada mereka adalah orang Iban.

Pilihan raya kecil ini diadakan berikutan kematian wakil BN, Datuk Dublin Unting Ingkot yang menewaskan calon SNAP (Sarawak National Party), Nicholas Bawin Anggat dalam pilihan raya negeri 2006 dengan majoriti 806 undi.Bawin kemudian menyertai PKR dan dipilih menjadi Ketua Bahagian Lubok Antu, tetapi Anwar Ibrahim tidak memilihnya untuk bertanding sekali lagi walaupun pada awalnya ramai yang menjangka beliau paling layak.

PKR menerima paluan psikologi pada saat-saat terakhir apabila Ketua Bahagian Julau, Dr. Ambrose Lambang Jamba mengisytiharkan keluar daripada parti itu yang disertainya dua tahun lalu. Turut keluar bersamanya ialah timbalannya Wong Kee Kai, setiausaha bahagian, Kajang Unan dan seorang ahli jawantakuasa bahagian, Kundi Untung.

Ketika mengumumkan tindakan mereka di bilik gerakan BN di Lubok Antu, Labang yang pernah menjadi pegawai daerah berkata mereka sudah hilang keyakinan terhadap keupayaan parti dari Semenanjung itu untuk membawa pembangunan di Sarawak.

Beberapa hari lalu, PKR juga dikejutkan dengan tindakan Timbalan Presiden SNAP, Ting Ling Kiew bersama 12 ahli jawatankuasa parti itu mengisytiharkan sokongan kepada BN. SNAP adalah rakan politik PKR di Sarawak.

Jentera BN memperhebatkan kempen pada hari-hari terakhir. Semalam Ketua Menteri Sararawak, Tan Sri Taib Mahmud turut datang ke Lubok Antu. - malaysiaaktif.com

Sunday, April 5, 2009

Taib: Peletakan jawatan Dr. Ambrose baik untuk BN

LUBOK ANTU, 5 April (Bernama) -- Peletakan jawatan Pengerusi Parti KeadilanRakyat (PKR) bahagian Julau, Dr Ambrose Labang Jamba, bersama beberapa anggota jawatankuasanya hari ini akan mencerahkan lagi peluang Barisan Nasional (BN)untuk memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Batang Ai.

Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, ketika mengulas perkara itu, berkata selepas penyebaran propaganda PKR dan keghairahan terhadap demonstrasi jalanan mulai pudar, masyarakat akan kembali semula kepada kenyataan.

"Mereka perlu bekerjasama dengan kerajaan dalam berusaha ke arah kemajuan danpembangunan.

"Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim langsung tidak dapat membangunkanPermatang Pauh iaitu kawasannya sendiri yang diwakilinya selama lebih 20 tahun.

"Permatang Pauh sekarang sama saja seperti keadaannya 20 tahun lepas. Bagaimanakah dia atau partinya boleh mendakwa mereka dapat melaksanakan tugasyang baik di negeri ini?" katanya.

Mengenai perkara yang sama, Presiden Parti Rakyat Sarawak Datuk Dr JamesJemut Masing berkata beliau berpuas hati dan gembira dengan keputusan Dr Ambrose itu.

"Beliau seorang bekas pegawai kanan kerajaan yang sangat berpengalaman. Beliau masih boleh memberikan sumbangan positif kepada politik di Julau dan di negeri ini.

"Saya harap lebih ramai pemimpin PKR akan memilih untuk tidak menjadi sebahagian daripada pertubuhan politik berpecah-belah ini," katanya.

Beliau sependapat dengan Taib bahawa BN kini memiliki peluang yang lebih cerah di Batang Ai.

"Terdapat perpecahan yang besar dalam PKR di Sarawak. Peletakan jawatan seorang pengerusi bahagian PKR sangat penting kepada kami," katanya.

MUZIK ETNIK SARAWAK DI ASTRO SALURAN 180 MULAI JULAI INI

Shabery Cheek serta para penghuni Rumah Batang sedang menyaksikan pelancaran Program Muzik Aktif.

SRI AMAN, Ahad:Selewat-lewatnya pada Julai tahun ini, masyarakat tempatan di Sarawak akan berpeluang untuk menyaksikan selama satu jam program yang memaparkan muzik etnik masyarakat tempatan di Saluran Muzik Aktif di saluran 180 televisyen swasta berbayar ASTRO.
Shabery (Tengah) disambut kedatangannya di Rumah Batang.


“Sebagai permulaan, program tersebut akan disiarkan selama 30 minit iaitu pada setiap hari ahad jam 3 petang dan siarannya akan dipertingkatkan untuk disiarkan kepada setiap hari selepas tiga bulan pelancarannya,” kata Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek selepas melancarkan Slot Muzik Etnik Muzik Aktif Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) di Rumah Batang Anak Ambun,Entawa, Undup, dekat sini.


Shabery (dua dari kanan) menerima cederahati daripada Tuai Rumah jawa sambil disaksikan oleh Fadhillah dan Alexander.

Program yang akan disiarkan selama 24 jam itu memaparkan klip video serta konsert muzik yang dianjurkan di negara kita akan mempunyai 10 jenis program pada setiap hari itu iaitu Aktif @ Pagi, Hits Aktif, Muzikal Aktif, Ritma, Gema Nurani, Prima Aktif, Ritma, Irama Santai, Gema Mentari dan juga Hidayah dan telh mula disiarkan bermula pada bulan September 2006.
Tagline untuk program ini ialah ‘Semua adalah Muzik’.
Di dalam majlis yang sama, Shabery turut mengumumkan yang sebuah rancangan terbitan Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) Sarawak iaitu Sarawak @ 1 akan disiarkan selama 30 minit sebagai permulaan iaitu sebuah rancangan yang memaparkan cerita mengenai negeri Sarawak.
“Pengagihan slot selama 30 minit pada peringkat awal untuk Sarawak @ 1 adalah bertujuan untuk menguji sejauh mana kemampuan RTM Sarawak terlebih dahulu sebelum penyiarannya selama satu jam akan dilaksanakan”, katanya.
Pada hari yang sama ketika menyempurnakan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Jawa Anak Empaling, Ruai Panjai Baroh, beliau sempat mengingatkan pengundi di Batang Ai agar tidak melupakan jasa yang telah diberikan oleh kerajaan BN kepada mereka hanya kerana satu atau dua isu kecil.

Turut hadir sama ialah Alexander Nanta Linggi, Ahli Parlimen Kapit, Fadhillah Yusuf, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Masir Kujat, Ahli Parlimen Sri Aman, William Nyalau Badak, Ahli Parlimen Lubuk Antu, pengarah Penerangan Sarawak, Resat Salleh, Pengarah Penyiaran Monshi Abdullah dan ahli-ahli Jawatankuasa Pelaksana Kementerian Penerangan (JPKP).

32 TERIMA SIJIL KELAHIRAN DARI MENTERI

Syed Hamid Albar dan isteri beliau serta Jabu bergambar beramai-ramai bersama para penerima sijil kelahiran di Rumah Johnson, Kaong Ili, Batang Ai, Lubok Antu.
LUBUK ANTU, Ahad: Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Dato Sri Syed Hamid Albar
hari ini menyerahkan sijil kelahiran kepada seramai 32 orang orang penduduk tempatan dari sekitar daerah Lubuk Antu pada Majlis Penyerahan Sijil Kelahiran di Rumah Johson, Kaong Ili, dekat sini.

‘ Sebenarnya terdapat 38 orang penerima keseluruhannnya tetapi hari ini hanya seramai 32 orang sahaja yang dapat hadir di sini untuk menerima sijil kelahiran masing-masing. Program ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk membangkitkan kesedaran di kalangan rakyat akan kepentingan dokumen pengenalan diri dan hanya akan sedar kepentingannya setelah berhasrat berurusan dengan jabatan kerajaan dan sebagainya.’ kata beliau yang turut diiringi oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu.

Syed hamid Albar menyerahkan sijil kelahiran kepada salah seorang penerima di Majlis Penyerahan Sijil Kelahiran di Rumah Johnson, Kaong Ili, Batang Ai, Lubok Antu.

Selain itu, keluasan negeri Sarawak yang terlampau luas juga menimbulkan kesukaran kepada agensi kerajaan yang bertanggungjawab untuk mendaftarkan penduduk di kawasan pedalaman.
‘ Jabatan Pendaftaran Negara mempunyai sebanyak 50 buah cawangan di seluruh negeri Sarawak dan ianya dibuka setiap hari termasuk sabtu dan ahad. Kita juga mempunyai Unit Bergerak Khas dan telah melaksanakan 194 operasi yang meliputi 19 447 orang penduduk di seluruh negeri Sarawak,’ katanya.

Mengulas mengenai masalah pengundi hantu yang didakwa pembangkang, sebenarnya ia berlaku adalah disebabkan oleh penduduk yang tidak mendaftarkan kematian setelah seseorang itu meninggal dan oleh itu ianya masih terdapat di dalam rekod jabatan.


Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah Pendaftaran (Operasi), Tuan haji Zulkipli bin Rahmat, ketua-ketua jabatan persekutuan dan juga ketua-ketua masyarakat setempat.

AWG TENGAH: KERAJAAN LINDUNGI HAK RAKYAT

LUBUK ANTU, Ahad: Datuk Amar Awang Tengah malam tadi mengingatkan para di pengundi kawasan Dewan Undangan Negeri kawasan Batang Ai agar tidak mudah terpedaya dengan risalah dan cekera padat yang sengaja diedarkan oleh pihak tetentu yang bermotif negative semasa kempen pilihan raya semakin hangat berlangsung.

‘Terdapat risalah dan CD yang sengaja diedarkan kepada para pengundi DUN ini yang yang mendakwa mereka tidak perlu membawa sebarang dokumen pengenalan diri dan kerajaan sengaja menghalau penghuni rumah Nyawin di Bintulu,’ kata beliau ketika berucap di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Ongki Anak Ambau, Tabau di sini.

Awang Tengah yang juga Menteri Pengurusan Sumber II Merangkap Menteri Kemudahan Awam turut menegaskan yang kerajaan sebenarnya melindungi hak rakyat terutamanya berkenaan Tanah Adat Bumiputera walaupun perkara ini kurang disedari oleh masyarakat umum.

Beliau turut menjelaskan kerajaan sedia ada telah banyak membawa pembangunan serta berjasa kepada rakyat seperti dalam bidang pendidikan dan sebarang pertimbangan yang kurang tepat oleh pengundi di sini pada 7 April nanti hanya akan menghalang hasrat kerajaan untuk terus membawa pembangunan kepada mereka.

Mengulas mengenai parti pembangkang, Awang Tengah menjelaskan mereka tidak akan dapat membawa sebarang pembangunan kepada rakyat di situ kerana DUN Batang Ai hanyalah sebuah daripada 71 kawasan DUN di Sarawak di mana kerajaan BN menguasai 62 kerusi negeri.

Beliau juga turut menghulurkan peruntukan berjumlah RM 70,000 kepada Rumah Ongki.
Timbalan Menteri Kementerian Teknologi, Air dan Komunikasi, Datuk Joseph Salang Gandum turut berucap di majlis tersebut.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat, Ahli Parlimen Limbang, Hasbi Habibollah dan Pengarah Penerangan Sarawak, Resat Salleh.

JABU: DUA RUMAH PANJANG TOLAK KEHADIRAN PEMBANGKANG

LUBOK ANTU, Ahad: Usaha oleh pihak parti pembangkang untuk mendekati rakyat di sesetengah kawasan di sini nampaknya menemui jalan buntu.

‘Usaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk ‘bergempuru’ (berkumpul) di kawasan Pudai dan Lubok Subong, Nanga Kesit tidak berjaya apabila penghuni rumah panjang menolak kehadiran mereka di kedua-dua buah rumah panjang tersebut,’’ demikian dinyatakan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu ketika berucap di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat malam tadi.

Acara itu di adakan di Rumah Kevin Serdin, Wong Panjai, Jalan Batu kaya, dekat sempadan Malaysia-Indonesia di sini.

Jabu juga turut menyangkal dakwaan pembangkang kononnya penghuni Rumah Nyawin, Bintulu telah dihalau dari tapak tanah rumah panjang milik mereka kerana isu tersebut merupakan salah satu isu yang dimainkan pembangkang pada Pilihan Raya Kecil Batang Ai

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan dan Menteri Pembangunan Luar Bandar Sarawak juga memberitahu bahawa MARA akan mendirikan beberapa pusat kemahiran seperti GIATMARA di Lubok Antu untuk membantu para penduduk mendapat kemahiran tertentu untuk menambah pendapatan mereka nanti.

Mengulas mengenai calon BN, Malcolm Mussen Lamoh, Jabu menegaskan Mussen sememangnya layak dipilih sebagai calon BN kerana beliau berpelajaran tinggi dan juga berpengalaman luas bekerja dalam sektor awam.

Di dalam majlis sama, beliau turut mengumumkan perancangan peningkatan taraf sistem perhubungan jalan raya yang bernilai lebih RM10 juta ringgit bakal dilaksanakan di sini dan akan meliputi kawasan Wong Panjai dan kawasan rumah panjang lain di sekitarnya.


Turut hadir di majlis tersebut ialah Robert Lawson Chuat, ADUN Bukit Saban, Pengurus Besar SALCRA, Datu Vasco Sabat Singkang dan Pengarah KEMAS Negeri Sarawak, Abang Rabaie bin Abang Morhi.
Jabu (kanan) menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang pertandingan memasak lauk-pauk sambil disasksikan Rabaie..

Polis Jamin Keselamatan Tiga Pilihan Raya Kecil

Polis DiRaja Malaysia (PDRM) memberi jaminan keselamatan di tiga kawasan pilihan raya kecil ketika ini terjamin tanpa sebarang insiden serius yang boleh menjejas proses demokrasi.Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata peranan PDRM dalam mengawal dan memelihara proses pilihan raya kecil mahupun pilihan raya umum bukan sesuatu yang baru."Pilihan raya bukan perkara baru kepada polis, kita mahu memastikan tugas menegak demokrasi dapat diamal dalam suasana aman dan tenteram," katanya kepada pemberita selepas melawat Markas Taktikal (MARTEK) di sini hari ini.

Beliau berkata polis sentiasa melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan adil dan saksama tanpa mengira parti politik yang bertanding.Katanya apa yang penting ialah orang berasa selamat dan selesa ketika proses pilihan raya sedang berjalan.

Sementara itu katanya pihak-pihak yang selalu melanggar undang-undang ketika proses pilihan raya sedang berlangsung sememangnya tidak selesa dengan kehadiran polis."Kita juga mengingatkan orang luar yang tidak terbabit pilihan raya agar tidak masuk ke kawasan pilihan raya untuk mengelak sebarang sangkaan buruk," katanya.Tiga pilihan raya kecil diadakan serentak Selasa ini ialah kawasan Parlimen Bukit Gantang di Perak, Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah dan DUN Batang Ai di sini.Untuk DUN Batang Ai kira-kira 850 anggota polis ditempatkan untuk memastikan proses pilihan raya dapat dilaksana dengan aman dan terkawal.

-- BERNAMA

RM35.75 Juta Untuk Lapan Pusat Giat Mara Di Sarawak

Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM35.75 juta untuk pembelian dan pembinaan lapan Pusat Giat Mara (PGM) di Sarawak.Ketua Pegawai Eksekutif Giatmara Sdn Bhd Mariyam Abdul Majid berkata pada ketika ini Sarawak mempunyai 24 PGM dan hanya sebahagian yang telah memiliki tanah kekal tetapi belum mempunyai peruntukan untuk pembinaan bangunan.

Beliau berkata terdapat lapan kawasan Parlimen di Sarawak yang belum mempunyai PGM iaitu Mas Gading, Bandar Kuching, Kanowit, Lanang, Hulu Rajang, Igan, Sibuti dan Limbang.

Giatmara sedia untuk menubuhkan cawangan di setiap kawasan Parlimen jika kerajaan negeri sedia untuk memberikan tempat ataupun bangunan secara percuma, katanya ketika berucap pada majlis Pecah Tanah PGM oleh Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud di sini hari ini.

Sementara itu, Mariyam berkata Sarawak bakal menjadi negeri yang mempunyai paling banyak PGM iaitu 32 pusat termasuk dua dalam kawasan Parlimen Santubong.Beliau berkata PGM Lubok Antu yang beroperasi sejak lima tahun lepas, memberi peluang latihan kepada 117 belia dalam bidang automatif dan jahitan.

-- BERNAMA

Pakatan Pembangkang Tidak Tulen, Guna Lambang Berasingan

Pakatan Rakyat (PR) tidak tulen dan ia dapat dibuktikan dengan penggunaan lambang parti yang berbeza setiap kali pilihan raya diadakan, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di sini hari ini.Shafie yang juga Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan berkata berbeza dengan Barisan Nasional (BN) yang kekal dengan lambang dacing setiap kali calonnya bertanding dalam pilihan raya.

"Kita dapat buktikan Pakatan Rakyat (PR) tidak bersatu hati kerana mengguna lambang masing-masing untuk calon yang bertanding dan tidak seperti BN yang kekal menggunakan dacing," katanya ketika berucap pada sesi perjumpaan dengan penduduk di Dewan Madrasah Kampung Melayu.Beliau berkata BN mempunyai 14 parti komponen dan semua parti ini sepakat menggunakan lambang dacing tanpa sebarang perasaan curiga.

Katanya PR membabitkan PKR, DAP dan PAS tidak akan dapat membentuk sebuah kerajaan yang stabil kerana dari awal lagi mereka tidak bersatu hati dalam menggunakan logo yang sama.Shafie berkata penduduk di Batang Ai tidak seharusnya mudah terpedaya dengan hasutan pembangkang yang hanya tahu mencari kelemahan kerajaan sedangkan mereka gagal membawa perubahan di negeri-negeri yang mereka perintah.

"Kenapa perlu sibuk mencari kelemahan kerajaan, pilihan raya umum sudah selesai, pergilah urus negeri yang telah diperintah," katanya.Shafie berada di Batang Ai di sini untuk membantu kempen BN yang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Malcolm Mussen Lamoh dan calon PKR Jawah Gerang.Selasa ini, 8,006 pengundi berdaftar di kawasan Batang Ai akan menentukan siapa bakal pengganti anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawsan ini mendiang Datuk Dublin Inting Ingkot yang meninggal dunia akibat angin ahmar pada 24 Feb lalu.

-- BERNAMA

Projek Pembangunan Bernilai RM80 Juta Di Lubok Antu

Kerajaan telah melaksanakan projek pembangunan bernilai lebih RM80 juta di Lubok Antu, kata Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.Sesetengah daripada projek itu akan siap tidak lama lagi manakala yang lain dijangka siap dalam tempoh dua tahun lagi, katanya sebelum majlis pecah tanah bangunan Pusat Giat Mara di sini hari ini, yang dijangka menelan kos RM10 juta.

Beliau berkata antara projek pembangunan itu ialah kompleks polis yang baru bernilai RM40 juta dan pembinaan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) bernilai RM11.7 juta yang kini giat dijalankan, dan dijangka siap Februari 2010.

"Kerajaan kini menurap jalan lingkaran Skim Penempatan Semula Batang Ai dengan kos antara RM10 juta hingga RM12 juta yang sepatutnya siap sebelum Jun tahun ini."Jalan Lubok Antu/Nanga Bulo akan mendapat RM13.2 juta untuk tujuan yang sama manakala RM10 juta telah diperuntukkan bagi menaiktaraf Jalan Lubok Antu/Nanga Kesit," katanya.Taib turut mengumumkan peruntukan tabung khas RM1.5 juta dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk kerja membaik pulih kira-kira 150 rumah panjang di kawasan Batang Ai.

Beliau berkata semua projek dan geran itu menunjukkan kerajaan Barisan Nasional tidak mengabaikan pembangunan di Lubok Antu dan Batang Ai serta kawasan pedalamannya.Bercakap pada sidang akhbar selepas itu, beliau berkata adalah penting untuk kerajaan memenangi pilihan raya kecil Batang Ai bagi membolehkannya terus berkhidmat kepada rakyat.

-- BERNAMA

Skim Khas Bantuan Kebajikan Penduduk Rumah Panjang Dicadang

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Ng Yen Yen hari ini mencadangkan supaya satu skim khas bantuan kebajikan untuk penduduk rumah panjang diwujudkan di Sarawak.Beliau berkata skim berkenaan perlu memandangkan cara hidup di rumah panjang di Sarawak agak unik iaitu melibatkan sejumlah keluarga yang ramai tinggal di bawah satu bumbung.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis penyerahan bantuan kebajikan di Rumah Panjang (Rh) Mundau dekat sini, beliau berkata satu kajian akan dibuat untuk meneliti kaedah sesuai bagi pelaksanaan skim itu.

Beliau juga akan berbincang dengan anggota Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dari Sarawak bagi mendapatkan maklumbalas berhubung cadangan penubuhan skim itu.Ng yakin skim seumpama itu dapat memudahkan lagi kementerian berkenaan menyalur bantuan secara saksama di kalangan penduduk rumah panjang di negeri ini.

Sementara itu, beliau berkata Rh Mundau dikenalpasti sebagai lokasi untuk projek printis Pusat Kreatif Kanak-Kanak di negeri ini.Ng berkata di bawah projek itu, wanita di rumah panjang berkenaan akan dilatih untuk menjadi pengasuh di pusat berkenaan dan akan menerima elaun daripada kementerian.Pada majlis itu, Ng menyerahkan bantuan bernilai RM15,475 kepada 62 penerima di bawah skim bantuan orang tua, bantuan kanak-kanak, bantuan am negeri dan orang kurang upaya.

-- BERNAMA

Syed Hamid: Dakwaan Kewujudan Pengundi Hantu Rekaan Pembangkang

Dakwaan wujudnya penghuni hantu di Batang Ai sengaja direka-reka oleh pembangkang yang sudah mulai gentar semasa melalui pilihan raya kecil di kawasan ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar hari ini.

Beliau berkata Barisan Nasional (BN) tidak memerlukan pengundi hantu untuk memenangi pilihan raya, sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada sokongan rakyat."Saya fikir cerita ini yang pembangkang mainkan sebab dia orang tengok sokongan terhadap kita meningkat. Rakyat cukup senang dengan perkhidmatan yang telah diberikan oleh Barisan Nasional," katanya pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan sijil kelahiran kepada 38 penduduk di Rumah Panjang (Rh) Johnson, Kaong Ili di sini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan oleh badan bukan kerajaan, Malaysian for Free and Fair Election (Mafrel) mengenai kewujudan pengundi hantu di Batang Ai selepas mereka mendakwa terdapat beberapa nama pengundi yang sudah meninggal dunia dalam daftar pemilih di kawasan berkenaan."Kadang-kadang bila kita tidak kemaskinikan rekod dia akan ada dalam rekod.

Tapi kalau ada dalam rekod pun dia sudah mati dan tak akanlah dia nak pergi mengundi," katanya.Sementara itu, Syed Hamid berkata Unit Khas Bergerak (UKB) yang ditubuhkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada tahun 2004 telah merekodkan sejumlah 19,447 penduduk di Sarawak yang menghadapi masalah kerakyatan kerana ketiadaan dokumen pengenalan.Katanya sebahagian besar daripada jumlah itu sudah mendapat dokumen pengenalan mereka manakala sebahagian lagi sedang diproses.

Beliau berkata jabatan berkenaan tidak dapat memastikan anggaran jumlah penduduk di negeri ini yang masih tidak memiliki dokumen pengenalan yang mengesahkan mereka sebagai rakyat Malaysia.Katanya ini berlaku berikutan tanggapan kalangan penduduk di pedalaman negeri ini yang tidak begitu mementingkan dokumen berkenaan.Beliau berharap majlis penyerahan siji kelahiran yang diadakan di rumah panjang itu hari ini akan dapat meningkatkan lagi tahap kesedaran penduduk di pedalaman Sarawak untuk berdaftar dengan JPN.

-- BERNAMA

Taib: Peletakan Jawatan Dr Ambrose Baik Untuk BN

Peletakan jawatan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahagian Julau, Dr Ambrose Labang Jamba, bersama beberapa anggota jawatankuasanya hari ini akan mencerahkan lagi peluang Barisan Nasional (BN) untuk memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Batang Ai.Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, ketika mengulas perkara itu, berkata selepas penyebaran propaganda PKR dan keghairahan terhadap demonstrasi jalanan mulai pudar, masyarakat akan kembali semula kepada kenyataan.

"Mereka perlu bekerjasama dengan kerajaan dalam berusaha ke arah kemajuan dan pembangunan."Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim langsung tidak dapat membangunkan Permatang Pauh iaitu kawasannya sendiri yang diwakilinya selama lebih 20 tahun.

"Permatang Pauh sekarang sama saja seperti keadaannya 20 tahun lepas. Bagaimanakah dia atau partinya boleh mendakwa mereka dapat melaksanakan tugas yang baik di negeri ini?" katanya.Mengenai perkara yang sama, Presiden Parti Rakyat Sarawak Datuk Dr James Jemut Masing berkata beliau berpuas hati dan gembira dengan keputusan Dr Ambrose itu.

"Beliau seorang bekas pegawai kanan kerajaan yang sangat berpengalaman. Beliau masih boleh memberikan sumbangan positif kepada politik di Julau dan di negeri ini."Saya harap lebih ramai pemimpin PKR akan memilih untuk tidak menjadi sebahagian daripada pertubuhan politik berpecah-belah ini," katanya.Beliau sependapat dengan Taib bahawa BN kini memiliki peluang yang lebih cerah di Batang Ai."Terdapat perpecahan yang besar dalam PKR di Sarawak. Peletakan jawatan seorang pengerusi bahagian PKR sangat penting kepada kami," katanya.

-- BERNAMA

Pengerusi, Timbalan, Setiausaha PKR Bahagian Julau Keluar Parti

Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Julau Dr Ambrose Labang Jamba, timbalannya, setiausaha dan seorang anggota jawatankuasanya hari ini mengumumkan keluar dari parti itu.Beliau membuat pengumuman itu di Pusat Operasi Barisan Nasional (BN) di hadapan Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Joseph Salang yang juga Ketua Penerangan Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan anggota Parlimen Julau.

Turut hadir bersama-sama Ambrose, 56, ialah timbalannya Wong Kee Kai, setiausaha Kajang Unan dan anggota jawatankuasa Kundi Untung.Bercakap kepada pemberita kemudiannya, beliau berkata mereka memutuskan untuk keluar parti kerana mendapati PKR tidak mampu menjalankan program pembangunan atau membantu rakyat terutamanya di luar bandar.

"Rakyat di kawasan luar bandar masih memerlukan kerajaan BN dan dengan itu mereka tidak perlu membazirkan masa dengan PKR."Saya menggesa pengundi di Batang Ai agar memilih calon BN dalam pilihan raya kecil ini. Kita perlu menyokong kerajaan kerana kita masih perlukan pembangunan," katanya.Ambrose, bekas ketua penolong setiausaha di Jabatan Ketua Menteri (Jabatan Audit dan Sumber Manusia) telah menyertai PKR selama dua tahun.

Dalam pilihan raya Parlimen lepas, Ambrose yang juga pernah berkhidmat sebagai Pegawai Daerah Julau sepanjang 30 tahun dalam perkhidmatan awam, bertanding sebagai calon PKR di kawasan Julau tetapi tewas kepada Salang.Dalam pilihan raya negeri 2006, beliau bertanding sebagai calon Bebas menentang Wong Judat (BN/SPDP) di kerusi Meluan dan tewas.

Pilihan raya kecil Batang Ai yang diadakan serentak pada Selasa ini dengan pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang (Perak) dan Bukit Selambau (Kedah), menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Malcolm Mussen Lamoh dan calon PKR Jawah Gerang.Batang Ai mempunyai 8,006 pemilih berdaftar.

Penceramah PKR: Batang Ai adalah Batang Anwar Ibrahim

BASHIR AHMAD
5 April 2007



LUBOK ANTU, Sarawak - Dengan hanya dua hari sahaja lagi untuk berkempen, keputusan pilihan raya kecil Batang Ai pada 7 April ini masih belum jelas untuk diramalkan walaupun jumlah pengundinya hanyalah 8,006 orang.

Bagi pemerhati politik, adalah lebih mudah untuk membaca riak di Bukit Gantang dan Bukit Selambau kerana faktor geografinya. Kawasan Batang Ai lebih luas dan 95 % penduduknya adalah orang Iban yang tinggal bertaburan di 280 rumah panjang yang sebahagian besarnya hanya boleh dikunjungi dengan manaiki bot antara tiga hingga lapan jam.

Di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, anda boleh membaca dan meramal dengan melihat sambutan orang ramai terhadap ceramah-ceramah yang diadakan. Suatu ketika dulu jumlah pendengar ceramah tidak boleh dijadikan ukuran, tapi sekarang ia sedikit-sebanyak mencerminkan sokongan kepada sesebuah parti. Begitu juga dengan jumlah simbol yang dipampangkan pada bendera, poster dan kain rentang.

Di Batang Ai amat sukar untuk membaca aliran sokongan kecuali jika anda berupaya meninjau ke semua rumah panjang. Sudah tentulah ia sukar dilakukan.

Kebanyakan pekerja parti, kakitangan kerajaan yang terlibat dan petugas media akan singgah di pekan kecil Lubok Antu ketika bertugas. Jumlah simbol BN dan PKR yang kelihatan adalah hampir sama banyak.

Poster kempen yang BN gunakan jelas menjadikan isu pembangunan sebagai strategi kempen. Sebagai contoh, sebuah poster besar yang dipasang beberapa hari di pekan ini berbunyi: ``Pasar Permatang Pauh Nadai (tidak) Berubah Dalam 27 Tahun.''

Di bawah tulisan ini ialah gambar bangunan-bangunan pasar di Permatang yang usang dan buruk. Di bawah gambar-gambar itu ialah tulisan dalam bahasa Iban berbunyi ``Ulih Orang Tu gubah Penghidup di Batang Ai (Bolehkah Orang Itu Mengubah Kehidupan di Batang Ai).''

Jelas yang dimaksudkan sebagai `orang tu' dalam pertanyaan tersebut ialah pemimpin de-facto PKR Dato Seri Anwar Ibrahim yang mahu menjadikan Batang Ai sebagai batu loncatan bagi menawan Sarawak dalam pilihan raya umum akan datang. Malah ada penceramah PKR dari Selangor yang mendabik dada bahawa Batang Ai adalah kepunyaan PKR kerana `Ai' bermaksud Anwar Ibrahim. Maka katanya, Batang Ai adalah Batang Anwar Ibrahim

Para penceramah BN, termasuk menteri-menteri kerajaan pusat dan kerajaan negeri, selalu bertanya kepada penghuni-penghuni rumah panjang dalam ceramah mereka: ``Bolehkah Jawah Gerang (calon PKR) membawa pembangunan ke Batang Ai jika mereka menang?'' Antara menteri-menteri pusat yang datang ke Batang Ai ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Shahrir Abdul Samad, Dato Seri Shafie Apdal, Datuk Shabery Cheek dan Dato Seri Syed Abdul Hamid Albar.

Jawapan kepada pertanyaan tersebut tentulah tidak boleh kerana dengan memenangi Batang Ai, PKR masih menjadi pembankang kecil di Sarawak.

PKR sendiri pun amat tahu bahawa ia tidak boleh membawa pembangunan kepada Sarawak selagi ia masih menjadi pembangkang. Maka strategi yang digunakannya ialah dengan memainkan isu-isu yang boleh menjolok emosi peduduk Batang Ai.

Tiga kain rentang besar dalam huruf merah berbunyi `` HAPUSKAN PEROMPAK TANAH KAMI'' dipasang di sekitar pekan Lubok Antu. Satu lagi kain rentang berbunyi ``Anwar dan PKR Penyelamat Rakyat.'' Dalam ceramahnya di Kampung Kutai, Anwar mencanangkan bahawa penganut Kristian tidak akan dilarang daripada menggunakan perkataan Allah termasuk dalam kitab Bible jika PKR memerintah.
Terdapat kira-kira 5,000 orang Iban yang telah dipindahkan 25 tahun lalu ke rumah-rumah panjang baru berikutan pembinaan empangan haidro Batang Ai yang siap kira-kira tiga tahun lalu. Mereka ini mendakwa dijanjikan akan mendapat 11 ekar tanah secara beransur-ansur bagi setiap keluarga, tapi kata mereka setakat ini baru memperoleh satu ekar setiap keluarga.

Oleh kerana rumah-rumah panjang penempatan baru itu sudah berusia 25 tahun, banyak yang kelihat usang. Penghuni-penghuninya kini meminta bantuan bagi memperbaiki rumah-rumah panjang mereka. Mereka juga meminta sebuah hospital mini di Lubok Antu dan sebuah sekolah menengah kebangsaan di situ dinaiktaraf bagi menyediakan kelas tingkatan enam.

Selain isu-isu tersebut, pertalian kekeluargaan dan suku-sakat juga dilihat sebagai satu faktor yang perlu diambil kira.

Calon PKR Jawah Gerang adalah bekas Ahli Parlimen Lubok Antu (meliputi kawasan DUN Batang Ai) selama lima penggal dan beliau mempunyai ramai saudara mara di Batang Ai. Faktor ini menjadi perhitungan PKR untuk memilihnya sebagai calon.

BN memilih Malcolm Mussen Lamoh sebagai calon kerana beliau juga anak tempatan. Tentulah Musen perlu bekerja lebih keras daripada Jawah untuk memperkenalkan dirinya kepada penduduk rumah-rumah panjang.

Jika Mussen berjaya memikat hati penduduk rumah panjang Batang Ai dan mereka yakin bahawa hanya BN boleh membawa pembangunan dan menunaikan janji-janji yang diberikan, maka Batang Ai tidak akan berubah menjadi `Batang Anwar Ibrahim.' - malaysiaaktif.com

Trend sokongan terhadap BN di Batang Ai makin menyerlah

LUBOK ANTU: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal semalam ber-kata Barisan Nasional (BN) yakin akan dapat mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri Batang Ai pada pilihan raya kecil kawasan ini.

Beliau yang baru-baru ini dipertanggungjawab oleh Umno untuk menjaga pilihan raya kecil ini, berkata semakin ramai rakyat di Batang Ai telah menunjukkan trend yang cenderung untuk menyokong Barisan Nasional selepas seminggu tempoh kempen berlangsung.

Bercakap kepada pem- berita selepas majlis Se- marak Bersama Pemimpin di Rumah Panjang (Rh) En-dawie Janting di Nanga Jela dekat sini, beliau berkata penduduk di sini sudah meng-alami keadaan yang sulit sewaktu pembangkang me-wakili kawasan mereka satu masa dahulu.
“Dahulu kawasan ini diwakili pembangkang tetapi perubahan hanya berlaku selepas Barisan Nasional kembali memenanginya,” katanya.

BN meletakkan muka baru, Malcolm Mussen Lamoh, untuk menentang calon PKR, Jawah Gerang pada pilihan raya kecil ini yang diada- kan berikutan kematian pe-nyandangnya, Datuk Dublin Unting Ingkot pada 24 Februari lepas.

Ketika berucap pada majlis itu, Mohd Shafie yang juga Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan berkata rakyat di sini harus mengambil iktibar dari ke-adaan yang berlaku di Selangor, Perak dan Pulau Pinang selepas ditawan parti pembangkang pada pilihan raya umum lepas.

Beliau berkata sudah terbukti bahawa pakatan pembangkang yang memerintah negeri-negeri berkenaan lebih gemar berpolitik dan bermain isu daripada menjalan-kan pemerintahan yang boleh membangunkan rakyat.

Beliau turut mengingatkan rakyat di sini bahawa Sabah pada satu ketika dahulu pernah mendahului Sarawak dari segi pembangunan tetapi kemelut politik yang berlaku menyebabkan keadaan sebaliknya berlaku sekarang.

“Pembangkang bukannya mahu mentadbir tetapi hanya mahu berpolitik tiap-tiap hari. Kalau dibiarkan dan dengan keadaan ekonomi dunia yang tidak berapa sihat sekarang bo-leh menyulitkan lagi pentadbiran,” katanya.

— Bernama

BN pilihan majoriti rakyat

LUBOK ANTU: Barisan Nasional (BN) akan meneruskan projek-projek pembangunan jangka panjang bagi meningkatkan taraf hidup rakyat bukannya hanya membuat janji kosong dan melaksanakan ‘projek mi segera’.

Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata ia adalah kunci utama kejayaan BN selama ini dan disebabkan itu ia kekal menjadi pilihan majoriti rakyat.

“Kerajaan BN sentiasa melihat kepada keperluan rakyat dan mengemukakannya kepada kementerian berkaitan, bukan hanya membuat janji-janji kosong cuma untuk memenangi hati rakyat.

“Segala yang kita buat mempunyai kesan jangka panjang. Kita tidak pernah melakukan projek ‘mi segera’ ,” katanya ketika merasmikan program ‘Segulai Sejalai’ di Rumah Endawie, Nanga Jela, semalam.

Justeru Shafie mengingatkan rakyat di Batang Ai yang layak mengundi dalam pilihan raya kecil Selasa ini agar tidak terpedaya dengan politik pembangkang.

“Mereka akan menjanjikan anda bintang dan bulan sebelum pilihan raya tetapi akhirnya tidak ditunaikan kerana mereka asyik berpolitik antara satu sama lain setiap hari,” ujarnya.

Shafie berkata jika calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Jawah Gerang menang dalam pilihan raya kecil Batang Ai, beliau tidak dapat membawa pembangunan kepada rakyat di kawasan itu kerana dana pembangunan kerajaan pusat hanya untuk wakil rakyat BN.

“Jawah juga tahu tidak banyak yang boleh beliau lakukan sebagai pembangkang. Malah jika beliau berjumpa saya untuk mendapat dana bagi kawasannya, saya tidak boleh beri wang kepadanya kerana beliau pembangkang,” kata Shafie.

Bagaimanapun, katanya jika calon BN Malcolm Mussen Lamoh, perkara seperti itu tidak akan wujud.

“Cuba lihat apa yang berlaku di Selangor yang kini dipegang PKR dan Pulau Pinang dipimpin Parti Tindakan Demokratik (DAP), kedua-duanya tidak dapat membawa pembangunan kerana kerajaan pusat di bawah BN,” jelasnya.

Shafie menambah kata, Mussen yang partinya me-wakili rakyat tempatan, Parti Rakyat Sarawak (PRS) sudah tentu lebih memahami keperluan rakyat berbanding parti lain yang datangnya dari Semenanjung Malaysia.

Beliau yang bercakap kepada wartawan selepas itu berkata kerajaan BN telah mengekalkan keamanan, perpaduan serta keharmonian sejak bertahun-tahun dulu dan pada masa sama memastikan ekonomi negara terus berkembang maju walaupun ketika ini dunia berdepan masalah ekonomi.

Menurutnya di beberapa negara seperti Iceland dan Greece, ramai yang muflis tetapi kerajaan Malaysia berjaya mengurangkan kesan kemelesetan ekonomi global.
“Ini petanda jelas bahawa BN adalah kerajaan yang berkemampuan dan mengambil berat kebajikan rakyat.

“Justeru saya mahu rakyat di sini memberi sokongan dan mengundi Mussen. Tambahan kerajaan tidak pernah mengabaikan sebarang kumpulan kaum walaupun ada segelintir pihak mendakwa begitu,” ujarnya.

Tambahnya lagi, Batang Ai pernah dipimpin pembangkang tetapi tiada pembangunan dibawa di situ tetapi selepas BN mengambil alih pembangunan fizikal begitu rancak di situ.

Hadir sama dalam majlis itu Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Mohd Naroden Majais, Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Begunan, Mong Dagang dan Tuai Rumah Endawie Janting.

Borneo Post

Pelantikan Najib Raih Sokongan Di Tiga Pilihan Raya Kecil

KUCHING, 4 April (Bernama) -- Pelantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri bakal membawa rakyat kembali menyokong Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Beliau berkata perubahan kepimpinan negara telah memberi keyakinan kepada rakyat khususnya di kawasan Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai tentang kesungguhan kerajaan BN untuk membawa perubahan dan pembaharuan.

"Rakyat begitu bersemangat dan memberi sokongan penuh kepada pelantikan Najib kerana mereka menaruh harapan Perdana Menteri baru membawa negara mencapai satu tahap kemajuan yang lebih tinggi."Saya yakin dengan pelantikan Najib kita boleh meraih kemenangan bukan sahaja di Batang Ai tetapi di Bukit Gantang dan Bukit Selambau," katanya kepada pemberita di Hornbill Skyways hangar di sini hari ini.

Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyertai semula Umno hari ini selepas keluar daripada parti hampir setahun lepas merupakan satu lagi faktor yang boleh memberi kelebihan kepada BN untuk memenangi pilihan raya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

Beliau berkata bekas presiden Umno itu bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamed Ali dan anak mereka Datuk Mokhzani yang kembali semula ke pangkuan Umno menandakan mantan Perdana Menteri masih mendukung perjuangan BN."Ini menandakan semangat perpaduan terjalin antara pimpinan tertinggi negara dan ia akan membawa angin perubahan besar di negara kita. Saya yakin ini akan memberikan kelebihan kepada BN untuk memenangi pilihan raya kecil kali ini," katanya.

Sebelum itu, Muhyiddin yang mengadakan lawatan ke Rumah Liam, Ulu Engkari dan Rumah Machau, Nanga Kumpang di Lubuk Antu berkata beliau yakin calon BN bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai, Malcom Mussen Lamoh boleh meraih kemenangan.

Beliau berkata pengundi yang masih dahagakan pembangunan masih yakin hanya BN sahaja yang boleh menyediakan kemudahan dan infrastruktur kepada mereka."Pengundi sedar kalau pilih PKR, mereka tidak akan dapat sebarang bantuan kerana ia pembangkang yang tidak berkeupayaan. Saya yakin mereka mahu calon BN yang menjadi wakil rakyat di sini," katanya.

Muhyiddin berkata sokongan diberikan kepada calon BN amat mengalakkan kerana calonnya yang berkelulusan tinggi, mesra dan sedia berkhidmat sebaliknya calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) merupakan calon lama yang "dikitar semula" dan tidak membawa sebarang pembangunan.

-- BERNAMA

Penduduk Batang Ai Harus Tolak Budaya Politik PKR

LUBOK ANTU, 4 April (Bernama) -- Penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai, yang akan mengundi pada pilihan raya kecil Selasa ini, harus menolak budaya politik pembangkang yang menggunakan hasutan untuk memancing undi, kata Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Awang Tengah, yang juga Exco Penerangan Negeri, berkata pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) sengaja menimbulkan isu-isu sensitif, termasuk tanah hak adat bumiputera, pembinaan empangan hidro elekrik Batang Ai, supaya rakyat marah dan menolak kerajaan.

"Kita harus menutup pintu rapat-rapat untuk memasti PKR tidak bertapak di Sarawak kerana kita tidak mahu budaya yang meracun pemikiran rakyat yang ingin menikmati pembangunan luar bandar untuk meningkatkan taraf hidup mereka," katanya ketika menghadiri majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Anyang, Nyemungan dekat sini, anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA).

Kawasan Batang Ai yang mempunyai 8,006 pengundi, dengan 95 peratus terdiri daripada kaum Iban, menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Malcolm Mussen Lamoh dan calon PKR Jawah Gerang.

Mengenai calon BN, beliau berkata Mussen, yang juga bekas jurutera Jabatan Pertanian Negeri adalah contoh terbaik anak tempatan yang telah berjaya hasil politik pembangunan kerajaan.Katanya Jawah, bekas anggota Parlimen BN Lubok Antu selama lima penggal tidak mampu memberi projek, khasnya projek luar bandar, jika beliau menang kerana telah mengguna "perahu" berlainan.

"Perjuangan kita ialah untuk membantu rakyat bukan untuk memecah belah rakyat dengan tuduhan yang tidak berasas," kata Awang Tengah

.-- BERNAMA

PKR Cuba Bawa Budaya Liar Ke Sarawak - Masing

LUBOK ANTU, 5 April (Bernama) -- Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilihat cuba untuk membawa budaya liar ke Sarawak, kata Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Seri Dr James Jemut Masing.

Masing berkata selama ini dalam mana-mana pilihan raya tidak pernah berlaku sebarang kejadian seperti poster Barisan Nasional (BN) dirosakkan seperti yang berlaku di Batang Ai."PKR saya ingatkan agar tidak membawa budaya liar seperi merosakkan poster seperti yang berlaku di Batang Ai, semalam sebuah poster BN dirosakkan, ada juga gambar pemimpin BN yang turut dirosakkan, ini budaya yang jahat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kompleks Dewan Sukan Lubok Antu di sini hari ini.

Masing berkata berikutan kejadian tersebut satu laporan polis telah dibuat oleh PRS dan berharap polis segera menyiasat kejadian tersebut.Sementara itu, katanya beliau yakin BN mampu meraih kemenangan dengan majoriti yang lebih besar pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Batang Ai Selasa ini.

Pilihan raya kecil Batang Ai yang diadakan serentak dengan pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang di Perak dan Bukit Selambau di Kedah menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Malcolm Mussen Lamoh dan calon PKR Jawah Gerang.Kerusi itu kosong berikutan kematian wakil rakyat BN Datuk Dublin Unting Ingkot pada 24 Feb.Terdapat 8,006 pemilih berdaftar di kawasan Batang Ai.

-- BERNAMA

Pembangunan Di Sabah, Sarawak Tidak Diabai - Ongkili

KOTA MARUDU, 4 April (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan tidak pernah mengabaikan program pembangunan untuk penduduk luar bandar Sabah dan Sarawak terutama dalam bidang pendidikan bagi memastikan mereka tidak terpinggir daripada arus pembangunan negara.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Maximus Ongkili berkata kerajaan Persekutuan memberi peruntukan yang besar bagi pembangunan pendidikan di kedua-dua negeri itu.

"Kita bertuah kerana mempunyai kerajaan yang begitu prihatin mengenai pendidikan di negara ini termasuk Sabah dan Sarawak."Ini menunjukkan kesungguhan kerajaan pusat untuk mengurangkan jurang pencapaian akademik antara pelajar luar bandar Sabah, Sarawak dan pelajar di Semenanjung," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran asrama SK Malangkap, dekat sini, Sabtu.

Ongkili berkata ini selaras dengan teras kedua misi nasional untuk melahirkan modal insan berkualiti yang berpengetahuan, berinovasi dan memiliki nilai positif.-- BERNAMA

Tiga Lagi Menara Komunikasi Bagi Lubok Antu

LUBOK ANTU, 4 April (Bernama) -- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan membina tiga lagi menara komunikasi di sini untuk meningkatkan liputan perkhidmatan telefon selular, kata Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Joseph Salang hari ini.

Beliau berkata menara itu akan dibina di San Semanju, Fasa 2 Skim Penempatan Batang Ai dan Engkilili, menjadikan kesemuanya tujuh menara di kawasan itu."Ia dijangka siap menjelang pertengahan tahun ini untuk meningkatkan liputan perkhidmatan telefon selular dan meningkatkan jumlah pelanggan," katanya semasa melancarkan bengkel ICT dan program Internet "Cyberkids" di SK Lubok Antu, di sini.

Sekumpulan 20 pelajar dari sekolah itu menyertai program dua hari itu bermula hari ini yang dianjurkan oleh kementerian itu dengan kerjasama syarikat penyedia perkhidmatan, Maxis.Salang memberi jaminan kepada penduduk luar bandar bahawa kerajaan akan terus menyediakan lebih banyak infrastruktur ICT dan Internet di negeri itu untuk merapatkan jurang digital antara kawasan bandar dan luar bandar.

Kemudiannya ketika bercakap kepada pemberita, beliau berkata dengan perkhidmatan jalur lebar dan Internet yang terbatas di kawasan pedalaman di sini, beliau yakin penulis blog terutama mereka yang mempunyai kecenderungan anti pembangunan, tidak mampu memberikan impak besar dalam pilihan raya kecil Batang Ai pada Selasa ini.

"Perang siber masih belum meluas di sini dan pendekatan secara bersemuka masih menjadi pilihan dalam meraih sokongan pengundi. Di Lubok Antu, saya anggarkan hanya kira-kira 10 peratus penduduk yang terdedah (dengan kemudahan Internet)," katanya.

Salang berkata beliau percaya hanya masyarakat Dayak yang tinggal di bandar mempunyai akses kepada kemudahan itu boleh dan dapat mempengaruhi saudara mara mereka di luar bandar apabila setiap kali mereka pulang ke kampung.Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Batang Ai menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Malcolm Mussen Lamoh dari Barisan Nasional (BN) dan Jawah Gerang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR). Kerusi itu kosong berikutan kematian wakil rakyat BN Datuk Dublin Unting Inkot pada Februari.

-- BERNAMA

Kualiti hidup rakyat perlu ditingkat

LUBOK ANTU 4 April - Kerajaan yang ditunjangi Barisan Nasional (BN) bukan hanya memberi pembangunan kepada rakyat bahkan turut mahu meningkatkan kualiti hidup serta taraf ekonomi mereka.
Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Pembangunan Usahawan Bumiputera) Sarawak, Mohd. Naroden Majais berkata, pembangunan bukan hanya bermaksud kepada perkara material namun ia adalah menyeluruh termasuk ilmu pengetahuan dan taraf ekonomi rakyat.

Menurutnya, disebabkan itu kerajaan sentiasa mengadakan rancangan kepada rakyat bukan hanya pembangunan tetapi juga melahirkan individu-individu yang berjaya sebagai usahawan.
"Jadi, kita jangan memutuskan hubungan dengan kerajaan kerana banyak rancangan yang mahu dilaksanakan kepada rakyat termasuk melahirkan para usahawan yang secara tidak langsung meningkatkan taraf kehidupan mereka.

'Jika BN kalah, kita berasa malu untuk datang ke kawasan yang mana rakyat telah menolak kerajaan dan ia akan menyebabkan pembangunan tidak dapat dilaksanakan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membantu kempen calon BN, Malcolm Mussen Lamoh, 49, yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Air di Rumah Panjang Nanga Mepi di sini hari ini.

Mohd. Naroden berkata, kerajaan banyak membawa pembangunan kepada rakyat di negeri ini termasuk penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman terutamanya kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan elektrik, air serta hospital.

BIDAS PEMBANGKANG

LUBOK ANTU 4 April - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal membidas pembangkang kerana asyik berpolitik setiap hari tetapi tidak mengetahui cara untuk mengurus atau mentadbir sesebuah kerajaan.

Beliau berkata, banyak contoh yang boleh dilihat mengenai kepincangan pentadbiran serta pengurusan negeri yang ditadbir oleh pakatan pembangkang sejak menguasai lima negeri selepas pilihan raya umum tahun lalu.

Beliau yang juga Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan menegaskan, pakatan pembangkang yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP juga kerap bertelagah sesama sendiri.

"Pembangkang hanya tahu berpolitik setiap hari tetapi tidak mampu melaksanakan pentadbiran, contohnya, bekas Menteri Besar Perak terpaksa bersidang di bawah pokok bersama Exco-Exconya.

"Bagaimana parti sebegini boleh mentadbir negara apatah lagi untuk membela nasib rakyat dan mereka ini seolah-olah cakap depan lain, buat kerja belakang lain," katanya.
Beliau berucap pada Majlis Semarak Bersama Pemimpin (Program Segulai Sejalai) di Rumah Panjang Endawie Janting, Nanga Jela dekat sini hari ini.

Mohd. Shafie berkata, hanya kerajaan yang mampu mengubah kehidupan rakyat ke arah lebih baik dengan melaksanakan pembangunan berbanding pembangkang yang tidak mempunyai kemampuan dan pengalaman.

"Jika mereka tidak mampu mengubah kawasan pentadbirannya untuk menjadi lebih baik, bagaimana mereka mempunyai cara untuk membangunkan kawasan luar bandar seperti Batang Air di Lubok Antu ini?'' ujarnya.

Katanya, ia berbeza dengan Barisan Nasional (BN) kerana kerajaan telah mempunyai pengalaman dalam membangunkan negara ini sejak kemerdekaan lagi.

''Malah Anwar (Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim) sendiri menikmati pembangunan di samping memperoleh pendidikan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan, pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Air adalah penting kepada penduduk di kawasan berkenaan untuk menentukan masa depan anak-anak mereka.

Utusan Malaysia

Dua ketua kampung bantu perjelas isu hak tanah adat

JENTERA pilihan raya Barisan Nasional (BN) menggunakan khidmat dua ketua kampung dari rumah panjang di Bintulu yang dirobohkan Jabatan Tanah dan Survei (JTS), untuk memperbetulkan tuduhan pembangkang berhubung dakwaan kerajaan 'merompak' tanah rakyat.

Kedua-dua ketua kampung itu, Nyawin Ganing, 49, dan Unjan Sultan, 48, masing-masing dari rumah panjang Batu 26, Jalan Miri-Bintulu dan Sungai Gerong, Sebauh, diberi peluang memberikan ceramah dan mengadakan sesi soal jawab dengan penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Air.

Ia bertujuan menjelaskan kedudukan sebenar isu hak tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) kepada rakyat di kawasan pilihan raya kecil DUN Batang Air. Berita Haria

Salah pilih rugikan penduduk Batang Air

LUBOK ANTU: Pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Air tidak harus salah pilih pada 7 April ini, kerana keputusan yang mereka buat akan menentukan masa depan bukan sahaja pembangunan di kawasan itu, malah anak cucu penduduk di kawasan berkenaan.

Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata jika pengundi di sini memilih calon BN bermakna mereka terus menikmati pembangunan dan pelbagai kemudahan yang akan mengubah nasib mereka.

Malah katanya, tidak banyak kerajaan di dunia ini seperti kerajaan BN yang bukan saja menjamin hak kebebasan beragama dan kebebasan mengamalkan adat budaya untuk semua kaum, malah turut membantu menyemarak budaya setiap kaum.
Berita Harian

Saturday, April 4, 2009

Mussen mirip Cliff Richard

LUBOK ANTU, 4 April (Bernama) -- Calon Barisan Nasional, Malcolm Mussen Lamoh, yang mirip seorang penyanyi Inggeris yang popular dalam tahun 60-an,Cliff Richard, boleh menambat hati penduduk di kawasan Batang Ai, kataMenteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd ShafieApdal di sini, hari ini.



Dalam nada berseloroh ketika berucap merasmikan majlis Semarak Bersama Pemimpin di Rumah Endawi Janting di Nanga Jela dekat sini, Mohd Shafie berkata wajah tampan bekas jurutera di Jabatan Pertanian Sarawak mungkin juga dapat memikat lebih banyak lagi pembangunan ke Batang Ai sekiranya beliau menang dalam pilihan raya kecil di kawasan itu.



Namun apa yang penting Malcolm adalah anak tempatan yang berpengalaman luas sebagai seorang pentadbir awam dan berkebolehan untuk membawa pembangunan di Batang Ai, katanya.



Katanya Malcolm juga telah berikrar untuk bekerja kuat untuk membantu meningkatkan taraf hidup rakyat di Batang Ai sekiranya beliau menang dalampilihan raya kecil ini.



Malcolm, 49, adalah muka baru yang diletakkan oleh Barisan Nasional untuk bertanding menentang calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Jawah Gerang, dalam pilihan raya kecil Batang Ai pada Selasa ini yang diadakan berikutan kematianpenyandangnya, Datuk Dublin Unting Ingkot pada 24 Feb lepas.



Mengenai Jawah, Mohd Shafie berkata bekas Anggota Parlimen Lubok Antu selama lima penggal itu tidak akan mampu membawa apa-apa kemajuan kepada Batang Aisebagai seorang anggota parti pembangkang.



Katanya Jawah seharusnya sedar pembangunan yang berlaku di kawasan ini semasa penggal beliau selama lebih 20 tahun sebagai seorang ahli parlimen adalah kerana pada masa itu beliau mewakili Barisan Nasional.



"Sudah tentu sekarang Jawah tahu dia tidak akan mampu membuat apa-apa(rancangan pembangunan) sebagai seorang pembangkang," katanya.

Wanita BN Sarawak bekerja keras di Batang Ai - Shahrizat

LUBOK ANTU, 4 April (Bernama) -- Ketua Pergerakan Wanita Umno Malaysia Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang juga Ketua Jentera Wanita Barisan Nasional (BN) gembira dengan komitmen dan dedikasi yang ditunjukkan oleh wanita BN Sarawak pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai di sini.

Katanya beliau melihat jentera wanita BN di Batang Ai yang diterajui Ketua Wanita Parti Rakyat Sarawak (PRS) Doris Sophia Brodie bekerja keras sejak hari penamaan calon pada 29 Mac lagi, dengan membanyakkan kempen ke rumah-rumah panjang.

"Di samping itu dia juga membantu dalam mengemudi bilik gerakan BN di Batang Ai ini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi Wanita BN Sarawak Senator Datuk Seri Empiang Jabu dan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Sarawak Fatimah Abdullah pagi tadi.

Beliau berkata pengundi di Batang Ai kelihatan memberi isyarat jelas akan menolak Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan tidak sanggup untuk menggadai masa depan rakyat di Sarawak kepada parti itu.

Shahrizat berkata beliau juga melihat PKR tidak mampu untuk menyatukan rakyat berbilang kaum dan agama di Sarawak.

Pilihan raya kecil DUN Batang Ai dengan 8,006 pengundi berdaftar Selasa ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Malcolm Mussen Lamohdan calon PKR Jawah Gerang.

Batang Air: Polis pantau kegiatan pertaruhan keputusan pilihan raya

Sindiket yang mensasarkan untuk mengaut keuntungan dengan menganjurkan pertaruhan bagi keputusan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Air pada 7 April, diberikan amaran. Polis sedang memantau kegiatan seumpama itu. Satu pasukan polis khas yang dianggotai pegawai polis negeri dan ibu pejabat polis persekutuan di Bukit Aman sudah dibentuk bagi memastikan sindiket seumpama itu tidak menjalankan kegiatan itu.

Ketua Polis Negeri, Datuk Mohmad Salleh, hari ini mengesahkan polis akan memantau perkara itu. "Ini tetap dilakukan walaupun polis setakat ini tidak menerima sebarang laporan mengenai pembabitan sindiket dalam sebarang bentuk pertaruhan bagi keputusan pilihan raya kecil ini," katanya pada taklimat harian mengenai perkembangan terkini pilihan raya kecil itu, di sini. Sementara itu, Mohmad berkata, polis menerima dua laporan mengenai gangguan sepanjang tempoh berkempen.

"Ia mengenai poster di simpang jalan di sini dan di sebuah rumah panjang yang dirosakkan," katanya dan menurutnya mereka yang menemui poster yang mengandungi perkataan kesat patut melaporkannya kepada pasukan pemantauan khas yang dianggotai pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya, polis dan wakil Barisan Nasional (BN) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

- Bernama

Sarawak terus perluas bekalan elektrik di Batang Air

Kerajaan Negeri Sarawak mempunyai pelan jangka panjang bagi menggunakan elektrik dari kuasa solar bagi penempatan di sekitar Batang Air yang tidak dapat dihubungkan dengan grid elektrik utama negeri, kata Menteri Kemudahan Awam Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di sini, hari ini.

Beliau berkata, rancangan itu yang juga adalah sebahagian daripada Skim Pemasangan Tenaga Elektrik di Luar Bandar Sarawak (RES) akan ditumpukan di kawasan yang sukar untuk dipasang talian elektrik berikutan kedudukan topografinya.

"Kita tidak boleh membawa (talian utama) elektrik (dari hidro-elektrik Batang Air) begitu sahaja (bagi disambungkan dengan semua kawasan penempatan semula) memandangkan bencana boleh berlaku dengan adanya elektrik bervoltaj tinggi," katanya selepas perjumpaan dengan penduduk Kampung Melayu Lubok Antu, satu-satunya perkampungan Melayu di kawasan Batang Air.

Beliau membuat kenyataan itu bagi menjawab soalan sama ada ketiadaan bekalan aelektrik di beberapa rumah panjang di Batang Air boleh mengurangkan peluang Barisan Nasional (BN) untuk memenangi pilihan raya kecil itu. BN meletakkan calon muka baru, Malcolm Mussen Lamoh bagi menghadapi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Jawah Gerang dalam pilihan raya kecil itu yang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dublin Unting Ingkot, pada 24 Februari lalu.

Awang Tengah berkata, kontrak bernilai kira-kira RM3 juta dikeluarkan bagi membekalkan elektrik kepada beberapa rumah panjang di Batang Air melalui skim RES itu.


"Kami akan terus melakukan yang terbaik (bagi menyediakan bekalan elektrik bagi kawasan penempatan di luar bandar) supaya dapat meliputi kawasan yang lebih luas," katanya. Mengenai pengundi Melayu di Batang Air, Awang Tengah yang juga Naib Presiden kanan Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), percaya masyarakat minoriti di kawasan itu akan terus memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepada BN dalam pilihan raya kecil ini.

"Saya merasa begitu bangga kerana mereka sudah menunjukkan komitmen mereka untuk memberi sokongan kepada Barisan Nasional walaupun jumlah mereka sedikit. Dari segi tradisinya, mereka adalah penyokong kuat Barisan Nasional dan saya yakin mereka akan meneruskan tradisi ini," katanya.

- Bernama

Pembangkang Hanya Berminat Untuk Rampas Kuasa

Parti-parti pembangkang mahu mempergunakan tiga pilihan raya kecil untuk mencari tapak bagi menjejaskan sistem pemerintahan negara tanpa mempedulikan kesan jangka panjang terhadap kesejahteraan negara, kata pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Sarawak Fadillah Yusof hari ini.

Pembangkang, dakwanya, jelas mahu sistem itu runtuh untuk meningkatkan peluang mereka untuk merampas kuasa daripada kerajaan BN."Mereka telah menyerang sistem kehakiman, polis dan pastinya kerajaan dan mereka juga cuba menyerang perlembagaan monarki. Sebaik sahaja sistem itu runtuh, akan memudahkan mereka untuk berkuasa.

Apa yang mereka pentingkan hanyalah kuasa," katanya kepada Bernama.Fadillah, yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, berkata tindakan mereka untuk mengugat kestabilan politik boleh menjejaskan prestasi ekonomi negara dan menyebabkan rakyat menderita dan negara perlu mengambil masa 10 tahun atau lebih untuk keluar daripada kemelut seumpama itu.

Fadillah, yang juga Ketua Pemuda Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), berkata parti-parti pembangkang yang berpangkalan di Semenanjung Malaysia telah menunjukkan kecenderungan untuk memainkan isu sentimen perkauman dan Sarawak tidak dapat menerima sentimen sedemikian.Beliau berkata bagi pilihan raya kecil Batang Ai, mereka memainkan isu tanah dengan menuduh Barisan Nasional merampas tanah adat (NCR) rakyat dan tiada siapa dapat membuktikan tuduhan itu.

Walaupun kerajaan negeri telah memberikan peluang kepada mereka yang mendakwa tanah NCR mereka telah dirampas untuk memberikan buktinya, tiada siapa yang tampil setakat ini, katanya."Ini (dakwaan tidak berasas) akan berterusan dan mereka akan cuba perkara lain pula, yang dapat dilihat atau tidak dapat dilihat, (untuk memenangi sokongan rakyat) semasa kempen (pilihan raya kecil) ini," katanya.Pilihan raya kecil Batang Ai pada Selasa ini akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN, Malcolm Mussen Lamoh dan Jawah Gerang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

-- BERNAMA

Friday, April 3, 2009

Najib jadi PM, makin bengkak hati Anwar

TIGA puluh lima tahun dulu, beberapa hari selepas kematian Tun Abdul Razak pada 14 Januari 1976, saya yang baru dua tahun bertugas sebagai pemberita Utusan Malaysia telah ditugaskan ke Sri Taman (sekarang Memorial Tun Abdul Razak), kediaman rasmi Perdana Menteri ketika itu untuk membuat mencari apa jua berita mengenai Allahyarham.

Merayau di dalam Sri Taman, saya ternampak Najib, anak sulung Allahyarham di dalam sebuah bilik, dikelilingi beberapa orang rakannya.

Peluang mendapat berita eksklusif, saya terus memanggilnya. Najib terus keluar dari biliknya dan bersetuju untuk bercakap apabila saya memperkenalkan diri sebagai pemberita dari Utusan Malaysia.

Saya masih ingat pertanyaan pertama saya. Adakah beliau akan mengikut jejak langkah bapanya untuk menceburi politik?

``Tidak saya tidak minat politik...barangkali adik saya (Ahmad) Johari berminat...dia belajar undang-undang,'' katanya yang masih segar dalam ingatan saya.

Pada hari ini, Jumaat 3 Mac 2009, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam.

Begitulah perjalanan hidup Najib, seorang yang pernah memberitahu seorang pemberita bahawa beliau tidak berminat dalam politik.Tapi takdir menentukan beliau mendaki tangga dengan pantas dalam arena politik apabila semua pihak termasuk Sultan Pahang mahukan beliau bertanding di kerusi Parlimen Pekan, Pahang yang dikosongkan bapanya.

Saya masih ingat betapa pertama kali Najib berucap di Dewan Rakyat selepas memenangi pilihan raya kecil Parlimen Pekan. Kebetulan penulis ini juga meliputi sidang Dewan Rakyat tersebut. Pada usia 23 tahun, satu rekod sebagai ahli Parlimen termuda, Najib telah menyampaikan ucapan sulungnya bagaikan seorang yang sudah sangat berpengalaman.

Hati kecil penulis berkata ketika itu, Najib akan pergi jauh barangkali sejauh bapanya.
Perjalanan Najib dalam karier politiknya berlangsung tanpa gangguan dan sangat mudah. Daripada ahli Parlimen, kemudian menjadi Menteri Besar Pahang, Menteri Kabinet sejak berusia 32 tahun dan akhirnya menjadi Perdana Menteri pada hari ini pada usia 56 tahun.
Dalam arena politik UMNO, perjalanan Najib juga sangat lancar.

Bermula dengan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Naib Presiden, Timbalan Presiden dan sekarang Presiden UMNO. Beliau menang tidak bertanding hampir dalam semua jawatan kecuali Naib Presiden UMNO.

Bagaimanapun, laluan Najib mulai getir ketika beliau berada di jawatan Timbalan Perdana Menteri dan hampir menjadi Perdana Menteri.

Ketika jelas bahawa tiada lagi orang lain yang akan menggantikan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi (sekarang Tun), muncul pelbagai cerita yang memburukkan Najib bagi menonjolkan bahawa beliau tidak layak menjadi Perdana Menteri. Akhbar dan blog pembangkang hampir setiap hari memuatkan cerita memburukkan Najib.

Antara orang yang paling kuat mahu menghalangnya ialah Dato' Seri Anwar Ibrahim, pemimpin de-facto PKR, yang suatu masa dulu menjadi bos politik Najib. Semasa Anwar Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Najib adalah naibnya. Anwar sehingga kini masih menjaja pelbagai cerita mengenai Najib di pentas-pentas ceramah.

Di dalam UMNO sendiri, Tengku Razaleigh Hamzah yang pernah gagal menumbangkan Tun Dr. Mahathir, masih bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri. Beliau dikatakan turut mahu menghalang Najib.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang datang dari Kelantan telah membuat kenyataan secara terbuka memohon Yang di-Pertuan Agong tidak memperkenankan pertukaran kuasa antara Abdullah dan Najib. Perkara itu dipanjangkan dan diperbesarkan oleh Suara Keadilan dan Harakah yang menyebabkan dua akhbar pembangkang itu digantung penerbitannya selama tiga bulan.

Amat mengejutkan pembangkang khususnya Anwar, apabila dalam ucapan sulungnya sebagai Perdana Menteri yang disiarkan oleh TV beliau mengumumkan pembatalan larangan penerbitan dua akhbar itu, pembebasan serta-merta 13 tahanan ISA dan kajian semula ISA. Kesemua perkara tersebut menjadi tuntutan pembangkang.

Pada hari ini Najib mengangkat sumpah memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia. Antara lain beliau berikrar akan melaksanakan tanggung jawab secara ``jujur dan sedaya upaya.''

Kemudian pada sebelah tengah hari, Najib bersama Abdullah dan Mahathir turut menunaikan solat Jumaat di Masjid Negara.

Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad menyampaikan khutbah bertajuk ``Jawatan: Satu tanggungjawab, Bukan Keistimewaan.'' Mesej yang disampaikan adalah cukup jelas bagi Najib sebagai seorang Muslim untuk melaksanakan tanggungjawab yang dipikulkan oleh Allah s.w.t. ke atasnya mengikut jalan yang dikehendakki oleh Islam.
Allah yang memberikan jawatan dan kuasa kepada sesiapa sahaja yang dikehendakkinya. Tiada manusia yang boleh menghalang ketentuan Allah termasuk Anwar, Nik Aziz, Tengku Razaleigh dan Zahid.

Dan kini hanya Najib sendirilah yang boleh mencorakkan ketentuan masa depannya kerana kuasa yang diamanahkan telah berada di tangannya. Baik buruk di sisi Allah, beliau sendiri yang akan menentukannya. Bukan Anwar atau sesiapa sahaja. Malah Anwar sendiri pun tidak tahu apa yang akan berlaku ke atas dirinya pada esok hari. - malaysiaaktif.com

Pengundi Batang Ai merugikan Masa Depan Generasi Muda Jika Pilih Pembangkang

Lubok Antu, Jumaat: Para pengundi di sini hanya akan merugikan masa depan generasi muda sekiranya mereka membuat pilihan yang salah ketika melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi di Dewan Undangan Negeri Batang Ai pada Pilihan Raya Kecil 7 April Ini.
‘’Adalah amat merugikan sekiranya pengundi di rumah panjang ini memilih calon pembangkang kerana beliau tidak mempunyai sebarang peruntukkan pembangunan untuk diagihkan disini.


Awang Tengah menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang bagi kategori kanak-kanak


‘’Dulu, Jawah dapat memberikan projek pembangunan kepada rakyat di sini adalah kerana beliau masih merupakan wakil Barisan Nasional (BN) dan peruntukkan yang diagihkan oleh beliau ketika itu adalah peruntukan BN’’, demikian kata Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan ketika menutup Majlis Pemimpin Bersama Rakyat anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (KEMAS) Negeri Sarawak di Rumah Winston Bana, Nanga San di sini pagi tadi.




Di dalam majlis yang dihadiri oleh seramai lapan orang Ahli dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen itu, Awang Tengah turut menyatakan yang perjuangan politik Datuk Seri Anwar adalah lebih kepada untuk menyelamatkan karier politik beliau sendiri dan bukannya untuk membantu memperjuangkan nasib penduduk di sini.

Pengarah KEMAS Sarawak, Abang Rabani, menyampaikan cenderahati kepada Awang Tengah

‘’Beliau (Anwar) pernah berjanji yang pada 16 September 2008, Pakatan Rakyat (PR) akan menubuhkan kerajaan persekutuan tetapi sehingga kini, BN masih memegang tampuk pemerintahan kerajaan pusat.


‘’Sebaliknya Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Jerai dan lebih 500 orang ahlinya pula yang meninggalkan PKR kerana sudah tidak percayakan kepada Anwar lagi’’, kata beliau sambil merujuk kepada keratan sebuah akhbar tempatan.


Awang Tengah yang juga merupakan Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II dan Menteri Kemudahan Awam Sarawak menyatakan PKR sering membangkitkan isu yang tidak relevan di Sarawak dan berharap agar masyarakat di negeri akan terus bersatu padu kerana BN mahu terus mahu membawa perubahan kepada rakyat di Sarawak.


‘’Sekarang kita lihat ramai di kalangan pelajar kaum iban yang telah berjaya mendapat ijazah. Ianya adalah hasil daripada jasa pembangunan yang telah dibawa oleh BN’’, jelasnya lagi.
Awang Tengah turut memberitahu yang Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) akan memberi sokongan kepada BN dalam pilihan raya kali ini.


Beliau juga turut memberikan sumbangan berjumlah RM 10 000 kepada ahli jawatankuasa rumah panjang berkenaan.


Majlis yang dimulakan seawal jam 8 pagi itu turut memuatkan acara tarian ‘’poco-poco’’ dan pertandingan melukis bagi kategori ibu bapa dan juga pertandingan mewarna bagi kategori kanak-kanak.


Rumah panjang Winston Manai mempunyai 38 buah pintu bilik dan dihuni oleh lebih 300 orang penghuni.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Datuk Peter Nyarok yang juga Timbalan Presiden Parti Progresif Rakyat Sarawak (SPDP), Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato Sri Awang Asfia Awang Nassar dan juga Sylvester Entri Muran.

Peringatan BN kepada PKR: Teruskan bermimpi

LUBOK ANTU:- Parti Keadilan Rakyat benar-benar inginkan kemenangan untuk kerusi Batang Ai pada pilihan raya negeri 7 April ini.

Parti yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Batang Ai sebagai langkah pertama dalam mencapai cita-citanya yang tinggi untuk mengambil-alih kerajaan Negeri Sarawak.

Ianya menjanjikan sebuah pentadbiran baru yang mana para penyokongnya yang berbangsa Iban akan bersimpati dan bertolak-ansur terhadap rintihan dan harapan, termasuklah yang berkaitan dengan isu tanah.

Barisan Nasional yang yakin dapat mempertahankan kerusi itu, akan membuktikan yang PKR sebenarnya menikmati percutian eko pengembaraan di kawasan hutan hujan, tasik yang cantik lagi tak tercemar yang terhasil dari bakun hidro Batang Ai dan bukannya berkempen.Kempen sedang rancak berjalan sehinggalah ke kawasan luar bandar yang terletak di ceruk-ceruk kampung.

Pihak Barisan Nasional menggunakan perkhidmatan helikopter untuk berkempen manakala pihak pembangkang pula menggunakan perahu-perahu panjang bagi menjalankan tugas –tugas berkempen ini.
Sumber: The Borneo Post, 3 April 2009

Pelajari adat tradisi tempatan, jangan hanya pandai mencarut: Jabu

LUBOK ANTU:- Barisan pemimpin parti-parti pembangkang sepatutnya datang ke Sarawak dan mempelajari adat dan budaya penduduk tempatan dan bukan sebaliknya mencarut dan menghasut rakyat.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu menegaskan: “Sarawak tak perlukan kerajaan yang bersidang di bawah pokok. Pihak pembangkang mestilah terlebih dahulu mempelajari adat resam dan budaya semua kaun.

“ Mereka sepatutnya selalu datang ke Sarawak untuk mempelajari adat resam dan kebudayaan kaum-kaum di sini,” tegas beliau ketika ditanya mengenai pilihan raya kecil Batang Ai kelmarin.
Sumber : The Borneo Post, 3 April 2009